Monday 23 November 2015

SALAH GUNA WANG ANAK YATIM DAN MISKIN ... LEBIH 3,000 DARI 5,000 PENYUMBANG DANA AMAL JARIAH (SKIM POTONGAN GAJI) MENARIK DIRI DARI TERUS MENYUMBANG


Ertinya pembocoran maklumat oleh NOW memberi kesan dan impak yang cukup kuat kepada rakyat ... sudah pasti persepsi sudah terbentuk dikebanyakkan minda rakyat betapa wang anak yatim dan miskin telah diseleweng dan disalah gunakan untuk kepentingan beberapa pemimpin seperti mana dihebahkan oleh NOW.

Bukannya mudah untuk pulihkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat yang sudah hampir lumpuh kepada urus tadbir kewangan YaPEIM.

KOTA BAHARU: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) akan memberi penjelasan kepada kira-kira 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

"Saya yakin pemberhentian (sumbangan dana) ini adalah bersifat sementara hingga mereka benar-benar yakin ini adalah fitnah dan mereka akan (kembali) meneruskan sumbangan kepada YaPEIM.

"Kita akan hantar kenyataan akhbar dari semasa ke semasa supaya mereka akhirnya akan memahami perkara sebenar yang sedang berlaku," katanya selepas menghadiri sesi penerangan tertutup berhubung isu yang melanda YaPEIM anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Majlis Profesional Kelantan di sini, malam tadi. Hadir sama Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Siti Zaleha Hussien dan Anggota Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Prof Datuk Mahamad Naser Dis.

Mengulas lanjut, Abibullah berkata, YaPEIM kini mempunyai kira-kira 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.

Dalam pada itu, Abibullah berkata, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.

Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

YaPEIM menjadi perhatian sejak minggu lalu, berhubung dakwaan salah guna dana dan lebihan pembayaran gaji kepada pengurusan atasannya. - BERNAMA

53 comments:

  1. Berikanlah duit dan sumbangan itu kpd PAN kerana mereka inclusive progressive dan faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nak derma kenapa mesti melalui yayasan pihak kedua ketiga!!! Tak boleh ke terus dermakan pada pihak yg berkenaan dgn ini tiadalah peluang seleweng wang kita dermakan. Jenayah org berani buat kenapa guna pakai wang yayasan tak berani!!! .apalg salah guna kuasa utk kepentingan mrk mana mungkin boleh percaya!! Walaupun kita berbuat baik menderma tetapi derma mesti sampai kepada yg nak diderma!! Kalau wang derma entah kemana tiada gunanya menderma kerana pihak yg berkenaan tidak menerimanya sebaliknya pihak lain yg gunakannya.

      Delete
  2. Sila ambil perhatian serius ... mulai sekarang mana-mana komen yang tidak ada kena mengena dengan artikel akan dipadamkan termasuklah komen maki hamun, melucah dan geng-geng togel dan juga komen-komen yang sama ditempel berulang kali .... Omak menjemput kepada semua penjenguk blog ini kita berhujah secara bertamadun dan berhemah .... kita bertukar-tukar pendapat demi mencari titik persamaan dan kebenaran ... Harap maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... delete jer komen macai separuh masak dari BN tu..buang masa jer.. ntah apa2... mulut olngkang..terbaik omak kau...

      Delete
    2. Setuju. Gang PAN Imayam suka maki hamun disini

      Delete
    3. brhujahlah dgn akal n minda yg sihat...agar kbaikan n prmasalahn d kongsi brsma....

      Delete
    4. Jgn main2 dgn duit jariah yg telah diserahkan kpd anak2 yatim. Jgn main guna suka hati. Neraka tempatnya.

      Delete
    5. Dah lama saya bagitahu omak kau. Komen kdg2 tak bersabit langsung dgn tajuk, marapu macam org tak sekolah, serabu tengok.. Block je yg jenis komen benggong2.

      Delete
    6. Dah lama saya bagitahu omak kau. Komen kdg2 tak bersabit langsung dgn tajuk, marapu macam org tak sekolah, serabu tengok.. Block je yg jenis komen benggong2.

      Delete
  3. Macam mana boleh dikatakan fitnah pada hal memang betul perbelanjaan digunakan utk program bersama menteri di USA dan Paris.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya pencegah rasuah menyiasat YaSPINm kerana bos-bos YaSPINm telah melakukan pecah amanah iaitu menggunakan wang derma orang ramai untuk menambah kekayaan ahli politik Dumbno, membiayai VIP ke luar negara dan mengadakan program bersuka ria diluar negara.

      Kita semua tahu terdapat banyak masjid dan pertubuhan Islam di luar negara yang boleh mengadakan kursus perkahwinan untuk pelajar Msia di luar negara untuk menjimatkan wang menjimatkan wang. Maka tak perlulah VIP and the gang terbang sana sini dan menggunakan wang derma orang ramai.untuk mengadakan aktiviti konon untuk kebaikan pelajar Msia di luar negara. Rakyat sekarang bijaksana maka mereka tahu membezakan program karut dan tidak berfaedah dari program yang berfaedah.

