Friday 13 November 2015

MENTERI GUNA DUIT TABUNG ANAK YATIM MAIN GOLF LUAR NEGARA???????

                                  INI ADALAH GAMBAR HIASAN SAHAJA.
Selepas beberapa kontroversi dalam pentadbiran sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, pihak berkenaan turut menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS).

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa satu rombongan diadakan 21 Mei hingga 29 Mei 2014, turut melewati bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa.

Beliau memberitahu satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran lawatan bagi perbelanjaan menteri dan rombongannya itu dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim).

"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya.

Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56.

"Walaupun perjalanan tersebut untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan' Kelab Santun Yapeim, namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah," katanya.

Akmal pada sidang media itu mendedahkan antara aktiviti rombongan tersebut termasuk majlis keraian menteri (golf), jamuan promosi (keraian VVIP) dan lawatan 4 hari pada 22, 23, 26 dan 27 Mei 2014 ke Leesburg Outlet + OT.

Pihaknya, katanya, memeriksa destinasi tersebut dan mendapati ia sebuah pusat membeli-belah 'upscale outlet' barangan berjenama yang terletak di Washington DC.

"Ia dikunjungi rombongan menteri tersebut sebanyak 4 kali di mana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM5,908.35.

"Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia.

"Bagaimana satu badan disalahgunakan untuk aktiviti menteri seperti golf, ke pusat membeli belah dan sebagainya?" soalnya.

NOW turut melampirkan bukti invois yang menunjukkan yayasan tersebut membayar sejumlah wang mencecah RM400,000 untuk kos keseluruhan rombongan tersebut.

"Itu duit anak yatim. Ramai yang keluar negara atas urusan rasmi, tetapi bila gunakan duit untuk program santai, ia di luar matlamat, dan itu salah.

"Tindakan menteri itu melampau dan mengkhianati agama, bangsa dan negara," katanya.

Justeru, badan bebas itu mendesak agar satu siasatan menyeluruh dijalankan, di mana setiap perbelanjaan yayasan tersebut disemak dan diedit secara terbuka.

"Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan," kata Akmal..... TMI

20 comments:

  1. Sudah duit byk depan mata byk yg jd gelap mata keimanan.ada org gelap mata sbb kuasa juga sangup ketepikan hudud.si alvin tu nak pungungnya berulat ke.apa punya biadap.sudah tahap gila ke apa.tak lama kena la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bc sakit hati...

      hadi bc meleleh airliur basinya teringin nk jd penasihat 20% mcm jamil khir.

      najib tklayan offer hadi... maka hadi lena teruskn hobi candat sotong dn memburu babi dlm bukit saja.

      tkdapat hadi nk main golf lg... dlm diam pi berlatih golf kt nippon

      hudud? lain kali ajela

      Delete
  2. Alang2 buat pendedahan, sebut nama menteri yang mana satu supaya senang rakyat humban ke dlm longkang bersekali dgn kerajaan sekali pd pru akan datang.
    Jgn cerita sekerat jalan mcm pondan.

    ReplyDelete
  3. Celakalah pemimpin bangsat yang bernafsu rakus menggunakan wang derma rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga sendiri. Celakalah pemimpin bangsat yang mengumpul kekayaan dengan menipu dan menyamun wang rakyat sedangkan rakyat hidup miskin kerana GST yang telah menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

    Pemimpin bangsat menyuruh rakyat hidup sederhana sedangkan pemimpin bangsat pula hidup mewah. Apakah jenis pemimpin ini?

    Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

    "Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan syurga atasnya." [HR. Muslim No.203].

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semoga yang buat perkara menyalahi syaraq akan menerima infaq nya d MAHSYAR nanti....janji Allah swt tu benar tiada yang benar melainkan benar INSHAALLAH.

      Delete
  4. Wahai balaci-balaci sekular,

    Mengapa kamu semua sibuk menfitnah parti Islam yang berusaha melaksanakan hukum Allah di negara ini tetapi kamu berdiam diri apabila Alvin SeTan menghina Islam dan Al-Qur'an? Mengapa kamu tidak menghina SeTan tersebut? Adakah kamu munafik? Balaci bangang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka sokong dap sj jd kena kutuk pas.alvin the chippig tak ada kena mengena dgn mereka

      Delete
    2. Anon 16:21,

      Apakah maksud "alvin the chippig tak ada kena mengena dgn mereka" ? Apakah agama balaci-balaci ini?

