Saturday 27 July 2013

PENGERUSI NGO KURANGKAN JENAYAH, MyWATCH KENA TEMBAK PETANG TADI DAN KINI DALAM KEADAAN KRITIKAL!!!



KUALA LUMPUR: Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang tadi oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Sanjeevan, 27, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Omak Kau dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka.

Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu.

Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.

Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau.

Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap.

29 comments:

  1. Good man who fight for criminals never afraid of dying. They afraid they'll never get a chance to live.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berita terkini. Moiden kata semua yg dijanjikan termasuk projek empangan akan ditangguhkan ke satu masa nanti. Booo padan muka penduduk kuala besut. Kan doh keno tipu weei. Keno bohong jah ngan bn. Bn memang pembohong tulah kamu tak caya kan doh keno doh. Buuuu.

      Delete
    2. Dg mai dh kaki penipu..tukang buat fitnah.dalam bulan puasa pun menipu
      Ni posa ka dak ni.ingat tuhan sama.jangan buat fitnah dosa besar tu

      Delete
  2. Wataci sbgai rkyt mlysia negara yg brdaulat yg dulu nya penuh dgn kesopanan..negara yg rkyat nya hormat pd undang2...wataci sndri megah dgn kedaulatan yg didukung oleh perkataan PD(RAJA)M dan RAMD(RAJA)...tpi sdih dgn apa yg sudah brlku dlm negara ini....seolah2 negara ini sudah mnjdi negara koboi..negara mafia...begitu mudah skli senjata api skrg ni brada di tngan rkyt yg berspesis sampah ini...dimna kah penegak juga pendukung undang2 skrg!!!???? Jika dulu ble di kenkang tpi knpa skrg ni seolah2 begitu rapuh....!!!????? Fkir2 kn la pd siapa yg patut brfikir....

    ReplyDelete
  3. Malaysia negara aman ...index jenayah merundum ...keselamatan org awam trjamin...Tapi dlm masa yg sama pmbunuhan mnjadi2 di Malaysia.spt ada jual pistol di Chaw Ket shj.klau dulu hnya jutawan2 atau taukea emas shj yg di bunuh...tapi skrang..Guru pun jagi mangsa pmbunuhan.

    ReplyDelete
  4. malaysia dh sama mcm luar negara..kejam,zalim,tindas,tamak kuasa dsb.negara yg jahiliah

    ReplyDelete
  5. Keputusan semua ini senang je...umno tak reti memerintah bodo memerintah negara tapi terhegeh2 nak perintah tapi bongok dan tongong. Ini je sebab jenayah tu lain tarak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 100%..pembunuh jadi pemimpin negara...inilah padahnya.

      Delete
    2. Ni lagi sekor beruk kaki fitnah
      Tak takut dosa ke ??????
      Ni sah kaki x sembahyang dan kaki x posa ni...
      Ingat selagi orang yang ko ftnah tu x ampun kan ko.neraka jahanam lah tempat ko nnt

      Delete
  6. Syukurlah.. Malaysia masih aman.

    ReplyDelete
  7. Orang yg menembak itu, kemungkinan dri golongan org upahan polis itu sendiri, malaysia penuh dgn drama..selagi pemimpin 49% undi ini yg tidak ada kemaluan ini memegang negara dan tiada siapa menggulingkanya, selagi itulah jenyah makin meningkat...ayuh gulingkan najib.
    .berkumpul seperti mana di mesir yg menuntut kuasa morsi dikembalikan iaitu pemerintah yg mendapat mandat rakyat...lupakan hari raya, ayuh tegakkan khilafah...

    ReplyDelete
  8. Malaysia negara aman.........Amanlah sgt2!!

    ReplyDelete
  9. Cuba dengar ceramah Dr Zakir Naik berhubung punca berlakunya sesuatu keganasan. Amat menarik.....

    ReplyDelete
  10. Syukurlah negara masih aman. Cuma jenayah di kalangan kaum India memang klise. Sedangkan suami isteri kaum India pun kalau bertelagah cukup menakutkan inikan pula di luar famili. Pernah hidup dalam komuniti India di Batu Cave, setiap malam ada saja kejadian tarik menarik rambut. Tangisan wanita usah cerita. Segelintir lelaki India cukup abusif terhadap isteri. Apapun, saya tak kata semua ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan disbbkan kaum India jer...ooiii...ini adalah disbbkan kumpulan mafia berlesen dan bersarang didlm UMNO/Bn......altantuya telah dileupkan.....ramai yg ditembak selamber jer.......kpd polis....inilah bala yg akan korang hadapi bila tak menjalankan kerja dgn betul...yg akan menjadi mangsanya rakyat bawahan(termasuk kaum keluarga dan kerabat korang nanti)......

