Friday 29 August 2014

KEADILAN SELANGOR BERANG DENGAN KENYATAAN RAFIZI YANG DI ANGGAP ANGKUH DAN BONGKAK KERANA MERAGUI KESETIAAN DAN KEWIBAWAAN ADUN-ADUNNYA.



PKR Selangor mempersoalkan gesaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli supaya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai menteri.

Mengaku terkejut dengan kenyataan itu, ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata, gesaan Rafizi itu sebenarnya tidak perlu dan hanya “menghina” mereka dan PKR negeri.

“Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB.

“Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian,” katanya yang juga ADUN Sri Muda.

Shuhaimi juga menegaskan tindakan semua ADUN PKR di Selangor sudah menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar, yang menurutnya sudah cukup untuk membuktikan sokongan.

Malah, katanya, timbalan presiden dan pengerusi PKR Selangor Azmin Ali , yang dicalonkan PAS sebelum ini, juga secara terbuka mengatakan mengikut keputusan parti dan menandatangani SD menyokong Azizah.

“Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti,” katanya lagi.

Rafizi yang baru sahaja dipilih sebagai naib presiden PKR hari ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menarik diri daripada pencalonan sebagai menteri besar yang dibuat Pemuda PAS.

Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyeru ADUN PKR lain di Selangor supaya mengambil tindakan itu sebagai menghormati keputusan parti itu dan sebagai lambang kesetiaan.

'Angkuh dan bongkak'

Dalam kenyataannya hari ini, Shuhami juga mempersoalkan tindakan Rafizi sebagai naib presiden “mencabar” mereka di media dalam isu itu.

“Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan,” katanya.

Justeru, katanya, kenyataan Rafizi, termasuk “sebulan dua ini banyak merosakkan hubungan dalam Pakatan dan kini dia melebarkan lagi retak yang sedia ada dalam PKR”.

“Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat,” kata Shuhaimi.

Beliau juga berkata, tiba masanya untuk Azizah sebagai presiden dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur “cara melampau Rafizi” kerana banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan.

“Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.

“Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” katanya dengan nada keras.

Beliau juga menggesa tindak-tanduk itu dihentikan 'Wayang Langkah Kajang' sudah tamat dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga mengalah.

“Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur,” katanya.

23 comments:

  1. Oiii dia naib presiden la bangang,,,

    ReplyDelete
  2. Kenapa Shuhaimi Shafiei mempersoalkan gesaan Rafizi Ramli supaya ADUN PKR di negeri Selangor membuat kenyataan terbuka supaya menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai menter besar ?

    Tak timbul soal ..."Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian...."

    Pekara yang diperkatakan oleh Rafizi itu hanya kecil dan remeh saja tak perlu nak buat gempak bagi orang UMNO Baru nampak bahawa kamu ada dalam PKR.

    Masaalah yang perlu dihadapi bersama adalah PAS Selangor akan memberi nama lebih dari dua calon dari PKR kepada Sultan Selangor untuk dipilih sebagai menteri besar ?

    Jika tidak diberi peringatan awal ada kemungkinan mana-mana ahli yang dicalonkan oleh PAS itu akan menimbulkan masaalah baru sedangkan isu menteri besar perlu diselesaikan dengan segera.

    Ketika kamu dikepong musuh hendaklah kamu bersatu dalam parti.... ketika kamu bebas hendaklah kamu berkerja untuk rakyat... Jika kamu berwibawa calonkan diri jadi pemimpin.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Calunkan bini pun boleh gak.

      Delete
    2. Lu bodoh dan bangang bro. .... kalau lu lebih bagus tunjukkan diri sebagai pemimpin....baru boleh pertikai apa yang orang buat. Lu orang luar lagi cakap banyak pulak ...Khakkk tuiii.

      Delete
  3. DIA TU NAIB PRESIDEN. PAHAM ? NAIB PRESIDENT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naib president x leh di tegor hebat ia...

      Delete

  4. Suhaimi. lu tutp lu punya mulut. lu siapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ni sorang lagi beruk msk yep....hebat ke Rafizi tu....

      Delete
  5. apa ingat naib presiden tu tuhan ke ..bodohnya rafizi ... pegilah KACANG MOVE..

    ReplyDelete
  6. Mcm mane kau nk jd PM nuar dipringkat parti dn negeri lg org2 kau asyik bergaduh.....

    ReplyDelete
  7. Takkan bagi peringatan mcm tu pun tak boleh. Umpama melintas jalan, rakan bertempik 'Suhsimi ! Jaga2 motosikal laju tu'. Jgn emosi sangat. Yg bagi arahan tu kira boss kita jugaklah. Diamkan lebih bagus dari merengus.

    ReplyDelete
  8. Yeeeaaah...gaduh! gaduh! Jangan tak gaduh dulu mulut orang PKR lancang sang at asyik kutuk pas dapat perintah negeri asyik terlepas..Sekarang pkr dapat perintah satu negeri gaduh gaduh gaduh nanti terlepas baru padan muka!

    ReplyDelete
  9. Makin bodoh diorang ni..bpecah jela semua buat parti sendiri2 lawan bn...tmbahan pas paling bodoh banggang punya parti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko yg komen pun sama bodoh ....jgn nmpak bodoh org bodoh sendiri x tau,,,

      Delete
    2. Ko ni lagi bapak segala bangang

      Delete
  10. Kalau Rafizi yg PAS calunkan jadi MB apa reaksi dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AAAWWWW. . . .

      Delete
    2. Ni lg sekor vavi bangang

      Delete
    3. Hoi bodoh rafizi bukan adun la bangang

      Delete
    4. Tak fahan politik tak usah duk komenlah. Menyemak je.

      Delete
    5. KO TU YG BODOH. BEKAS BANDUAN BOLEH TUKAR ALAMAT DARI CERUK TOK KUN KE KAJANG LEPAS TU BUAT LANGKAH KAJANG SURUH LEE CIN CHIH LETAK JAWATAN. BOLEH PIN JADI CALUN. ADA HATI NAK JADI MB. KENAPA KO HERAN SGT. HEI DLM PKR TAK ADA YG TAK BOLEH LAH. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. PADAN PUN KO SENANG KENA TIPU. BUTA KAYU. BODOH.

      Delete
  11. Sabar bro. . .
    Nanti kena darah tinggi.
    Naya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkn je...dh lama kene drh tinggi tu dh kene mkn ubt berjadual pun x serik2 asyik nk bertegang urat, dh put us nnti senyaplh tu....ha ha ha

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...