      Delete
  5. Kalau husam jd ketua baru pandikutty imayam elok juga.selamat sikit sabun dr jd bhn bantaian.husam tak nak agaknya sbb dia tak berapa sihat.begitupun mana tahu dia tunggu tawaran yg lumayan.org bijak la katakan.hatta tu duduk berihat ke pergi umrah.ke pemikiran dah naik kematu.

    ReplyDelete
  6. Kenapa omakkau x sebut mana Dato jamil khir yang berjoli sakan tu..ngeh3

    ReplyDelete
  7. Kenapa omakkau x sebut nama Dato jamil khir yang berjoli sakan tu..ngeh3

    ReplyDelete
  8. Pendedahan terbaru Husam Musa yang akan membuat PAN tat omakau terkemut-kemut.

    Pemimpin pas yang mengeluarkan arahan dan mendesak supaya sahak gagap disunatkan kali ke 2 dgn alasan tidak mendengar arahan parti.

    yang menjadi mangsa pkr dan dap..ngeh3

    ReplyDelete
  9. Balaci suka menfitnah dan menghina parti Islam kerana parti Islam berusaha melaksanakan hukum Allah di negara ini tetapi balaci tersebut tidak peduli si celaka Alvin SeTan menghina Islam dan Al-Qur'an. Apakah agama bacai tersebut?

    ReplyDelete
  10. duit anak yatim buat main golf...duit guru yik buat tambah gaji exco...kita serupa...ulang chorus

    ReplyDelete
  11. tak boleh sebut siapa nama menteri tu.takut takut kena buang kerja.anak bini nak makan apa.sekarang ni dah tak pakai dah pepatah melayu,'berani kerana benar,takut kerana salah.'yang penting zaman la ni,money comes first.dosa pahala belakang kira. betul tak?

    ReplyDelete
  12. YANG NI GUNA DUIT TABUNG ANAK YATIM....YANG TU GUNA DUIT CARUMAN GURU YIK...

    DAH NAMPAK SEMAKIN SERUPA....

    AHHHHAA.....KITA SELUPAAAA...!!!!

    SAPA TU?

    PAS DENGAN UMNO LA.....SIAPA LAGI

    ReplyDelete
  13. Omakkau! Kenapa tidak menulis kenyataan penuh Akmal Nasir. Tak elok tau cerita tak habis. Itu tuduhan Akmal Nasir, samada fitnah atau benar kena di buat pengadilan la. Tapi, untuk kebenaran itu pahit...kenapa tak sampaikan berita secara menyeluruh berpandukan kenyataan di buat. Kenapa perlu dibuang nama tertuduh sedangkan dalam kenyaatan tersebut amat jelas dan berulang kali disebut. Mmm...entahlah omak...yang benar menipupun kekadang bila ditambah gula dan madu sodap lagi jadinya. Kipidab bercakap..dungibab karipap.

    ReplyDelete
  14. AKMAL MESTI MOHON MAAF ATAU DISAMAN

    Merujuk kepada kenyataan media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015. Sesungguhnya dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

    Kunjungan saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.

    Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

    Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.

    Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.

    Justeru dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya.

    Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.

    Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.

    Dengan ini, saya menuntut Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya

    http://www.amenoworld.net/2015/11/skandal-yapeim-ini-kenyataan-balas.html

    ReplyDelete
  15. Duit depa...katanya. pemankin tu depa punya.. yapeim tu pun depa yang dok kelola...memang patut depa ambik...upah katanya...tak pa...sebab semua anak anak yatim di Malaysia telah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Maka sebagai rakyak malaysia, kita harus berbangga dengan jemputan hormat yang diterima oleh Dato Menteri melihat anak didik dan memberi tazkirah kepada keluarga kedutaan. Korang ada ka? Inilah pemimpin yang perlu diketengahkan sebagai pelapis di masa depan. Dengan berlatarbelakangkan disiplin ketenteraan, kita pasti Dato Menteri boleh menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
    Syabas Dato Menteri, semoga barokah hidup tuan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...