Tuesday 26 August 2014

BANGLO ADUN NEGERI SEMBILAN DI SITA KERANA GAGAL BAYAR SEWA TERTUNGGAK RM24,000 SEJAK BULAN NOVEMBER TAHUN LEPAS.



BANDARAYA MELAKA - Barangan rumah bernilai lebih RM5,000 milik seorang Adun disita pagi semalam berikutan kegagalan Adun berkenaan menjelaskan sewa banglo di sini, berjumlah RM24,000 semenjak November lalu.

Peguam plaintif, Zora Jan Mohd Newaz berkata, operasi sita di kediaman terbabit dibuat berikutan satu perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 24 Julai lalu.

Menurutnya, satu notis tuntutan telah dikemukakan kepada Adun Negeri Sembilan itu, di mana beliau diberi tempoh sebulan untuk menjelaskan sewa tertunggak itu.

“Bagaimanapun, satu perintah mahkamah dikeluarkan bulan lalu selepas beliau gagal akur,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, kata Zora Jan, barangan yang disita pagi semalam dijangka akan dilelong pada 5 September depan.

1 comment:

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...