Tuesday, 26 August 2014

OMAK KAU PEMECAH BERITA TERKINI .... SULTAN MINTA TSKI TANGGUHKAN HASRAT LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR.




DUN SELANGOR TIDAK DI BUBARKAN!!!!!

DYMM telah menerima mengadap dan maklum akan hasrat TSKI mau meletakkan jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan menitahkan agar ianya ditangguhkan terlebih dahulu sehingga perlantikan Dato' Menteri Besar Selangor yang baru ditentukan.

Ini untuk memastikan pentadbiran negeri Selangor berjalan lancar dan teratur.

Dalam masa yang sama Sultan Selangor menitahkan agar komponen gagasan Pakatan Rakyat menyerahkan setiap parti namakan 2 calon untuk pertimbangan Tuanku Sultan mengikut Perkara LI (1). Perkara LII (2) (a), 4 dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak didalam pelantikan seorang Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ianya adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan  Baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai
".
.. kata Tan Sri Khalid Ibrahim

21 comments:

  1. Sotan ada kuasa nak lantik sape mb.ada lg yg tak sedar diri rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dpt sokongan majoriti
      kan itu tugas dan tggjawab adun supaya memudahkan sultan membuat pertimbangan ? di negeri perak tu lebih dua tiga kerusi je begitu senang sultan perak buat keputusan

      ini semua khalid punya pasal

      Delete
  2. ha ha ha, sultan selangor mmg best. lepas ni ade yg gugur rambut duk garu kpla jer

    ReplyDelete
  3. Ganti mb tak semudah ganti Bini.ganti Bini mudah...tendang yang lama bawak balik rumah Bini sapa sapa yang mengenyam...tk caya Tanya wakil rakyat Kuala langat

    ReplyDelete
  4. Tak payah nak happy sgt paling lambat pun bulan depan dah ada sidang dun.masa tu kena undi tak pecaya baru ada akai..heee

    ReplyDelete
  5. Omakau nak jadi mcm blogger upahan umnu ke.ambk cerita sekerat2.sultan dah terima perletakan jawatan mb sgor SEHINGGA perlantikan mb yg baru.kahkahkah.heee

    ReplyDelete
  6. Ko tak faham bahasa Malaysia ke?anon 17:03

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 17.18.kau lagi tak reti bahasa.betul lah dia tulis tu

      Delete
  7. PAS ada peluang hantar 2 nama.aku suka kalau calon PAS dpt jadi MB ajar sikit golongan tamak gila kuasa Dan gila gelaran dalam PKR

    ReplyDelete
    Replies
    1. skg dlm parti PAS pun huru hara psl sikap dan kelemahan Hj Hadi

      Delete
  8. Bukan tak faham tp terfikir mcm anon 17.29 tu.adakah ini bermakna pas akan coner baring cecah telinga sekali lagi dan akan melantik din ayam sbagai mb sgor?kahkahkah.heee

    ReplyDelete
  9. 2 nama setiap parti?kenapa tak minta semua sekali 56 org.kita minum brandi duluuu...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko faham tak sultan nak...ko aje minum brendi sbb tonggong.

      Delete
  10. kalau Pas ank calunkan adun jadi MB ,calunkan nama Dr Rani dan Saari Sungip

    ReplyDelete
  11. Ko ni kenapa anon 17:45 Toksah nk kutuk PAS je...kan sultan yg minta semua parti dlm PR hantar dua nama...apa ko teringin Sgt nk jd mb ke? Hantar nama ko yek....menyampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke PAS jd MB ? PAS sendiri kata tak nak rebut jawatan MB dan dlm persetujuan PR semua parti setuju MB Sgor utk PKR

      Mmg ni lah cari utk membentuk kjaan perpaduan antara UMNO PAS dgn UMNO MCA MIC sbb kalau PAS dpt jawatan MB tinggal lah PR dgn PKR dan DAP

      Delete
  12. Kenapa pulak tak boleh kutuk pas.kan pas tu pengkhianat.heee

    ReplyDelete
  13. Sultan tanggoh perletakkan jawatan Khalid Ibrahim sehingga pilihanraya umum ke 14 kerana PKR dan DAP hanya menyediakan satu nama saja sedangkan PAS sedang sibuk untuk memecat dua adun nya kerana menyokong Wan Azizah.

    Setia usaha patut cadangkan sekali UMNO Baru calonkan nama MB dari puak mereka pada... Sultan berlembaga.....peraturan dunia ketiga.... he..he..he..

    ReplyDelete
  14. Tski dah sedia letak jawatan.sultan minta tangguh dulu...dan minta lebih 2 nama dari parti parti lain dalam PR.MAK lampir rapizi n the gang...puas hati kamu?APA lagi lu mau??? Nak teruskan lagi jelajah Selangor londehkan tski ke???rapizi strategy kamu makan diri...tak menjadi

    ReplyDelete
  15. dah eluk eluk kaum cina hadir ceramah PAS siap bawak bendera PAS semasa pru tu tup Presiden PAS dok sibuk Kjaan Perpaduan antara UMNO PAS dgn UMNO MCA MIC Semua kata kata penceramah PAS yg UMNO kuat rasuah buat firnah ditelah bulat bulat oleh Presiden PAS

    ReplyDelete
  16. Para pemimpin PR umpama bodoh tak boleh diajar..cerdik tidak dapat ditumpang...PAS mabuk pil kuda..PKR mabuk todi = gila kuasa...umporno tukang sorak..DAP memerhati hehehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...