Omak Kau terpanggil untuk mengulas dan mengilas libas suatu artikel di FMT yang ditulis oleh seorang penulis yang jelas memiliki darah pekat grup UMNO dalam badannya.
Pertama Omak Kau merasa sedih sayu pilu, apabila tiada seorang pun dikalangan pemegang jawatan dalam AMK 2014 yang sebelum ini melaungkan suara keras sambil menjulang tangan akan bertindak sebagai hulubalang mempertahankan KeADILan dari serangan dan ancaman musuh, bangkit dengan pantas melakukan serang balik, dengan fakta sebagai janji ikrar bahawa AMK akan menjadi benting teguh padu mempertahankan kewibawaan para pemimpin tertinggi KeADILan.
Pertuduhan yang dilemparkan oleh penulis berkenaan cukup serius, jika tidak ditangani secara ilmiah dan fakta bakal mengugat sokongan rakyat tertutamanya dari golongan anak-anak muda.
Untuk berlaku adil Omak Kau perturunkan keseluruhan artikel berkenaan dan lepas itu Omak Kau akan memberikan penjelasan demi pencerahan.
Dengan pertelingkahan dalaman PKR di Selangor yang semakin hari semakin mengarut, juga dengan pemilihan parti yang akhirnya selesai – diiringi kerusi terbang dan pergaduhan antara ahli, seluruh mata tertumpu pada Kongres Nasional PKR ke-10 yang diadakan baru-baru ini.
Rata-rata mahu melihat apakah yang akan menjadi perdebatan atau isi ucapan pemimpin-pemimpin atasan juga perwakilan parti kerana dari situlah hala tuju PKR boleh di ramal.
Namun, apa yang boleh dikumpul dari kongres selama tiga hari itu cuma cakap-cakap penyedap sesama sendiri. Jika benar Pakatan Rakyat teguh dengan tahaluf siyasi antara mereka, tidak nampak dimana keperluan Presiden parti menekankan berkali-kali bahawa gabungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Mungkin Presiden parti melihat ahli-ahlinya perlu ditenteramkan, lebih-lebih lagi kongres kali ini tidak dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar dari PAS, hanya Khalid Samad yang duduk diatas pentas bersama Presiden dan Ketua Umum parti.
Pentas kongres menjadi medan puji-memuji sesama sendiri, sesama ahli keluarga dan sesama ‘rakan karib’. Yang anak kata ibunya adalah pemimpin yang paling layak menyandang kerusi empuk Menteri Besar. Yang seketika terpinggir pula sibuk mencabar penghakiman dilakukan secara langsung kerana ketua tertinginya dizalimi. Itu belum kira yang diboikot, yang mengampu, dan yang cuba kekal relevan. Isu-isu nasional banyak yang terpinggir.
Disebalik semua itu, yang paling menarik adalah bagaimana Ketua Umum parti itu cuba ‘berlembut’ dan menjustifikasikan langkah menyingkirkan Menteri Besar Selangor sedia ada. Bermain dengan sentimen penuh emosi, Anwar dan isteri menegaskan bahawa Khalid adalah seperti keluarga sendiri dan tindakan penyingkirannya dibuat setelah mereka berada dalam dilema tentang bagaimana cara melembutkan kedegilan Menteri Besar itu.
Walau berkali-kali menyatakan bahawa beliau tidak mahu memburuk-burukkan Khalid, satu-satu ‘kesilapan’ Khalid dikupas dan dibahas. Meskipun tuturnya lembut namun pasti terkesan dihati. Apatah lagi yang dipilih untuk mengganti Khalid adalah proksi Ketua Umum sendiri. Tapi seperti kata Rafizi, kalau tak suka parti ini, boleh angkat kaki.
Nampaknya, masa depan PKR pusing-pusing hanya pasal Anwar. Tidak perlu menafikan yang sahih. Tidak perlu skrip parti ditubuhkan untuk rakyat, perjuangannya untuk rakyat, kerana pi mai pi mai, matlamatnya hanya untuk menyempurnakan kehendak Ketua Umum. Kalau tidak, masakan ada yang berani berkata akan bermati-matian mempertahankan Anwar.
Lisa Adam is a FMT columnist
ULASAN OMAK KAU:-
1) Kalau sekadar memberi alasan betapa rapuhnya tahaluf siyasi antara komponen Pakatan Rakyat sebab Datuk Seri Presiden terpaksa menekankan berkali-kali untuk menyakinkan gabungan itu kukuh dan padu adalasan suatu alasan cetek dan dengkel... penekanan lebih kearah betapa perlunya suatu iktakan setiakawan yang lebih erat dari sedia ada jika mau bersama-sama menuju ke matlamat yang satu iaitu tumbangkan UMNO/BN pada PRU 14 untuk kedestinasi Putrajaya .. Impian akan menjadi kenyataan jika kesepakatan sedia ada ditambah nilai.