      Delete
  11. Inikah yang dikatakan AMAN MALAYSIA?.

    ReplyDelete
  12. Haiza Najwa..
    Sy setuju pendapat anda cumanya anda lihat dari sudut kecil iaitu hanya di bt cave. Cuba lihat dr sudut yg lebih besar iaitu seluruh negara kita..ianya melangkaui batas bangsa. Terlalu kerap kejadian jenayah saban hari. Terlalu ramai pembunuh upahan yg bawa senjata dan tembak orang dimana shj. Adakah anda terfikir siapa yg mengupah penjenayah2 ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah ler nak pikir jauh jauh.You get what you wish for! Pihak pembangkang yg nak EO dimansuh kan dan sebab itu hampir 2400 pesalah EO dibebaskan.Siapa pesalah EO ini? ISA pun dah tak der lagi.Sekarang M'sia dah terbuka jadi syurga untuk penjenayah berat.Cuma yg lagi bodoh si Najib dan SiDol lembik yg menurut saja kemahuan bodoh pihak yg sengaja mahu menyusahkan M'sia.Tak per la,lagi 5 tahun jer pun BN memerintah.Lepas ni kau bagi M'sia kat DAP buat sesuka hati diorang....

      Delete
    2. anon 11:44...yg dikatakan pesalh EO tu...bukanlah sebenarnyer bersalah.....sbb itu mereka telah dilepaskan...setelah pendakwaan dijlnkan....yg sebenar penjenayah adalah yg bersarang didlm UMNO/BN tu.....siap ader immuniti pulok......maka bermaharajalelalah mereka....

      Delete
  13. Haiza Najwa...
    Betul pengamatan you..lelaki india agak abusif dengan isteri..bukan macam lelaki melayu sayang isteri memang top..tapi sayang anak perempuan lagi super top..sampai adakalanya tak dapat bezakan antara anak perempuan dgan isteri...padam lampu je..terus konfius.....

    Harap ayah you bukan jenis ni yaa...

    Bukan semua laa...

    ReplyDelete
  14. Prrnah seorang E.O beritau saya lagi 10 tahun kalau BN kekal tadbir Malaysia awak akan lihat Malaysia akan dikuasai kumpulan ala MAFIA Itali. Skrg pun Geng Ster sudah menguasai sebahagian projek2 Kerajaan kelas A dan B manakala projek kelas F bagi kat konntrektor Melayu urus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auta jer lebih,fakta tarak.Biasa buat fitnah ler ni.Nak gelak pun ada,kesian pun ader bila ko percaya cakap criminal EO pulak tu yg kontraktor klas A dikusai mafia ala Itali. Bodoh betul ko ni. Nak buat lawak pun agak2 la,bahalol!!

      Delete
    2. anon 14:18...faktalah apa yg dikatakan oleh anon 13:29.....org yg bahalol mcm kau yg kata buat lawak......hihihihihi

      Delete
  15. Sanjeevan mendedahkan hubungan intim antara Pegawai tinggi Polis dan Sindiket Jenayah.

    Kerajaan masih melindungi mereka ini. Asalkan mereka sokong kerajaan dan sanggup jadi anjing suruhan, mereka boleh buat apa saja.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bagi tau siapa nama pegawai tinggi polis dan sindiket jenayah tu tak?...

      Delete
    2. Boleh tapi berapa nak bagi aku? Klu 50 hingget boleh belahlah bro.

      Delete
  16. Kerajaan borek rakyat rintik, bertepatan dengan hadis nabi saw, Umat yahudi dahulu binasa kerana golongan pemimpin mereka mencuri tidak dipotong tangan sedangkan golongan rakyat mencuri dipotong tangan. Jika anaknya fatimah mencuri nabi sendiri akan memotong tangannya.

    Bangsa melayu binasa kerana hukuman double standard. Tengok sekarang. Kejadian jenayah dari mangsa hingga ke penjenayah, semuanya melayu, bangsa lain ada tapi kadang kadang. Pengundi BN menyokong penjenayah high profil dan tak mustahil jadi penjenayah atau mangsa jenayah.

    ReplyDelete
  17. dorang ckp aman.. keselamatan terjamin.. ekonomi kukuh.. tu dlm tv dan surat khabar bn. pdahal hakikatnya.. bohong je tiap2 hari..

    ReplyDelete
  18. HAHAHAHA. KITA TUNGGU PENGERUSI BAHLOL NI DULU ada kaitan tak dengan gangster. tungguuu. ni lah akibatnya bila macai gangster di letakkan sbg ketua menjaga kemanan kunun. podahh.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...