Friday, 22 August 2014

16 EXCO BARU AMK PROTES KEMENANGAN NIK NAZMI SEBAGAI KETUA AMK BARU DENGAN KELUAR DEWAN KETIKA SEDANG MENYAMPAIKAN UCAPAN.



Baru sahaja memenangi kerusi Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berdepan saat getir apabila 16 daripada 20 ahli exconya bertindak meninggalkan dewan sebaik dia memulakan ucapan sulungnya di penghujung Kongres Tahunan sayap parti itu hari ini.

Mereka tidak puas hati kerana Nik Nazmi akhirnya memegang jawatan itu selepas mengalahkan Amiruddin Shari and Mohd Nazree Yunus dalam pemilihan parti sedangkan keputusan undi tidak rasmi sebelum ini mengatakan Amiruddin menang dengan majoriti tipis.

Mengikut keputusan rasmi, Nik Nazmi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendapat 4,509 undi sementara Amirudin yang juga Adun Batu Caves memperolehi 4,259 undi. Nazree, naib ketua Pemuda PKR sebelum ini, hanya hanya meraih 2,213 undi.

Seorang jurucakap untuk exco yang sembilan itu mengatakan Amiruddin sepatutnya memenangi jawatan tertinggi sayap parti itu.

"Nik Nazmi hanya menang selepas undian semula dibuat membabitkan bahagian Pensiangan," katanya, merujuk kepada proses pengundian di salah satu bahagian di Sabah itu yang mengalami masalah dalaman.

"Kami sudah menghantar bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti tetapi ia ditolak. Ini akan jadi satu permulaan yang sukar buat Nik Nazmi. Dia terpaksa berusaha keras meyakinkan mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan itu untuk bekerja dengannya," katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimana pun, Nik Nazmi tidak mengambil serius tindakan keluar dewan ahli exco itu, mengatakan semua orang mesti menerima keputusan rasmi yang dikeluarkan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menegaskan tiada masalah bekerja dengan sesiapa pun selagi mereka komited terhadap perjuangan parti.

"Musuh kita bukan dalam dewan ini atau dalam parti. Musuh kita ialah Umno-Barisan Nasional," katanya.

Nik Nazmi yang mengambil alih tampuk kepimpinan sayap pemuda dari Shamsul Iskandar Mat Akin menyifatkan perkara itu sebagai masalah kecil yang tidak akan berpanjangan.

"Nak merajuk berapa lama... Saya rasa ini sementara, macam orang berkahwin, bercinta," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan barisan exco berkenaan.

"Nak merajuk berapa lama... saya rasa ini sementara, macam orang berkahwin, bercinta," kata Nik Nazmi kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan barisan exco berkenaan.

Katanya yang penting bukannya melayan karenah politik sesiapa tetapi memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan rakyat.

Dia menyifatkan tindakan keluar dewan itu seperti perbalahan dalam keluarga dan tidak serius seperti kes pada 2007 apabila Shamsul terpaksa menjadi ketua selepas ketua waktu itu Mohamad Ezam Mohd Nor meninggalkan parti.

"Rakyat tidak berminat dengan cerita dalam kelambu, mereka mahu melihat penyelesaian isu menteri besar Selangor dan pelantikan segera Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Adun, sebagai menteri besar," katanya.

Nik Nazmi berkata, dia sedia berbincang dengan kumpulan itu bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka.

"Saya terbuka untuk berbincang, tetapi mereka perlu terbuka. Saya faham masalah masa pemilihan yang panjang, tetapi kita perlu teruskan. Rakyat ada banyak isu yang perlu diselesaikan," katanya


Difahamkan sembilan kumpulan berkenaan merupakan penyokong kem Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali yang diketuai seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.


Sementara itu jurucakap sembilan exco itu berkata, tindakan keluar dewan merupakan tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada Amirudin.


Mengulas lanjut beliau mendakwa wujud penipuan dalam pemilihan AMK di Cabang Pensiangan, Sabah.


"Sepatutnya pemilihan di sana dibatalkan, tetapi diterima semula kerana untuk memenangkan seseorang.


"Apa yang dibuat ini tanda penolakkan, protes terhadap kepimpinan Nik Nazmi kerana pasukan Amiruddin menguasai hampir 90 peratus AMK," katanya.



ULASAN OMAK KAU:-

Belum apa-apa sudah buat onar .. sikap inikah yang nak pujuk anak-anak muda supaya bersama-sama dengan PR atawan Putrajaya?????

Dimana laungan hormati demokrasi dan suara majoriti serta raikan perbezaan pendapat dan pandangan????

Contoh apakah yang cuba ditonjolakan oleh 16 Exco AMK yang baru terpilih ini???

Beginikah caranya meminta anggota AMK diperingkat akar umbi agar rapatkan saf untuk menentang musuh yang sama iaitu UMNO/BN sedangkan kerja buat sedikit pun tidak menunjukkan kearah itu.

Sanggup bertindak biadap dan enggan terima keputusan yang disahkan oleh JPP .. bersifat taksub kepada pemimin tertentu bukannya taksub kepada parti.

Tidak matang langsung dalam sepak terajang politik .. setiap pertandingan sudah pasti ada kalah menang tetapi perlu mengambil sikap berlapang dada dan berdingin kepala agar semua pihak berada dalam situasi menang menang.

Kalau benar anak jantan dan protes kemenangan YB Nik Nazmi sebagai Ketua AMK yang baru kerana yakin adanya dirasakan penipuan .. gunakan saluran betul dengan membuat bantahan rasmi kepada JPP.. Kalau masih tidak berpuas hati sila letak jawatan.

Jangan bertindak sebagai penyebab kepada keruntuhan AMK yang kini sedang berdepan dengan politik persepsi tidak baik dan kurang lunak dikaca mata rakyat.

