Saturday 30 August 2014

KETUA POLIS NEGARA MEMBERI AMARAN, POLIS AKAN TANGKAP ANGGOTA PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) PULAU PINANG JIKA TERUSKAN AKTIVITI.



Polis akan mengambil tindakan menangkap anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PPS dilihat telah terpesong daripada tujuan sebenar ia ditubuhkan empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.

"PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka...sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin pertubuhan itu yang tersebar di internet semalam yang mencabar Khalid berikutan kenyataannya sebelum ini mengenai pengharaman PPS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Di awal penubuhan PPS, polis melihat ia sebuah pertubuhan yang memberi khidmat kepada rakyat, tetapi kebelakangan ini PPS dilihat sudah terpesong daripada matlamat asalnya. Rondaan kononnya untuk menjaga keselamatan itu dulu, sekarang dah tak ada dah," katanya.

Pada Selasa lepas, Khalid dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah ROS.

12 comments:

  1. KPN ni terlajak cakap,,makumlah tak berapa cerdik,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ialah cai...mana ada melayu yg cerdik ug bijak dan cerdik hnya cina je..apa tah lg klu jd ahli dap otomatik jd cerdik jika dibndingkn dgn melayu pr yg lain...hidup cina hidup dap..

      Delete
    2. Hidup mca hidup gerakan....bangang tak habis2 asal dap je cina...yang bersama dengan umno tu bukan cina??....opps lupa diaorang pun bumi pakai songkok tinggi

      Delete
  2. Replies
    1. Pergh dh mcm klon guan eng...cai lu google je akta pertubuhan dan bidang kuasa kerajaan federal dan state...syg tul nko cai dgn tokong busat pr...

      Delete
  3. Tangkap dulu baru percaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakn kpn nk brbohong, yg bg statement tu betul lh kpn baa...

      Delete
  4. Tangkap je diaorg ni- susah la kami abg2 Long dan budak2 nak cri mkn-kawasan dah diberi-ikut kawasan la nak pau org-jgnla masuk kawasan abg Long fadiL-susah la mcmni

    ReplyDelete
  5. 4 tahun baru 2x kes pukul dilaporkan itu pun entah betul ke tidak....wahai KPN pertubuhan samseng pro umno ada cop halal jakim dah beratus2 kali pukul dan belasah orang yang tak sealiran ko buat apa?? Tengok je...

    ReplyDelete
  6. Apa syarat nk jadi anggota PPS?
    Ada rekod jenayah boleh jadi ahli tak?
    Ada elaun tak?
    Siap ada vest uniform & walkie talkie. Dah mcm tonto pun ada. Dari upah budak jadi tonto lagi baik bagi PPS jaga line. Informer ada merata tempat.
    Bnyk duit boleh kaut dgn ambik contract vest & walkie talkie nie.
    PPS klu nk belasah org buka baju dulu. Kan sekarang nama dah panas.
    Agak2 LGE boleh dedahkan tak nama setiap anggota ahli PPS. tu la lain kali jgn show off sangat. Lepasni LGE nk tubuhkan apa plak? Askar Sendiri nk mcm Sultan Johor pulak? PPS punya hal JKKK pula yang takpasal2 terbabit
    Cuba bayangkan klu BN pun ada anggota sukarela mcm ni kat setiap negeri. Mau terkuar ank tekak LGE persoalkan apa relevenya pasukan sukarelawan ayat yang biasa dengar "Membazir Wang Rakyat!!!" tapi bila kena btng hidung sendiri "Untuk Keselamatan Rakyat"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita x tau, pakai unifom pps tp orgnya sape2...lepas tu amik gambo.. rkyt akan kata pps ganas... sape2 pun boleh berlakon ganas camtu utk bagi gambaran buruk pada pps... lps tu pdrm buat statement buat tangkapan tanpa siasatan menyeluruh... umno kan biasa buat camtu... x faham2 lagi ke??? pandangan peribadi je, bukan menuduh...

      Delete
  7. website penang.gov.my dah tau da agenda tersirat. pa fungsi boh bendera Malaysia & British sebelah menyebelah? npa X boh BM & ENG jer? alang2 dh da 2 bendera tu letak la sekali bendera China & India utk alih bahasa. Maybe LGE ada angan2 nk bwk kuar Penang kuar Malaysia. Jangan lupa Penang still byr pajak kat Kedah tiap2 tahun maknanya Penang Kedah ampunya. wlpn hakikatnya sewa kedai satu lot lagi mahal dari nilai pajakan tu.. bak hang

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...