Sunday 24 August 2014

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA PARA PENGKAGUM TUN MAHATHIR ... UTUSAN KINI ARAHKAN MUNCUNG MERIAM KARATNYA KEPADA MAHATHIR SEBAB TARIK BALIK SOKONGAN KEPADA NAJIB.



Utusan Malaysia hari ini mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan perdana menteri kini berdepan dengan lanskap politik lebih mencabar berbanding era sebelumnya.

Mengulangi kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akhbar milik parti Melayu itu menggunakan contoh cara pengurusan krisis Penerbangan Malaysia Airlines MH17 sebagai contoh kejayaan pentadbiran Najib.

“Kini Najib menerajui negara dalam landskap politik yang jauh lebih mencabar berbanding era-era sebelum ini,” tulis Awang Selamat dalam edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

“Maka beliau perlu disokong atas banyak faktor. Antaranya prestasi pentadbiran beliau setakat ini tidak mengecewakan termasuk mengurus krisis seperti MH17.”

Menurut Awang Selamat, walaupun Dr Mahathir mempunyai hak untuk menyuarakan pandangannya, tindakan menarik kembali sokongan terhadap Najib tidak kena pada masanya.

“Kali ini ramai tersentak kerana Dr Mahathir mengumumkan beliau menarik balik sokongan kepada Najib. Pada Awang, tindakan itu tidak kena pada masanya tetapi itulah Dr Mahathir.

“Syukur kerana Najib seperti biasa – sabar, tenang dan tidak melatah. Perdana menteri sudah terbukti mempunyai rekod baik dalam menangani kritikan para pemimpin, termasuk Dr Mahathir,” katanya.

Awang Selamat berkata, masyarakat Melayu di peringkat akar umbi tidak mahu melihat perpecahan yang hanya akan merugikan mereka.

“Mesej sokongan Umno kepada Najib dalam isu ini sudah jelas kepada semua. Sebarang reaksi keterlaluan tidak akan membantu. Janganlah kocakkan lagi suasana,” tulisnya kumpulan pengarang Utusan Malaysia itu lagi.

“Awang akan terus menyokong Najib (sama keadaannya ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri).”

Dr Mahathir pada Isnin mengumumkan di blognya www.chedet.cc beliau menarik kembali sokongan yang diberikan terhadap Najib kerana prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

"Harapan saya Najib akan mengambil iktibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri semasa PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.


ULASAN OMAK KAU:-

Para pengkagum dan pentaksub tegar Tun Dr Mahathir kena bangkit mempertahankan beliau.

Apa yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir dalam isu ini adalah berfakta dan sahih bukannya luahan hati ikut emosi.

Nampaknya Utusan bertindak menyokong padu Najib bukan atas dasar kebenaran tetapi berpaksi atas kapisiti beliau sedang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri .. Seakan-akan bagi Utusan siapa pemimpin yang sedang memegang tampuk kuasa apa yang diucapkan adalah benar lagi sahih .. pihak lain walaupun sudah memegang kuasa selama 22 tahun dianggap sebagai sampah sahaja.

Sedang kebenaran tidak semestinya dari pemimpin yang dijulang kadang-kadang ianya datang dari pihak lawan apa tah lagi kalau ianya dari bekas perdana menteri selama 22 tahun.

Benar tetap benar .. Kebenaran Jangan di Ketepikan dan Kesalahan Jangan diPerapkan.

30 comments:

  1. "“Syukur kerana Najib seperti biasa – sabar, tenang dan tidak melatah. Perdana menteri sudah terbukti mempunyai rekod baik dalam menangani kritikan para pemimpin, termasuk Dr Mahathir,” katanya."
    ------ ++ ----

    Pada pendapat aku la, Najib bukan tidak mahu menjawab kritikan terhadapnya tetapi dia "kelu" dan tak mampu menjawab kritikan. Below-standard politician mana mampu menangkis kritikan.

    Emperor7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dengan Anwar pun Najib tak berani berdebat
      Dan Najib hny berani dng soalan soalan yg di tuju kan oleh wartawan utusan

      Delete
    2. Kalau gitu che det debat dgn anwar je lah, ade brani!

      Delete
  2. Kemon la..kalau negara betul diperintah dgn baek..tak le Malaysia jauh ketinggalan berbanding Korea yg dulu bawah pada kita...

    ReplyDelete
  3. Pengganti Tun M yang dibentuknya sendiri hanya ada seorang. DS Anwar Ibrahim.

    Ramai hanya nampak mereka ini musuh tetapi lupa bahawa DS Anwar Ibrahim adalah apprentice Tun M. Beliau dibentuk untuk menggantikan Tun M.

    Mengenai salahlaku moral beliau. Ia ialah hak peribadi DSAI.

    Mahathir dan DSAI memacu Malaysia ke arah negara maju. Ciri ciri negara maju, 1. Degree berasaskan kepandaian. 2. Graduan tidak minat sektor awam. 3. Seperti di negara maju pekerjaan am seperti buruh, kilang, petani, sektor pembersihan dilakukan sendiri oleh rakyatnya. 4. Tukang ajar ialah pembina bangsa yang terdiri daripada 30% yang terbaik SPM sahaja (sebelum Najib menteri pelajaran). 5. Nilai matawang Malaysia ialah RM1.60 = USD 1.

