Thursday 21 August 2014

EDISI PARA PENYOKONG UMNO RASA BANGGA DAN BERSYUKUR KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH MERANGKAP ANAK TUN MAHATHIR MENGGUNAKAN WANG RAKYAT SEBANYAK RM2.9JUTA HANYA UNTUK LANDSKAP POKOK KURMA!!!!


Sudah pasti para penyokong, pendokong, pengikut dan pengkagum UMNO rasa bangga dan bersyukur atas tindakan mereka memilih padu UMNO/BN semasa PRU 13 lalu sehingga tumbangnya Kerajaan PAS/PR Kedah.

Dengan kemenangan UMNO/BN di Kedah maka dilantik anak bekas Presiden UMNO selama 22 tahun nombor keahlian 00000001 Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

Semasa berkempen dahulu slogan yang dilaungkan kepada rakyat Kedah ialah BN MENANG KEDAH SENANG.

Nampaknya memang senang sungguh ..senang-senang perabihkan duit rakyat hanya untuk ubah suai kediaman rasmi anak Mahathir dan buat landskap pokok kurma yang menelan belanja RM4.3juta .. Hebat dan wajib bersyukur jika tidak mau dianggap pengkhianat dan tidak tahu berterima kasih.

Mana nak dapat Menteri Besar macam ini punya berjimat jaga duit rakyat ...

Tahun depan bulan Ramadhan rakyat Kedah tidak perlu lagi beli buah kurma sebab datang sahaja di Kediaman Rasmi Anak Mahathir boleh petik buah kurma segar... BN MENANG KEDAH SENANG!!!!!

13 comments:

  1. Sudah sampai masanya PKR memberi peluang kepada PAS bertanding di Dun Pengkalan Kubur di mana PKR telah pun tewas dua kali berturut-turut di situ. PKR perlu berkorban jika serius ingin melihat Kerusi tersebut dirampas semula oleh PR.

    Buang sikap ego dan zahirkan sikap merendah diri kepada PAS kerana kita ada asas untuk mengalah.

    ReplyDelete
  2. Sekumpulan 12 NGO mewakili rakyat Selangor hari ini melancarkan gerakan untuk mempertahankan pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga penggalnya berakhir.

    Kumpulan NGO itu mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang didakwa mereka menjadi punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik di negeri itu ketika ini.

    Mereka turut mengumumkan bakal mengadakan program antaranya himpunan aman, menghantar memorandum serta acara keagamaan sehingga malam merdeka bagi menyampaikan mesej kepada semua pihak, dari Istana hingga ke jalan raya.

    Seramai 30 wakil NGO hadir antaranya dari Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB), Gerakan Anak Bugis Selangor (GRABS), Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan masyarakat.

    Mereka melancarkan Gerakan Kebangkitan Rakyat Selangor di Pusat Rekreasi Antan Bantura di Shah Alam hari ini.

    Dalam sidang medianya, Pengerusi Penaja GRABS, Faisal Idris berkata rakyat di negeri itu mempersoal mengapa Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang perlu ditukar.

    "Saya tanya mengapa nak tukar pemimpin yang baik? PAS sendiri pun mengakui Khalid pemimpin yang baik.

    ReplyDelete
  3. APA NAK HERAN DUIT HASIL ROMPAKAN BERBILION...duit bisnes arak lagi...takat juta juta tu celah Gigi je hidup melayu Padukang!

    ReplyDelete
  4. Itu rumah Rasmi MB Kedah sesiapa MB lun duduk situ. Masalahnya rumah tu dah jadi rumah hantu 20 tahun takdak org duduk. Mukhriz ubahsuai utk kegunaan semua, bukan dia sorg.

    Dalam tu ada dewan utk memgajar agama, ada surau, ada tempat makan utk kenduri. Malah rumah beliau dijadikan tempat baca yasin jika ada keramaian.

    Mukhriz bole buat rumah peribadi, tp dia memilih buat rumah rasmi kerajaan. Sb apa, sb dia amanah dan gunakan duit utk negeri.
    Walaupun admin dah banyak kali sebarkan apa yg kerajaan negeri Kedah buat pada rakyat.

    Tapi masih ada diantara kita yang tak dpt maklumat dan bertanya seolah-olah kerajaan negeri tak buat apa-apa.

    Dibawah ni senarai yg kerajaan negeri Kedah buat utk rakyat.

    1- Kit kelahiran rm100

    2- Khairat kematian rm200

    3- Kursus kawen percuma setiap daerah.

