Sunday 31 August 2014

KEDIAMAN KETUA MENTERI PULAU PINANG KENA BALING DENGAN MOLOTOV KOKTEL DI AMBANG MERDEKA.




Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.

Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api.

5 comments:

  1. Tlg jgn tuduh umno racist. Umno memang baik. Pemimpinnya pun baik2 belaka....!! Maksum!

    ReplyDelete
  2. Kat malaysia ni depa lah raja...depa saja yang boleh perintah...depa saja yang betul....yang bukan depa dianggap musuh negara walaupun seorang CM....otak letak kat buntut

    ReplyDelete
  3. Bila terdesak baru sedar polis tu pihak yang dapat membantu dalam kesukaran dan ketakutan. Kenapa tidak boleh diharapkah PPS untuk melindungi? Memang sedap mulut mencabar KPN sebab jawatan CM of Pulau Pinang? Atau merasakan diri tidak boleh disentuh dan digugat? Ingatlah hidup bukan menongkat langit, bukan menghenyak rumput di kaki.Di langit ada petir menyambar, di rumput ada duri menusuk. Faham? (To Omak Kau!!) If UMNO died so will the Malays and Islam will be trampled under DAP's and PKR's flip-flops.

    ReplyDelete
  4. 11.02 stupid statement.orang melayu dh beransur mati ditangan melayu sendri kerana wang dan kuasa.melayu bangsat blh dibeli dgn wang ringgit.tengok ape jd pd kampung2 melayu,tanah rizab melayu,saham bumiputera.cina kaya mmg suka melayu munafik jenis ni..

    ReplyDelete
  5. Siapa itu melayu bangsat yang dimaksudkan? Melayu yang bersekongkol dengan DAPigs? Apakah melayu yang tidak menjual kampung dan rizab melayu tidak ada dlm DAPigs dan PKR dan PAS?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...