Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.
Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.
Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.
Apabila tiba di lokasi kejadian kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.
.2 maut, 2 parah kereta perisai terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan
Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.
Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.
Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.
"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di Ipoh.
Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.
"Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.
"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.
Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.
"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama, 3 Julai, 2014
Lebih had laju agaknya
ReplyDeleteKemelut MB Selangor memberikan suatu pengaran yg cukup berguna kepada kita, di mana ketegasan Anwar Ibrahim yang terlalu taksub berkehendakkan Wan Azizah, isterinya menjadi Menteri Besar, walaupon di tentang hebat oleh Sultan Selangor, Istana, Puak Pas Alim Ulamak, Majlis Syura, TGHHA,TGNA dan TGHHD.
ReplyDeleteMungkin ada HIKMAHnya kemelut ini.
Pengajaran yg kita dapat iaitu Golongan Wanita tidak seharusnya diberikan suatu Jawatan Tertinggi, melainkan pada hak-haknya, seperti Menteri yg menjaga Hal Ehwal Wanita.
Kedudukan Kewangan Negara tidak pernah selamat, kukuh atau membina, sejak sekian Lamanya.
Apakah ini kerana Gabenor Bank Negara Malaysia ialah seorang WANITA?
Tan Sri Zeti Aziz telah memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor pd 7 Sep 1998 dan seterusnya dilantik menjadi Gabenor pada 1 Mei 2000 sehinggalah sekarang, pada hari ini iaitu 19 Ogos 2014.
TS Zeti SUDAH MEMEGANG Jawatan Gabenor selama lebih 14 Tahun lamanya.. MasyaAllah, Lamaaaaanyae..
Siapakah dibelakang TS Zeti ini yang begitu Kebal? TS Zeti kebanyakkan Masa di temuramah hanya MEMBACA TEKS, dimana kelebihan beliau?
Sudah sampai masanya TS Zeti Mengundurkan dirinya, Tak Kan Mahu DIPECAT????
Bagilah jawatan pada Orang Lain pulak, mungkin kedudukan Kewangan Negara akan menjadi lebih baik, InsyaAllah.
ATM memang Jaguh Sirkus khi khi khiiii...... , memalukan LON !
ReplyDeletePi mampos la ko mat indon!!
DeleteYang sedih ialah ahli-ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kenalan dan yang seangkatan. Yang gelak ketawa tak sudah-sudah ialah mamat-mamat dan minah-minah kroni yang dapat komisyen.
ReplyDelete