2) Ketidak hadiran pemimpin-pemimpin besar PAS dalam Kongres KeADILan 2014 kali ini bukannya isu besar pun, ianya isu remeh, lainlah kalau tidak ada langsung wakil .. Kongres diadakan di Shah Alam jadi kebetulan YB Khalid Samad adalah Ahli Parlimen Shah Alam dan juga AJK Pusat PAS .. kehadiran dari komponen parti lebih kepada simbolik sahaja dan bukan suatu kemestian Presiden atau Mursyidul Am PAS wajib hadir. Yang mustahaknya ikrar yang PAS tetap bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam visi dan misi ke Putrajaya.
3) Betul ke Kongres kali ini berkisar menjadi pesta puji memuji ampu bodek melangit? Kalau dengar dari ucapan perwakilan Pahang Sdr Nizam Hamid Omak Kau ingat calang-calang pemimpin mau boleh tumbang kena serangan angin ahmar tahan kemarahan. Belasah semacam jer bila dia dengan lantang berkata jangan pemimpin-pemimpin atasan desak paksa anggota dibawah akar umbi setia dan taat kepada pemimpin dan parti sedangkan sesama pemimpin bergocoh bergasak sesama sendiri rebut jawatan dan habuan. .. Itu kira bodek atau herdik?????
4) YB Nurul Izzah bila menyampaikan ucapan dan pandangan, dia memberikannya atas landasan sebagai Naib Presiden Kanan KeADILan, yang cukup kenal dan yakin akan kemampuan Datuk Seri Presiden KeADILan, yang kebetulan adalah ibu kandungnya sendiri. Dia lihat dan merasai bagaimana derita sengsaranya DSWA dalam mengharung liku-liku hidup sebagai Pemimpin parti, ibu dan isteri dalam satu masa ketika DSAI berada dalam penjara dengan pelbagai fitnah yang cukup mengaibkan dan dahsyat sekali. Tidak ramai yang memberi keyakinan bahawa ibunya mampu keluar dari kepungan fitnah dan serangan bertali arus bertubi-tubi dari sang penguasa yang gila kuasa ketika itu. Ramai yang kandas separuh jalan mengambil jalan mudah meninggalkan perjuangan bersama-sama dengan KeADILan.. Adakah penulis mau menafikan ini semua? Jangan lihat suasana KeADILan dalam sebulan dua ini tetapi perli imbau kembali sejak tahun 1998 untuk berlaku adil dalam mengupas dan memberikan pandangan dan analisa.
5) Penulis jelas berniat serong dengan sengaja tidak ambil kebenaran betapa dalam ucapan para perwakilan banyak perkara yang amat rapat dihati rakyat disentuh seperti pendidikan, sosial ekonomi, kesan perlaksanaan GST dan sudah pasti sistem kehakiman negara ini dan juga peranan Peguam Negara yang cukup ghairah dikatakan melemparkan pertuduhan dibawah Akta Hasutan keatas para pemimpin Pakatan Rakyat yang bergelar Yang Berhormat. Pertuduhan keatas DSAI Sodomi II diakui dan dilihat oleh kaca mata antarabangsa lebih kepada pertuduhan politik. Cara dirinya dijatuhkan hukuman dikalan waktu senja dan nak masuk maghrib masa menjadi perbualan dikalangan para pengamal undang-undang seluruh dunia.. Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi yang lebih penting dan utama dilihatnya ianya dilaksanakan tanpa gentar dan memihak.
6) DSAI adalah simbol betapa keadilan sedang dirobek ... kalau sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia boleh menerima nasib dan diperlakukan sedemikian rupa, apa jaminan rakyat biasa??? .. Itu persoalannya .. selagi ianya tidak ditangani secara adil mengikut semangat dan roh perlembagaan dan undang-undang negara yang berkuatkuasa selagi itu rakyat akan terus mempertikai dan mempersoalkannya. Kebetulannya DSAI adalah suatu contoh terbaik untuk dijadikan bahan renungan untuk difikir dan dinilai oleh rakyat.
Rumusannya, Omak Kau mau melihat suatu rupa bentuk baru AMK kali ini .. bertindak pantas mengilas dan membidas setiap kali parti dan pucuk pimpinan diperlekehkan dan pelbagai kata-kata dusta dan fitnah ... mampu berdikari tanpa mengharapkan pihak kawan dalam gerak kerja parti ketika menghadapi setiap kali PRU maupun PRK... Jadikan PRK N01 Pengkalan Kubur sebagai perintis.