Mohon Lembaga Disiplin Parti melihat perangai dan sikap biadap ini untuk diambil tindakan disiplin jika adanya kesalahan melanggar disiplin parti terungkai.

Jangan biarkan ianya menjadi barah kepada parti .. cantas ketika baru nak berputik.

Ikut hukum akal logik ... Orang-orang macam inilah apabila calon pilihan dan pujaan hatin mereka tidak terpilih menjadi calon PRU atau PRK berpotensi besar akan melakukan cah keting dan sabotaj.

Kononnya nak tunjukkan solidariti tetapi tidak kena tempat dan ketikanya .. berfikiran amat mentah dan bertaraf budak-budak tadika.

17 comments:

  1. Replies
    1. Klu diaorg yakin dgn prjuangan pas dh lama dh pkr ni ahlinya bkn melayu wlupun presiden dan KETUM adalh melayu...masing2 nk jd boss utk dpt habuan...dlm pas pun sama..

      Delete
    2. Kahkahkah. ..apa beza pkr dan dap...semua bisa diatur asalkn memilih tuan yg betul dan bkn perjuangan yg betul...klu ada yg brjuang atas prinsip ttp salah memilih tuan maka nasib spti tski akan berulang dan berulang selagiKETUM. .presiden..timb pre. Dan naib presiden org yg sama yg letkkn kronisma didahulukan... nepotisma diutamakan

      Delete
    3. Masa menang buat statement "kita kena terima keputusan"
      Kalau kalah?.
      1. Buat demo.
      2.guling atas jalan
      3.ada pengundi hantu.
      4.ada blackout.
      inilah dia pkr. Sentiasa ada alasan kalau kalah.

      Delete
  2. melayu kena bijak mengundi kali ini....dun Selangor bubar itu adalah pasti hak mutlak kuasa menteri besar sgor kalid Ibrahim....
    Melayu kena bijak mengundi...tolak calon PKR dan PARASIT PAS...
    .Melayu kena bijak undi kali ini.. tolak caln PKR tolak juga calon PARASIT PAS....
    Melayu kena bijak undi ...undilah calon yang pertahankan islam ,melayu dan raja melayu...
    Melayu kena bijak undi mesti undi kepentingan islam di utamakan...bila islam selamat melayu dan raja melayu selamat..
    .melayu kena bijak undi menangkan calon perjuangkan islam kerajaan perpaduan secara automatic didirikan....
    Melayu kena bijak undi tolak calon PKR islam pasti selamat...
    Melayu kena bijak undi kali ini..

    TOLAK PARTI PKR ISLAM PASTI SELAMAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh kita pakat undi umno.umno penyelamat Islam.yea tak?palat hang.umno lagi bangsat.bangsat umno nie jika bab jaga Islam kunun kalah kapiaq.setakat bank islam dah bangga satu donia kunun jaga Islam.geli ler bila umno gebang bab islam.

      Delete
    2. Cai 2324...lu msh kekal dgn islam wlupun lu hidup dan dibesarkn dibwh umno...tang mana yg hebatnya islam bila selangor pp dan kelantan bwh pr...mana hukum islam yg brbeza wlupun pr yg perintah...

      Delete
  3. Benarlah ramai yg berpendapat anggota parti serpihan BN ini masih membawa tabiat parti lamanya. Semua lebih pentingkan jawatan dan tidak boleh bertolak ansur. Lihat saja nama calon bakal MB Selangor. Walaupun ada cadangan mengemukakan dua calon, tapi PKR tetap dgn sikap kepala batunya.
    Jika beginilah sikap yg dianuti tak mustahil PKR akan lenyap mcm spisisnya juga S46. Serpihan.

    ReplyDelete
  4. Nik Nazmi Nik Ahmad -PKR

    Bersekolah di SRK La Salle Petaling Jaya dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya belajar di King’s College, University of London dalam jurusan undang-undang.

    Di sekolah aktif sebagai pembahas Bahasa Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar 1997-1999 . Pernah menjadi wakil ke Nadwah Kepimpinan Islam, Labu, Negeri Sembilan 1998 . Seterusnya menjadi Presiden, Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin, 2001

    Semasa di luar negara , beliau menjadi Naib Pengerusi. Majlis Tertinggi Pelajar-Pelajar Malaysia United Kingdom (UKEC), London, 2003 . Seterusnya Presiden Persatuan Alumni Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin 2003 . Pernah menjadi AJK Politik Mahasiswa, Federation of Students’ Islamic Societies United Kingdom (FOSIS), London, 2003-2005 dan Perwakilan King’s College London, National Union of Students, London 2005

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najmi budak kolej je beb? Kolej Yayasan UEM? Pastu kolej king kat London? Ape yang hebatnye???

      Delete
    2. Nak hidup..nak belajar...nak biasiswa...nak subsidi..
      cari BN...
      dah dapat..dah berjaya...dah kaya..
      tikam BN..maki BN...fitnah BN...
      manusia tak guna...

      Delete
  5. Penuh dewan yek.

    ReplyDelete

  6. OMAK KAU. . .SEMBILAN ORANG YG KELUAR DEWAN TU SEMUA AHLI UMNO. SAYA ADA DLM DEWAN MASA TU. LU ADA ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen standard PR....
      berak sembelit ko pun umno punya pasal...betul tak macai?

      Delete
  7. Ini semua salah umno... aku pecat ko dan lantik bini aku sendiri...


    - bukan anwar ibrahim

    ReplyDelete
  8. Simpan bodo kamu tu wahai puak AMK....jd org cerdik....jgn letak otak kat lutut....dlm keadaan gawat ni pn masih nak gado...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...