Thursday, 21 August 2014

SIKAP PEMIMPIN YANG TERPUJI DAN BERJIWA BESAR ... MOHON MAAF SECARA TERBUKA JIKA MELAKUKAN KESILAPAN NYATA.



Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini memohon maaf kepada Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin kerana menjejaskan nama baiknya melalui sebuah kenyataan sebelum ini.

Berikut permohonan maaf Nurul Izzah:

Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk “Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.

Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.

Saya kesal dengan kenyataan tersebut.

Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas.


ULASAN OMAK KAU:-

Inilah suatu sikap terpuji yang harus ada pada setiap pemimpin yang berjiwa besar .. akui kesilapan dan mohon maaf jika melakukan kesalahan .. tidak rakyat pandang hina dan serong pun malahan pujian melambung diberikan sebab sanggup buang ego demi meredakan pertelingkahan.

Jangan anggap penyelesaian diluar mahkamah dianggap suatu yang menjual prinsip dan harga diri.

Amat kurang sifat terpuji begini dimilik para pemimpin kita lebih-lebih lagi dipihak sana.

Ular menyusur akar berduri tidak akan hilang bisanya.
 

19 comments:

  1. TAK PERNAH PULAK DENGAR SIKAP MEMOHON MAAF ITU LEBIH MULIA DARI SIKAP MEMBERI MAAF ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya apa yang nurul cakap sebelumni tak betullah. Pasal tu dia minta maaf.
      Kalau tak mesti saman court dalam.

      Delete
  2. KALAU TAK MINTA MAAF KENA BAYAR LA SAMAN FITNAH.

    KAH KAH KAH

    DAH KALAH SAMAN FITNAH PUN BERJIWA RAKYAT KE??

    ReplyDelete
  3. Si pemberi maaf tu di pehsak dap
    kalau di pehak sebelah sana (umno ar agaknya) tiada maaf bagi mu lah agaknya ye.

    ReplyDelete
  4. Nurul saman utusan setel luar.yg ni minta maaf.macai kena beralah demi macai yg satu lagi.

    ReplyDelete
  5. DUIT BOLEH CARI.
    MARUAH TAK BOLEH TUKAR DGN DUIT.

    ReplyDelete
  6. Raja nong nengok NURUL pun cair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geli tengok perempuan kaki penipu dan selingkuh.

      Delete
  7. MACAI2 SEKELIAN.. .
    LAWAN TETAP LAWAN ! ! !

    ReplyDelete
  8. Anak bapak kaki fitnah... Keluarga jahiliah!

    ReplyDelete
  9. Tolak pkr islam selamat

    ReplyDelete
  10. Mohon maaf dan menerima maaf satu amalan yg mulia di sisi Allah. Kalau rasa bersalah minta maaf. Nabi hari hari minta ampun(maaf) dengan Allah sedangkan Nabi tak buat salah pun dengan Allah dijamin masuk surga lagi. Kita di ajar supaya memiliki sifat rendah diri sesama manusia bukan sifat berbangga diei dan riaq kerana Allah melaknati manusia yg beraifat riaq dan sombong diri. Syabas Nurul ini lah amalan yg dituntut oleh Nabi SAW. Terpulang lah kepada Raja Nong Chik nak maaf ke tidak pokoknya minta maaf atas kesilapan. Kalau roh islam Raja Nong Chik mantap dalam dirinya dia akan maafkan tapi kalau roh Yahudi ada dalam diri Raja Nong Chik dia tidak akan memaafkan Nurul. TGNA dimaki cerca oleh Mantan KPN kata Bapak Syaitan pun TGNA maafkan mantan KPN sedangkan ungkapan itu tidak sepatutnya keluar dari mukut umat Melayu beragama Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PEMBETULAN. . .
      RAJA NONG CIK BUKAN YAHUDI. TELAH PUN MEMAAFKAN.
      SIFAT MEMAAFKAN LEBIH MULIA DARI MEMINTA MAAF.

      Delete
  11. LU LARI TAJUK LAH BRO. . .
    KITA TAK CERITA PASAL MANTAN KPN.
    SORY. CONTOH MNAFIK YG SESAT LAGI MENYESATKAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 20.14 bagi contoh kemaafan TGNA kpd mantan KPN. Bukan lari tajuk. Baca biar faham supaya org tak nampak kebodohan sendiri.

      Delete
  12. Omak kau ..,, dulu kan main ko mengata Raja Nong Chik... dosa kalau tak melutut mintak maaf.., Omak kau pembodek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong cai...dh jatuh maruah raja nong chik dlm karier politik dan intergriti beliau sebagai insan..dgn mudah sipelaku mohon maaf dan pencacai (omakkau) lbh menaikkn nama pmfitnah dan beliau sndiri tlg mmpromosikn fitnah ke tahap mksimun ttp tk ingt nk mohon maaf.. nmpk sngt omakkau dan fitnah adalah makanan beliau..kesian anak2 omakkau yg mkn hasil haram prbuatan seorg ibu...

      Delete
  13. Kalau yang memfitnah sedar atau tidak sedar mengaku bersalah dan meminta maaf...
    Bagaimana pula dengan orang lain yang membawa dan menyampaikan fitnah tersebut keseluruh dunia...
    "Pergh.... banyak siot dosa tu kalau berjuta2 orang yang baca...." tak terkira azabnya.... tanggunglah sendiri dosa tu....
    Sebab tu lah maklumat yang tidak sahih jangan disebarkan....

    ReplyDelete
  14. Yb nurul izzah kata kat datuk raja nong chik masa sebelum pru-13.. dia kata mcm tu utk kelabukan mata pengundi lembah pantai untuk dapat undi.. dh menang, mintak maaf la.. takot kena bayaq saman... tu pn kata yb nurul izzah ni baguih?? Mana tumpahnya kuah klu tk ke nasik... mcm mana ayah dia suka fitnah org.. anak pn mcm tu la.. nk menang pnya pasai, sanggup aibkan org lain.. mcm ni ka yb yg berjiwa besar??

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...