Jangan dijadikan lebelan betapa AMK suatu sayap yang lesu, lemah longlai tidak bermaya berkekalan .. Jika mau Ubah Putrajaya .. AMK kena Ubah terlebih dahulu... AMK hanya layak sebagai tukang pacak bendera dan angkut banner sambil melaungkan kata-kata semangat juang dalam nada tinggi, mesti dihakiskan dengan kadar segera .. perlu berani berhujah secara ilmiah dan berhemah bukannya memaki hamun sarat dengan kata-kata kesat taraf sampah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
PRESIDEN PAS TAK MAKSUM - HANIPA MAIDIN
ReplyDeletePRESIDEN PAS TAK MAKSUM - HANIPA MAIDIN
PRESIDEN PAS TAK MAKSUM - HANIPA MAIDIN
JAWATAN KETUM (KETua UMum) UNTUK AKU.
ReplyDeleteJAWATAN PRESIDEN UNTUK BINI AKU.
JAWATAN NAIB PRESIDEN UNTUK ANAK AKU.
AKU BAKAL JADI PERDANA MENTERI.
BINI AKU BAKAL JADI MENTERI BESAR.
MUNGKIN ANAK AKU BAKAL JADI MENTERI WANITA.
HEHE. SETUJU TAK MACAI2 SEMUA???
MACAI2 KENA BANYAK MENYALAK BARU BOLEH DAPAT JAWATAN.
LAGI BANYAK MENYALAK LAGI CEPAT NAIK.
KAH KAH KAH.
ORANG NAK KATA DIKTATOR KE NEPOTISME KE LANTAK LA.
MEREKA DENGKI LA TU TAK ADA JAWATAN. HEHE
JAWATAN BESAR GAJI PUN BESAR OOo.
JANGAN JELOUS TAU MACAI2 SEMUA :P
AMK haprak..kalau serang TSKI laju je..
ReplyDelete
ReplyDeleteKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAJ
LCUUU. . .LUCUUU. . . .LUCUU. . .... . .
OMAK AE. .....KAH KAH KAH KAH KAH
Macam ular makan ular je jawapan omakkau... realiti nya PKR itu belit dari
ReplyDeleteatas sampai bawah... yang 'real' dalam terma manusia, MABUK KetUm !
Pkr .. hanya utk menbalas DEMDAM KESUMAT ..
ReplyDeleteBERJUANG UNTUK KELUARGA ANWAR
DAN RAKAN KARIB
MEMECAH BANGSA MELAYU
Abu lahab dan Abu Jahal terkejut badak kalau dia hidup lagi. Wauuuu !!!!!!! dalam hal politik ada orang lagi jahat dari aku.
ReplyDeleteAbu Lahab pun tak lantik bini dia jadi raja mekah zaman jahiliyah.
Aku bagi bini aku bunga Ros. Ada mamat ni bagi jawatan. Siap kasi pecat sama orang sebelum ni. Wauuuu!!!!!
Bini Abu Lahab pun jealous kalau dia hidup lagi. Ya Lahab Ana mau jadi boss Arab Jahilliyah. Kah Kah Kah.
Kau tengok tu Abu Lahab pun tak buat perngai gila tu
Kah Kah Kah. Power tu. Bini Abu Lahab cakap, Darling U tak cukup jahat lagi. Akhir zaman ada mamat boleh pecat pemimpin yang amanah. Lepas macai2 macai mamat tu propose bini dia jadi pemimpin
ReplyDeleteIni bukan Demokrasi. Ini Nepotisme Donkeykrasi Bininism.
Pemimpin Parti Perlu Refom. Reformasi dalam PKR. Lawan tetap lawan
Jahat2 abu lahab tu xde pulak kuat rasuah,beli cincin 24 juta kat bini dia.heee
ReplyDeletesemua kongres perhimpunan parti sama jer
ReplyDeleteisi pokok yg ditekan oleh pemimpin pemimpin semua parti ialah bersatu berganding bahu jangan berebut dan diingat kan rakyat menilai parti Dlm umno ada tambahan perwakilan buat cerita dongeng selalunya perwakilan ini time naik berucap tengahari lepas makan perwakilan wanita pulak tunjuk betis nyanyi berlagu lagu dan tak lupa membeli belah yg menjadi kemestian Pemimpin 1 dan 2 akan membayangkan nasib melayu tanpa umno Tang ni bab sedih pilu Maka menangis lah ahli ahli umno he he he
ITU LAH TANDA LAKI SAYABG BINI.
ReplyDeleteSALAH KE.
BINI LANTIK LAKI JADI KETUM
LAKI LANTIK BINI JADI MB
DAP JADI SAKSI
PAS JADI WALI.
BEST KAN ?