    Pak Lah dan Najib mengundur masa. Di zaman mereka, 1. Degree seperti puntung rokok bersepah tiada nilai sebab bodo pun boleh ambil. 2. Graduan hanya mahu kerja di sektor awam. 3. Pekerjaan am dianggap low class justeru perlu kepada warga asing. 4. Pekerja sektor awan terlampau dimanjakan, cuti berlebihan, jumlah terlampau ramai- teramai di dunia!, disiplin rapuh -ramai yang buat bisnis luar, minta balik negeri sebelum 5 tahun, masuk keluar kerja ikut suka hati. 5. Tukang ajar tidak cemerlang SPM mahupun UPSR graduan Kolej pun diambil maka jadi seperti ketam mengajar anak. 6. Nilai matawang RM3.80 = USD 1.

    Dan lain lain.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah...otai pkr ada ngata kan bang non tak abis blajar di UM dulu ...smoi la ni bang jnon x saman otai pkr...kah kah teori ekonomi pun fail ada ati nk jadi punahsihat sgor...masa jdi kementerian kewangan amik keadah imf yg melingkup kan ekonomi korea..Thailand dan indonesia...kah kah...budak bodoh bang non tau camano nk bejubo jer...kah kah..semua tu fakta...kah kah

      Delete
  4. Kahkahkah...tiba2 tun mnjd ikon pd pmbnci tegar tun...pkr ujud kerana tun, ttp pkr akan bungkus kerana kronisma yg mnjd amalan KETUM, PRESIDEN dan NAIB PRE. kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bukan sokong Tun Bapak Fitnah adalah Tun dan apprentice dlm bab fitnah adalah Najib Tun pun dah letih serang Anwar dgn modal gila kuasa tp Anwar tetap meletakkan Presiden PKR yg kebetulan isteri nya sendiri sbg calun MB Sgor Najib tak akan berani buat mcm apa yg Anwar buat Najib buat berselindung tahu tahu anak dia jd pengarah filem hollywood tahu tahu anak dia beli apartement di new york

      Delete
  5. Langkah Pekan makin menarik.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkah pekan atok lu..kajang blh lh abg non lu suruh pencacai ltk jawatan...makin lama bkn abg non je bangang tp ngan pngikut2 lbh bangang..heee

      Delete
    2. Buat malu orang Pekan

      Delete
  6. Alhamdulillah. Biar dua-dua ni bergaduh. Biar pengikut-pengikut diorang begaduh. Tak rugi pun kepada umat Islam sebab dua-dua tak mahu Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ckp lu cai...yg benar2 nkkn islam DAP je...pas tngk apa kata pkr.. pkr lk tngk klu anwar blh jd pm ttp dgn syarat isteri jd mnteri kewangan dan anak jd mnteri kdn...klu tak sorry cai...

      Delete
    2. Betul sbb dua dua tak mahu Islam ke 1136 ?
      Tksh sbb selama ini tu lah yg kita org cakap kan

      Delete
  7. Awang selamat dn periuk nasinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Psl landskap politik yang jauh lebih mencabar lah Najib tak mampu mentadbir dgn bijak Tun M ckp ni psl masa depan org melayu Perkasa kena buat kenyataan sokong Tun M Jgn senyap jer .

      Awang Selamat jgn terjemahkan utk Najib Biar Najib yg bela diri dia sendiri Dia PM Msia

      Delete
  8. Menang jadi arang kalah jadi abu=KEHANCURAN UMNO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup jd macai umno

      Delete
    2. Ku nan kata umno tak pakai quran. jadi umno tu, ikut undang-undang lord reid .umno ketepikan hukum ALLAH. Jahanam masa depan umat.

      Delete
  9. Jemput2.. jgn malu2..(pas utk semua)

    ReplyDelete
  10. Otai sdiri pn dah benci lu baik lu blah la..

    ReplyDelete
  11. Langkah pekan malaysia terus hilang dari dapat bala.heee

    ReplyDelete
  12. KETUM "INI KHALID LA!!!"

    ReplyDelete
  13. Aik? Kata utusan berita xbetul. Tapi anjing2 pkr tetap baca jgk. Maklumlah DNA umno.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg baca utusan dua tiga org
      Masuk dlm blog jd isu Dr situ lah jd modal bantai Najib
      Awang Selamat tak patut bg komen Sbb psl Tun M ni bukan tajuk utama Utusan dan media cetak yg lain Yg ada dua tiga org nasihat Tun M jgn buat pendedahan secara terbuka Faham tak? Bila Tun M tiba tiba senyap apa yg Tun M dapat ?

      Delete
    2. ajak je Tun M keluar umno. dia kan suka keluar masuk umno....

      Delete
  14. kalau psl landskap politik yang jauh lebih mencabar yg di guna sbg alasan oleh Utusan seolah olah sindir Tun M yg Tun M dah ketinggalan zaman hehehe

    Hal tak guna Najib ni hal besar Kalau tak tak kan lah smp Tun M tarik balik sokongan Susah jd PM kalau tak ada sokongan Tun M Awang Selamat tu pun tak selamat bila bila Tun M boleh guna pengaruh jdkan dia wartawan hiburan hehehe

    ReplyDelete
  15. pelik betul. blog ni dah jd tempat anjing umno menyalak...

    ReplyDelete
  16. Alamak che det dh brsara eloklh duduk diam2 kt umah, umoq tu dh lnjut sngat dh ptut ingatkn mati bnyak2, beramal bnyak2, bristighfar bnyak2. Selain che det rmai lg yg brani teguq najib tu, smaada die nk trima atau tdk je. Usah lh buang masa...

    ReplyDelete
  17. SUDAHLA MADEY..UMNO/BN CELAKA XCUKUP2 LG MENTEKEDARAH KHAZANAH NEGARA CUKUPLA..TIDAK ADA PENGUASA/KERAJAAN YG AKAN KEKAL MEMERINTAH BUAT SELAMA-LAMANYA..INGAT LA..APA LG MAU..??

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...