Monday, 18 August 2014
JOM BACA APA YANG TUN MAHATHIR BELASAH NAJIB SAMPAI LUMAT LUNYAI!!!
1. Ada orang yang memberitahu kepada Datuk Seri Najib Razak yang saya memburukkan pemerintahannya.
2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan sekarang.
3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Dia dikelilingi dengan ramai dattuk-datuk yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa ke atas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.
5. Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadap laut.
6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada datuk-datuknya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.
7. Jawab mereka, “Ya, tuanku. Air tidak akan sampai ke kaki tuanku.”
8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada datuk-datuknya. Demikianlah sikap datuk-datuk kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan datuk-datuk istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata "Ya tuanku".
12. Hanya seorang budak yang berkata, "Tuanku bogel."
13. Maka raja pun murka akan datuk-datuknya yang tidak berkata benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut di sini:
"Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Dengan izin, saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini. "sayangkan pemimpin tegur-tegurkan".
16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.
17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi Tunku meletak jawatan sebagai perdana menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.
19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk PRU12. Tetapi hakikatnya Abdullah juga letak jawatan.
20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal "bila lagi orang tua ini akan pergi." Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.
21. Pilihan saya bagi mengganti Abdullah ialah Najib. Setelah beberapa lama dilihat dasar dan tindakan Najib tidak lebih berkesan dari Abdullah.
22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam PRU13 lebih buruk dari Abdullah.
23. Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak nampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyak kerana pembebasan ketua-ketua geng.
26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
28. Wang kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa usaha mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan negara.
29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakkan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang dasar kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih seminggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
32. Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat Tunku, dipulau Abdullah dan difitnah ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya. – chedet.cc, 18 Ogos, 2014.
ULASAN OMAK KAU:-
Ketika UMNO/BN sedang seronok sakan melihat kemulut politik Selangor sehingga mengucarkacirkan Pakatan Rakyat namun yang nampak nak rebah ialah UMNO/BN dengan adanya serangan keras tetapi ikhlas dari Tun Mahathir secara terbuka ini.
Nak tukar MB Selangor akhirnya yang tertukar nanti Najib sebagai PM.
Itulah hikmahnya kemelut politik Selangor .. bila merasakan dirinya dah kuat UMNO akan ambil kesempatan serang pucuk tertinggi partinya. .. cuba ambil kesempatan dengan keributan dalam cawan akhirnya UMNO juga yang meroyan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Sekarang macai nfc nak jilat sape,mat mongol or madey kerala?heee
ReplyDeleteDengan pak lah boleh la kerala nak main2,ni mat mongol la bunuh org pernah,liwat org pernah.ko ade?..
ReplyDeleteHidupkan semula isa. Negara akan makmur Dari dikeji Dan dihina terutama puak kafir. Insyaallah SDR Azmin apabila memegang kerusi mb Dan seterusnya putrà jays..mama semua INI berubah.
ReplyDeletetypical mahathir..
ReplyDeletedia tegur orang takper. sebab pada diasemua orang ada buat salah..
..tapi zaman dulu orang tak boleh tegur dia ... sebaba pada dia apa yang dia buat semua betul...
..kalau orang tentang dia... dia akan kat orang itu tentang kerjaan.. dan terus di ISA kan..
sebab pada dia ... dia adalah kerajaan.....
..agaknya sekarang kalau najib ikut cara dia dulu... maka bolehlah najib ISA kan dia pulak...
..thats how mamak turn and spin..
mutaq ligat...
Jangan cakap sebarang cakap. Sapa kata PM Mahathir tak boleh ditegur? Dikhabarkan seseorang pernah menyaksikan, seorang pegawai kanan yang begitu berani, membentangkan hujah yang berlawanan dengan pandangan beliau, sebelum proses keputusan penting dibuat. Beliau mendengar secara professional. Secara ikhlas. Tapi bila soal balik - u need to know your facts, bro.
DeleteTapi bukan semua PM begitu. Bila zaman berlalu, sekiranya berani mempersoal, buruklah akibatnya!
Zaman Mahathir dulu negera menunjukkan bunga bunga negara maju.
ReplyDeleteGraduan tak pandang kerja gomen. Seperti negara maju mereka lebih suka cabaran dalam sektor swasta.
Degree waktu itu berasaskan kepandaian. Mahathir pernah mencadangkan meletakkan syarat tahap pendidikan untuk menjadi calon wakil rakyat namun ia ditentang totok umno.
Zaman beliau bakat tempatan di ketengahkan. Beliau sendiri memilih untuk membuat pembedahan jantung dengan doktor melayu kerana hendak membuktikan kepada lee kwan yew doktor melayu boleh.
Matawang Malaysia pada tahun 90an RM1.60 =USD1. Operator kilang pun hidup mewah dapat beli rumah, kereta dan tanggung bini.
Datang Pak Lah dan Najib, jahanam! Penjawat awam terlampau dimanjakan pencen umur 60 menyekat graduan baru daripada mendapat kerja dan naik pangkat. Degree macam tisu tandas main bagi bagi je. Kursus 14 minggu dah boleh dapat degree. Dapat 1A dah boleh jadi engineer poli cabuk. Belajar x pandai boleh masuk KU beli degree. Keluar masuk kursus pendek jadi guru. Akhirnya berlaku kitaran. Bodo ajar bodo ajar bodo.
Kini hanya anak didik Mahathir yang kita harapkan memacu Malaysia kembali ke persada kegemilangan. Beliau adalah saudara Anwar Bin Ibrahim. Yakinlah dengan beliau.
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.