      Tindakan YaSPINm menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya adalah semata-mata untuk untuk menutup pekung bos-bos YaSPINm sendiri yang bernanah busuk dan sedang membengkak.

      Sepatutnya polis dan pencegah rasuah menyiasat bos-bos YaSPINm bukan menyiasat orang yang mendedahkan penyalahgunaan wang derma orang ramai. Apa sudah jadi dengan negara ini?

      Delete
    2. Patutnya yg dah tak sabor2 nak kahwin saja yg kena gi kursus. Ni tapau semua apa hal?

      Delete
    3. Untuk makluman rakan2 di usa dan paris:

      Kat malaysia, kursus kahwin ialah rm120. Tak ada yg free. Korang kat sana beruntung la beb....

      Delete
  4. Aku pun dah batalkan potongan gaji.

    Aku bukan berkira sangat tapi bila tengok tambang kapalterbang RM137 ribu lebih untuk seorang, ini bukan jenis urustadbir harta wakaf yang jujur.

    Jamil tak salah dari segi undang-undang tapi salah dari segi moral kerana setuju menggunakan perbelanjaan yang terlampau-lampau.

    Sepatutnya dia tolak...naik kapalterbang klas biasa sahaja.

    Satu keluarga 3 orang dengan kos hampir RM400 ribu, macam kapalterbang sewa khas.

    Yang di Paris tu RM290,000 hangus. Yang kat tanah air ni kerja kuli batak kena tanggung sendiri kursus kawin.

    Pelajar tu kalu gatal nak kawin, kawin sajalah. Kat sana bukan berguna pun sijil kursus kawin tu. Bukannya kerajaan Prancis wajibkan ada sijil kursus baru boleh nikah.

    Ini semua cari kesempatan nak melancong dengan duit sumbangan orang ramai.

    Kalu tak kecoh nanti ada pulak program kat Moscow pulak sebab kat sana pun ramai juga pelajar Malaysia.

    Lepas tu program kat morocco pulak. Pas tu Kanada pulak.

    Pastu ke antartika pulak program ziarah/tahlil mh370.

    Yang kita ni melopong ingatkan wang tu sampailah kepada yang berhak sebenar-benarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikanlah bantuan kepada kami balaci tanpa had Dari PAN Imayam. Kami dah tak lalu Jadi hamba abdi Abuya Sifoo Bukit Penang

      Delete
    2. Aku potong tak byk. 30 hinggit aje sebulan. Mulai januari 2016 aku berhenti potongan. Alaaa...30 hinggit aje pun kurang. Tak jejas pun ypeim. Cadang nak letak tabung surau pulak utk tolong tampung aktiviti surau. Kesian surau bayar bil air & api sendiri.

      Delete
    3. Anon 15:38,

      Jika anda membuat potongan RM30 sebulan, setahun jumlah potongan 12 X RM30 = RM360.

      Jika 5000 orang membuat potongan RM30 sebulan, maka potongan setahun ialah 5000 X RM360 = RM1,800,000. Kalau 10 tahun, sumbanga derma RM18juta.

      Sudah tentu ahli-ahli politik DumBno dan ostad dan ostazah DumBno yang menguruskan YaSPINm akan beraya sakan menggunakan wang tersebut untuk menambah elaun-elaun mereka pada kadar cekik darah dan mengadakan kursus parkahwinan untuk makhluk asing di planet Marikh. Sudah tentu YaSPINm akan menempah tiket penerbangan NASA untuk mengadakan program kebajikan kroni di planet Marikh.

      Delete
  5. Tahniah kpd orang yg telah nemberhentikan potongan. Sumbang terus kpd rumah anak yatim berdekatan dan pantau juga pengurusan mereka. Yapeim dah sah gunakan utk prog yg mewah . Kedepan tak perlulah rai orang atas mrenggunakan duit derma.

    ReplyDelete
  6. Tahniah kpd orang yg telah nemberhentikan potongan. Sumbang terus kpd rumah anak yatim berdekatan dan pantau juga pengurusan mereka. Yapeim dah sah gunakan utk prog yg mewah . Kedepan tak perlulah rai orang atas mrenggunakan duit derma.

    ReplyDelete
  7. Tahniah kpd orang yg telah nemberhentikan potongan. Sumbang terus kpd rumah anak yatim berdekatan dan pantau juga pengurusan mereka. Yapeim dah sah gunakan utk prog yg mewah . Kedepan tak perlulah rai orang atas mrenggunakan duit derma.

