Thursday, 28 August 2014

DSAI TARIK BALIK SAMAN FITNAH RM100 JUTA TERHADAP PENGERUSI SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD) TAN SRI SYED HAMID ALBAR TANPA KOS.



Ketua Umum KeADILan, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim menarik balik saman fitnah RM100 juta terhadap Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar tanpa kos, selepas defendan meminta maaf berhubung satu artikel di mana Anwar didakwa sebagai pengkhianat.

"Kami berjaya selesaikan secara baik, walaupun ia dalam kamar. Tan Sri Syed Hamid berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan saya, dan tidak menganggap artikel itu sebagai tepat.

"Oleh kerana kekeliruan ini, beliau memohon maaf, dan saya menerimanya secara positif. Saya menarik balik saman saya kerana beliau memohon maaf, kerana beliau tidak berniat demikian," kata Anwar kepada  pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Anwar memfailkan saman itu pada 29 Ogos 2008, dan menamakan Syed Hamid dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

5 comments:

  1. Umnu dan fitnah bagaikan liwat dan model monggol.heee

    ReplyDelete
  2. Pas memandang rendah pada kaum wanita.islam ajaran pas.

    ReplyDelete
  3. Mulia sungguh insan bernama Anwar Ibrahim RM100 juta bukan sikit ?
    Papagomo mcm mana dah bayar ganti rugi ke belum? Org bg peluang mengaku salah dan mohon maaf tak nak Nak tunjuk dia tu di pihak benar konon

    ReplyDelete
  4. Adakah integriti Anwar patut disoal sekarang? Apakah yang telah dibincangkan untuk terus menyaman? Adakah Anwar ajen UMNO sekarang? Adakah jam omega telah bertukar tangan? Apakah warna spender DSAI?....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...