Friday, 22 August 2014

MANTAN KETUA AMK SHAMSUL ISKANDAR AKIN MESTI DEDAHKAN SIAPAKAH PEMIMPIN BERPENGARUH PKR YANG BELIAU LABELKAN SEBAGAI SYAITAN CUBA MEMECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT!!!



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin menyelar golongan berpengaruh dalam PKR yang didakwanya cuba memecah-belah Pakatan Rakyat ketika krisis politik di Selangor memuncak.

Tanpa menamakan individu tertentu, Shamsul Iskandar mendakwa “suara sumbang” oleh golongan yang disifatkan sebagai “panglima PKR” itu sanggup mendesak agar parti tersebut keluar dari Pakatan Rakyat.

"Di dalam krisis menteri besar Selangor, kita melihat situasi yang sama apabila ada di antara panglima parti yang cuba memecahkan keutuhan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah bisikan syaitan! Tiada maknanya kita berjuang jika kita tidak menjaga keutuhan Pakatan Rakyat.

"Seperti yang saya telah ungkapkan, pemimpin yang berpengalaman luas dalam politik, seperti almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor dan Lim Kit Siang menyedari keperluan untuk bergerak sebagai sebuah pakatan yang kukuh.

"Kita tidak akan ke Putrajaya sendirian," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua AMK dalam kongres pergerakan itu di Shah Alam pagi ini.

Sanggup hilang kuasa

Beliau yang baru dilantik ke jawatan naib presiden PKR bagaimanapun lega kerana ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mudah termakan dengan bisikan itu.

Bagaimanapun, beliau tetap kesal dengan pihak tertentu yang sanggup kehilangan kuasa di Selangor atau sanggup membiarkan sehingga DUN dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya baru.

"Ini semua adalah pemikiran yang sasau dan tersasar. Jika kita ikuti saranan yang rela kehilangan negeri Selangor atau mahu Dewan negeri dibubarkan, kita seperti di dalam bidalan orang tua Melaka, ibarat peniaga buluh kasap, dapat hujung pangkal lesap," katanya.

Shamsul menegaskan krisis itu sebahagian besarnya berpunca daripada sikap Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyukarkan keadaan.

Beliau antara lainnya membangkitkan sikap "tiada komitmen kepada proses musyawarah dan displin untuk mematuhi keputusan yang dicapai".

"Lebih parah sekiranya persetujuan yang dicapai disanggah oleh pemimpin utama parti yang tidak menghadiri mesyuarat.

"Pergantungan kepada penasihat di balik tabir, di luar daripada proses mesyuarat bersama menyukarkan lagi keadaan,” katanya.

Oleh sebab itulah Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini menggesa pemimpin gabungan parti bertemu Khalid unntuk mencari penyelesaian, katanya.

ULASAN OMAK KAU:-

Ini adalah satu pertuduhan yang cukup dahsyat dan serius .. wajib Mantan Ketua AMK dedahkan siapakah pemimpin yang beliau maksudkan itu kerana tidak mau rakyat amnya dan anggota parti khasnya membuat tuduhan melulu kerana ini amat merbahaya dan memberi kesan amat buruk kepada parti.

Jika berani sebut adanya pemimpin PKR yang berpengaruh berperangai seperti syaitan maka kena berani juga dedahkan nama pemimpin tersebut.

Rakyat dan anggota parti kini masih dalam kegelapan dan samar-samar siapakah pemimpin itu???

Silap meneka nanti jatuh berdosa kerana memfitnah pula.

Jangan burukan lagi keadaan yang sedang tenat dengan membuat labelan yang buruk dan hina kepada pemimpin lain.

Name the leader now and address it once and for all!!!!

Pemimpin bertaraf syaitan mesti dinyahkan dari kepimpinan parti jika benar apa yang dikatakan oleh mantan Ketua AMK merangkap Naib Presiden KeADILan yang baru, lebih-lebih lagi dikatakan amat berpengaruh dalam PKR.
 

12 comments:

  1. melayu kena bijak mengundi kali ini....dun Selangor bubar itu adalah pasti hak mutlak kuasa menteri besar sgor kalid Ibrahim....
    Melayu kena bijak mengundi...tolak calon PKR dan PARASIT PAS...
    .Melayu kena bijak undi kali ini.. tolak caln PKR tolak juga calon PARASIT PAS....
    Melayu kena bijak undi ...undilah calon yang pertahankan islam ,melayu dan raja melayu...
    Melayu kena bijak undi mesti undi kepentingan islam di utamakan...bila islam selamat melayu dan raja melayu selamat..
    .melayu kena bijak undi menangkan calon perjuangkan islam kerajaan perpaduan secara automatic didirikan....
    Melayu kena bijak undi tolak calon PKR islam pasti selamat...
    Melayu kena bijak undi kali ini..

    ReplyDelete
  2. Ini yg tak sesuai dilakukan. Teguran boleh dibuat secara musyawarah bukan ditembak depan khalayak. Kedua pihak perlu menapis dulu bila ingin menyuarakan sesuatu pendapat. Kan dah timbul satu fasal lagi yg menggambarkan kecelaruan dlm PKR. Kes MB belum lagi selesai......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin brtaraf syaitan tu..tk lain tk bkn anwar n family...

      Delete
    2. Ini semua auta...nak bagi umno tidur nyenyak bersama mimpi indah dapat selangor...
      INI TEKNIK PALING LICIK PKR..
      umno mesti tido lena...
      kahkahkah..umno bodo...

      Delete
    3. Mmat x brani ddah la....mcm zahid midi..kes bukti A la...pnyak sabah la...smpai la x muncul....

      Delete

  3. BOM JE LEBIH TU. SAMPAI LIMA PULOH JANUARY PUN TAK KAN ADA PUNYA.

    ReplyDelete
  4. semua ini mau kencing kuat...
    nampak la macam hero filem hindustan...
    nanti boleh naik jadi presiden...

    ReplyDelete
  5. Dalam politik memang banyak setan pun...

    ReplyDelete
  6. Rapizi la tuuuuu

    ReplyDelete
  7. SEDAPNYA MULUT KO...ye BULAT woooii..label org sbg setan...yang ko tu MALAIKAT kee???

    ReplyDelete
  8. BN MENANG UMNO SENANG..PR MENANG BN YANG KENYANG HEHEHE

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...