Thursday, 28 August 2014

MEDIA BARAT KINI JADIKAN TRAGEDI MH17 DAN MH370 SERANG MAS DEMI MENJATUHKAN IMEJ MAS DAN NEGARA.



Setelah dua tragedi besar melanda syarikat penerbangan Malaysia MAS, MH370 dan MH17, baru-baru ini, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu. Memang tidak dinafikan, reputasi MAS sedikit tergugat, tetapi tidaklah seteruk yang diwar-warkan oleh media, terutamanya media barat.

Dua gambar yang menunjukkan gambar penerbangan MAS yang menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat..

Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong", menjadi popular dan viral di internet.

Tetapi, pemilik asal gambar telah menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah masuk di dalam media.

Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi " Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."

Mengenai gambar kedua pula, seorang pengguna yang berada di dalam pesawat yang sama turut menceritakan keadaan sebenar.

Keadaan pesawat tidaklah sekosong yang disangkakan. Leanne Marotta, yang menggunakan nama twitter @lee0173 yang turut menceritakan keadaan sebenar. Beliau mengambil gambar lelaki diatas iaitu sepupunya yang menaiki pesawat yang sama.

Menurut Leanne, memang kurang penumpang pada waktu itu. Tetapi setelah dia menanyakan seorang lelaki kenapa tempat 'check-in' kosong. Lelaki itu menjawab, "kerana sekarang masih di awal pagi(5:30 pagi)", dan dia menganggarkan lebih kurang 60 orang menaiki kapal terbang yang sama.

Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.

Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia.

11 comments:

  1. Mas patutnya kena tukar nama dah.. Orang tua dulu dulu kalau anak cucu demam memanjang diorang akan tukar nama. Mana tahu kaedah ni juga boleh diamplikasi keatas pesawat.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadang khalid ibrahim jadi ceo mas.
      Mungkin khalid boleh lakukan sesuatu.

      Delete
  2. Mas mulai punah bila ada air asia

    ReplyDelete
  3. Kah kah bila masa omak ko bela MAS....dulu kemain lagi bila meletup mh17....bala dah apa kejadah sial lagi yang cuba dimomokan dln entri omak ko....tumpu pada pati pkr ko yang nak jahanam tu la....spin banyak...spin jijah..omak ko tah terdesak bila kalid dah nk cari mana pulak dahan tempat bergayut...nnti tak masyukkk..janji masyukkk .....

    ReplyDelete
  4. Cuba kita fikir secara ilmiah. Kemungkinan nya :-

    1. Apa kepentingan MAS di sisi wartawan luar ? Kenapa mereka teruja memburukkan MAS ?

    2. Kita fikirkan pula kepentingan dalam negara. Siapa yang 'berkepentingan' ? Tidak mustahil keburukan MAS itu di momokkan sendiri oleh mereka-mereka yang memiliki akses dengan wartawan dunia luar dan negara luar demi memonopoli perniagaan ? Politik perniagaan yang boleh sahaja menjahanamkan ekonomi sesebuah negara, dari segi kapasiti keuntungan dan kepentingan sesuatu entiti. Ingat lagi keupayaan Soros?

    Maka itu, dari segi kepentingan Nasional, tidak kira siapa, malah di pihak pembangkang, mesti menjaga maruah Negara. Ini fisabilillah dan wajib kita semua membenteras anasir-anasir jahat seumpama nya.

    Di harap pihak berkuasa Kerajaan menyiasat perlakuan khianat ini, jika betul terdapat kelompok kewujudan nya.

    (Kadangkala omakkau befikiran positif juga....he..he.. tq)

    ReplyDelete
  5. Padan muka dgn MAS-dulu berlagak sgt-skrg dah nak bankrap-nasib baik syarikat GLC kalau tak dah lama bungkus-dulu berlagak kat air asia kata takan tergugat-bila si kicap tu dah berjaya bru la nak terjaga dari tido-dah byk tahun rugi-lpsni plak malindo air pijak Mas-tahniah MAS kerana rugi tiap2 tahun

    ReplyDelete
  6. Bodo masa bika la tu mas berlagak ssgt...salah kan pak lah mas catering untung 300juta sebelum brahim sky ambil alih dengan keuntungan 70% pada sykt adik pak lah dan 30% utk mas ...mas adalah sykt awam....kontrak selama 25 tahun....akai ada ke....?

    ReplyDelete
  7. dah mula satu per satu usaha milik negara hancur lebur...selagi usaha dikuasai kroni UMNO,dan korupsi merajalela...maka tunggulah negara malaysiapun akan bengkrap....teruslah undi BN dan teruslah dibuai mimpi indah...sampai suatu mase nanti rakyat marhaen mampossssss...MAS...next PROTON....next PETRONAS...next BENGKRAP..

    ReplyDelete
  8. Saya cadangkan Isa Samad jadi CEO mas .

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...