    4- Bantuan usahawan utk org muda rm10k.

    5- Sumbangan kpd tok imam, guru al-quran bebas, tok mudim, mak bidan, pengurus jenazah, warga emas, OKU dan fakir miskin pd bulan puasa yg lepas.

    6- pemberian rm500 pd penoreh getah. (Cadangan asal dri kerajaan Kedah)

    7- pemberian kursus dan kerja pd yg menganggur. Utk belia yg mencari kerja.

    8- 10k setiap tahun utk pembangunan institusi pondok (yg berdaftar dgn kerajaan negeri) dan elaun rm2k setiap bulan.

    Dan banyak lagi program kecil2 yg dibuat oleh kerajaan negeri utk rakyat Kedah.

    Dlm proses dan sudah diumumkan ialah:

    1- rumah pr1ma 20k buah.

    2- rumah pprt 20k buah.

    3- rumah felda generasi kedua, dlm pembinaan.

    4- litar lumba utk belia dan pelancongan (bulan dpn pecah tanah)

    5- hotel islamic international di langkawi.

    6- bandar teknologi getah (tunggu green light dari pusat)

    7- international airport (tunggu green light dri pusat)

    8- Medical Science City di Kulim, Bandar Baharu.

    Byk woo.. penat nak hitung. Paling ketara pelaburan luar masuk ke Kedah dlm suku tahun pertama sbanyak rm4billion ringgit. KEDAH menjadi negeri no 2 dibelakang sarawak mendapat pelaburan luar tertinggi.

    Jadi admin nak pesan, sila baca bahan ilmiah dri kerajaan negeri dri baca bahan lagha dri pihak lain.

    Salam kasih sayang utk semua..

    #MMFC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh banyaknya pelaburan luar tertinggi tetapi kanapa keadaan ekonomi lembab kat kedah? boleh tak linkkan cam ne nk tahu semua diatas tu fakta bukan auta tq

      Delete
    2. Ya ka kursus kawen pree kat kedah? kak aku baru pi kursus sebelum posa 2014 kena ja RM 80 dekat Pusat Dakwah tu

      Delete
  5. Selama ni Omakkau menyokong Khalid Ibrahim. Siap kwn2 blogger iktiraf sbg Blogger Rasmi MB Selangor. Tp skg Khalid kena pecat, Omakkau tak berani letak jawatan demi perjuangan. Cari makan kan !

    ReplyDelete
  6. Asalkan Bukan UMNO-Kami benci umno dan bN-Team muyidin sila tendang najib-Mahatdeer terang2 dah ckp Najib amatlaa lemah dalam pentadbiran negara-Kami rakyat TOLAK umno/bn-Hidup Pakatan Rakyat!

    ReplyDelete
  7. Yg direnovetnya kediaman rasmi MB Kedah.bkn rumah peribadi.. di rumah tu jugak seluruh jabatan buat majlis..majlis tuanku pun buat di kediaman rasmi MB.. rumah tu dah 20 tahun xdak sapa duk.. dah bersarang.. Jd MB perhidupkan balik rumah tu.. kalau si janda omakkau nak try tidur kat rumah ni pun aku boleh bawa.. tu pun kalau hati kental lah kan... lg 1 dlu arwah ust azizan renovet juga opis dia berjuta2.. tp kami x kecoh pun.sbb yg dia renovet tu opis MB.. sapa2 pun boleh jd MB lepas 5 tahun.. ikut suka dialah nak pebesaq sbb ikut keselesaan dia.. so org selangor jgn duk kecoh hal kedah..

    ReplyDelete
  8. buat perangai loqlaq plak omakkau ni.. negeri sendiri tunggang terbalik...kalut dok jengok negeri org lain....kediaman rasmi tu kan tmpt tumpuan...kena la bg elok ...esok2 klau omakkau dtg kedah sah2 dpn kediaman rasmi tu dia dok kalut amik gambaq...

    ReplyDelete
  9. Masa pemerintahan areah ustaz azizan dulu.. apa projek yg kerajaan pas buat?? Skarang ni, ada ja projek baru yg buat kat kedah.. jln yg rosak 5 thn lepan pn dh mula buat baru.. bina jln baru.. mgkn kedah akn ada airport ke-3 tk lama lg.. aku org kedah.. aku anak jati kedah.. aku tau apa ug jadi kat kedah.. hg jgn masuk campoq hal kedah..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...