Ada gak yg betol dgn komen awak ni-pemikiran yg bernas-
Deletesaya setuju dgn komen anda....pemimpin skrang tak mahu mgikut contoh yg baik sblm ni..masing2 nk tnjuk terer...bkn makin bagus tp makin naik kepala...byk prkara yg kene ubah balik termasuklh sistem pendidikan yg ada skrg....byk prkara/dasar yg dlu jauh lebih baik drpd skrg...fikir2knlh brsama..
DeleteDuit dah berbillion billion lesap lagi mahu puji.Kerana mereka sendiri mafia curi duit di Malaysia, takan bapa PM anak anak jadi billionaire. EPF dulu bagi >9% la ni negara dah sikit maju bagi lagi kurang tak ke menipu namanya.Dasar persaraan kita terok terutama bagi pihak swasta kerana duit EPF banyak di guna menperkayakan kroni pemerintah bukan nak bagi pulangan termaksima yang boleh.
DeleteOrang yg gagah je boleh isakan madey.org takot bini mcm najib dok umah getel telo je.kikiki
ReplyDeleteSesiapa yg ganti Mahathir Pak Lah ke Najib ke sekali pun di gantikan oleh Anwar kerosakan nya di buat oleh Mahathir ni bukan boleh di repair dlm masa setahun dua Bocor nya sini kalau di tampal, sebelah sana pulak bocor Tapi masalahnya Najib menambahkah lg
ReplyDeleteBalik balik point dia ISA ,ISA. Begitu penting sgt ISA pd Mahathir dr pendidikan dan ekonomi.
Najib ni bukan mcm Khalid sbb Khalid boleh berkerja dan buat keputusan sendiri Tp Najib dia ada team pemikir dia Mcm mcm menteri dia ada Kementerian pulak ada yg hampir sama bertindih Yg hebat nya APCO pun Najib ada Jd bukan salah Najib sorang Salah UMNO sbb terus pilih Najib jd Ketua Parti
Dan UMNO Sgor eluk lah cadangkan Khalid jd Ketua Parti Bagi Khalid jd PM dua penggal Dah selesai kerja Khalid bagi balik jawatan PM pd Anwar Sbb Khalid ni kurang bijak ttg politik Kalau terus bg pd Anwar pun tak ada masalah sbb Anwar pun boleh buat keputusan sendiri tp Anwar tak pernah dpt sokongan dr UMNO Lain lah Khalid UMNO Sgor dah sokong Kalau bg balik pd Najib atau pd UMNO ...................selama lamanya lah
Bila Wan Azizah jd MB dan Sgor lebih cemerlang habis lah UMNO . Lagi nampak kelemahan Najib yg ditakuti oleh Mahathir
Nak tukar MB Selangor akhirnya yang tertukar nanti Najib sebagai PM.
ReplyDeleteIni barru betul langkah kajang
Madey dah lancarkan langkah pekan pulak.
ReplyDeletetak standard btul cara fikiran hangpa.Pakatan yg brmasalahan ngapa nk babitkn org lain.klau kau orang ok..prtama sekali ngapa brgaduh..gaduh sampai berebut2 jawatan.cuba belajar tengok diri sendiri..mudah sgt biarkan sikafir dan simunafik menguasai kita..jgn masih nk perasan rakyat pun dh penat...jgn jd mcm umno dulu confident brlebih tup2 kalah besar pru12..Brhati2 kejutan dr Allah sb Allah x suka org yg sombong...tgklah apa yg akan brlaku..contoh klau btul x suka khalid ngapa mesti ada kajang move dsbnya..trus saja prtikaikan khalid..yakinlah nabi kata satu negeri klau perempuan jd ketua akan hancur n jgn beri jawatan pd org yg meminta2 jawatan..Fikirlah nabi yg btul atau hangpa..sb itu gulungan ulamak dlm Pas rasa x senang sb perangai hangpa semua yg x yakin dgn Allah n Rasul..wallahu a'lam
ReplyDeleteIni lah tektik digunakan che det utk menarik perhatian terhadapnya. Bila najib respond kat dia habis la tu...perangai orang tua tua....bagi duit utk proton senyap la dia...
ReplyDelete
ReplyDeleteSEBAB MACAI TU MEMANG KAFIR HARBI. ELOK SIKIT AR DARI MUNAFIK.
Saya sokong Najib Razak.....cool. Tun Mahathir boleh pergi makan angin kat Agentina tengok ladang kuda.
ReplyDeleteKalau lah Tun Mahathir jadi PM lagi..takkecoh la malaysia dgn hinaan dap dan demo ganas di negara kita ni. Tak naik tocang la keling2 pkr.
ReplyDeletekuikui
Hidup mahathir...hidup mahathir...hidup mahathir....semoga pru14 TunM...bertanding smula dan jadi PM....hidup mahathir...
ReplyDeleteKembalikan degree kebelakang...
Umno busuk sampai ke usus
ReplyDelete
ReplyDeletePKR BUSUK SAMPAI KE PONGGONG.
Saya pernah tengok DS Najib berbusana melayu lengkap dengan keris.. ini membuktikan beliau ada jatidiri dan menghidupkan budaya Keris.. Keris patut dibudayakan..
ReplyDeleteDUA2 POYO..CHANGE NOW SAVE MALAYSIA.
ReplyDeleteDua dua pun putar alam tanah rezab melayu dekat nak habis dilelong, kes rasuah profil tinggi kasi tutup rapat, rasuah bermaharajalela pada pemimpin, lagi melayu terlena dengan temberang mereka.Di fitnah DSAI supaya rasuah mereka tak terbongkar. Lihat peruncitan di control pasaraya yahudi dan siapa melulus kan nya.Fight for Gaza dalam masa sama bawa masuk perniagaan kepunyaan yahudi, dasyat pemimpin durjana ini.
ReplyDelete