Wednesday 27 August 2014

KETUA POLIS NEGARA MENGESAHKAN BAHAWA LAPORAN MALAYSIAN INSIDER BERTAJUK "MALAYSIAN WOMEN JOIN MIDDLE EAST JIHADIST AS 'COMFORT WOMEN', MAKLUMAT DIPEROLEHI BUKAN DARI PDRM.


Diperturunkan artikel yang telah dialih bahasakan ke Bahasa Melayu yang dimaksudkan oleh KPN dalam kenyataannya BERHUBUNG LAPORAN MALAYSIAN INSIDER BERTAJUK " MALAYSIAN WOMEN JOIN MIDDLE EAST JIHADIST AS 'COMFORT WOMEN'

Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata pegawai kanan risikan kepada The Malaysian Insider.

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan Isis.

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang Isis yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah.

“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan Isis,” kata seorang pegawai risikan kepada The Malaysian Insider.

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember tahun lalu.

“Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat.

“Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan Isis pada April tahun ini,” kata sumber.

Pegawai risikan berkata, bukan wanita Malaysia saja yang melakukan jihad seksual kerana ada juga wanita Islam lain terbabit.

“Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai Isis,” katanya.

Pegawai risikan berkata, Isis mengeluarkan fatwa pada Jun tahun ini menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

“Sebaik saja selepas bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan Isis, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks,” dedah pegawai risikan.

“Dalam pengisytiharannya, Isis mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi fatwa itu,” kata pegawai berkenaan.

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam British dipercayai berjuang untuk Isis.

“Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual.

“Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di samping Isis,” kata pegawai risikan itu.

Walaupun Putrajaya pada awalnya mendedahkan kira-kira 30 rakyat Malaysia berlepas ke Timur Tengah berjuang untuk Isis, tetapi angka itu dipercayai sebenarnya lebih tinggi.

“Pemeriksaan yang dilakukan dengan rakan sejawatan kami di luar negara mendedahkan mungkin jumlah rakyat Malaysia di Timur Tengah mencecah 50 orang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Setakat ini, 3 rakyat Malaysia dilaporkan maut di Syria ketika berperang menentang pasukan Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Mat Soh, 53, dilaporkan terbunuh selepas dilanggar lori tangki ketika pertarungan sengit antara Isis dengan pasukan Syria minggu lalu.

Pada Jun, Ahmad Tarmimi Maliki, 26, mati selepas insiden bunuh diri yang menyebabkan lebih 20 askar Iraq maut di pangkalan mereka di Al-Anbar.

Identiti rakyat Malaysia ketiga yang maut dalam satu insiden masih belum disahkan oleh pihak berkuasa di sini.

Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kejadian pembunuhan paling mengerikan ialah pada 20 Ogos ketika Isis melancarkan satu rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan berjihad, bercakap dengan loghat selatan Inggeris, memenggal kepada seorang wartawan dan jurugambar warganegara Amerika, James Foley.

Foley ditangkap di Syria pada penghujung 2012. Rakaman video itu menunjukkan beliau dibunuh di kawasan padang pasir.

Video bertajuk ‘Pesanan kepada Amerika’ itu dimuat naik di YouTube sebagai amaran kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berhubung serangan terhadap militan di Iraq.

Sebelum dibunuh, wartawan berusia 40 tahun itu dipaksa membaca satu kenyataan yang menyalahkan Amerika atas kematiannya. – 27 Ogos, 2014.

5 comments:

  1. Come on pas... masa ni lah nak menunjukkan taring... letak pemimpin berwibawa dan berkaliber utk menolak azizah ke tepi. Di waktu ini, pas mesti bijak mengambil kesempatan.. buat apa hendak patuh pada pkr yg kroni sekiranya pas ialah majoriti...



    Keza

    ReplyDelete
  2. Anwar jugak terlalu kerap 'meliwat' pas dgn membelakangkan tuan guru hadi awang dlm keputusan yg melibatkan kerjasama pr. Sekiranya tuan guru hadi awang bijak, ambil kemukakan pemimpin yg amanah dan bertanggungjwb dari pas utk kerusi mb selangor.. sekiranya pkr membantah, pas ugut utk keluar pakatan utk menubuhkan krjn perpaduan... apa susah..



    Keza

    ReplyDelete
  3. Pemimpin pkr jugalah yg telah menyaman tgha sebanyak rm2000000 sehingga membawa kpd kerugian pas dan jatuhnya maruah tgha. Kini org melihat tgha sbg ulama penipu dan penyebar fitnah... ahli pas, jgn lupa diatas pencabulan kerjasama pkr dan pas ini


    Keza

    ReplyDelete
  4. Apa juga berkaitan pemimpin PR semua tak betol pemimpin UMNO/BN sehaja lah yg berolnya. Gasak wang rakyat betolllll,Ambik rasuah betollll,menipu rakyat tersangat betollll pendek kata apa juga UMNO/BN buat semua nya betol. Buta apa ke biji mata macai ini. Sedih mengenangkan puak2 macai ini Allah telah butakan mata dan hati mereka dan pekakan telingga dan membekukan otak dan fikiran mereka. Sudah sudah lah jadi bodoh cuba jadi cerdik pula.

    ReplyDelete
  5. dari dulu sampailah sekarang islam akan mengatakan semua yg tidak betul di dunia ini adalah karena amerika dan sekutunya,kafir la...padahalnya yg tak betul tu adalah islam.....islam ni sepatutnya dihapuskan dari muka bumi,barulah dunia amannn....sedarlah wahai orang islam....korang tu hancur bukan kerena kafir,,,tapi korang tu hancur atas dasar sesama islam....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...