    ReplyDelete
  8. Aku pun nak hentikan potongan gaji ni. Bagi kat orang yang tak amanah. Pigidah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tak Amanah!!!!. DAPigidah

      Delete
    2. Menteri gi luar negeri nak bertugas ke nak gi main golf sambil bershoping?
      Mana bole tak jujur cam tu.....
      Nak shoping & main golf gi la ambik cuti.

      Delete
  9. Saya pun terkejut beruk dengar yapeim belanjo beratus2 ribu hingga setengah juta untuk program yg hanya disertai oleh peserta /pelajar 70- 100 org!! Seolah-olah program tu hanya buat syarat shj atas kertas untuk mengharuskan pengeluaran dan penggunaan duit yapeim tu untuk program tambahan VVIP...main golf, shoping2...meme teruk pengurusan duit yapeim ni...saya dan isteri pun dah berhenti sumbangan blnn kpd yapeim ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh! Hebat tak PAN Imayam pimpinan Si Mat Sabu ni? Punya hebat sampai duit pun boleh turun dari langit. Kira terlebih Qasyaf puak - puak Geng Haprak Baru Si Mat Sabu ni rupanya.

      Tapi persoalannya, jika duit diorang ni tak turun dari langit, dari mana pulak datangnya? Takkan pulak diorang ada duit sebanyak itu sampai mampu untuk diorang buat program besar - besaran?

      Nak harapkan duit Haram hasil elaun dan juga gaji wakil rakyat yang ikut serta menyokong Geng PAN Imayam Mat Sabu tu berapa sangat yang diorang ada. Lagi pun takkan diorang nak bagi semua duit elaun diorang tu?

      Ahli jangan cakap la. Dlm blog bi dah tunjuk gambar hadirin Dan hadirat di Program PAN Imayam. Boleh co gak dgn jari. Tapi balaci PAN Imayam kata prngikut mereka lebih Dari penduduk Asia tenggara

      Delete
    2. Hambno duit turun dr yapiem

      Delete
  10. Saya pun terkejut beruk dengar yapeim belanjo beratus2 ribu hingga setengah juta untuk program yg hanya disertai oleh peserta /pelajar 70- 100 org!! Seolah-olah program tu hanya buat syarat shj atas kertas untuk mengharuskan pengeluaran dan penggunaan duit yapeim tu untuk program tambahan VVIP...main golf, shoping2...meme teruk pengurusan duit yapeim ni...saya dan isteri pun dah berhenti sumbangan blnn kpd yapeim ni!

    ReplyDelete
  11. Sudsh tiba masanya yapeim bergerak sendiri tanpa mengharapkan potongan jariah drp orang ramai pd setiap bulan. Potongan ni dah mula lama dulu. Tentunya ypeim dah cukup modal utk berdikari. Biarlah potongan jariah bulanan org ramai diberi kpd institusi lain pula spt sekolah agama rakyat, rumah org tua, rumah anak yatim, sekolah tahfiz, masjid dan surau.

    Cukup2 la....

    ReplyDelete
  12. Betul ker gaji org2 besar ypeim mencecah ratusan ribu sebulan? Omak aiiii....kalah gaji menteri dan perdana menteri.....

    Patutnya org2 besar ni menyumbanh dan bukan mengambil.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu rasa jumlah gaji tu tak cukup banyak, ambik la lagi.

      Delete
  13. Tbg haji, sapu.
    Ypeim, sspu.
    Cikgu yik, sapu.

    Malukan islam jer.....

    ReplyDelete
  14. Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) Akmal Nasir berkata Yayasan Ekonomi Pembangunan Islam (Yapeim) mengadakan lawatan ke New York dengan kos RM100,000 pada September 2014.

    Selepas pendedahan terbaru skandal Yayasan Ekonomi Pembangunan Islam (Yapeim) di Perancis minggu lalu, Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).

    Pengarah NOW Akmal Nasir berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September, 2014 sehingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.

    “Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi berikut iaitu, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) sebanyak RM66,960 dan Yapeim RM101,720,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

    Program di bawah Kelab Santun Amerika 2014 itu didakwa diadakan bersempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke AS.

    “Apakah keperluan Yapeim bersama dalam lawatan perdana menteri ke New York sedangkan Yapeim adalah agensi berteraskan kepada amal jariah dan bukanlah jabatan kerajaan.

    “Berapa banyak lawatan ke luar negara melibatkan Yapeim bagi 2013, 2014 dan 2015?” soal Akmal yang turut menggesa pihak terlibat menjawab pendedahan lain pernah dibuat NOW sebelum ini.

    Pada sidang media hari ini, Akmal turut menunjukkan dokumen permohonan perbelanjaan yang diluluskan Timbalan Pengerusi Yapeim Datuk Zaleha Hussin.

    Permohonan itu dibayar kepada Pemangkin sebanyak RM101,720.

    Sehubungan itu, Akmal menuntut Yapeim menjawab persoalan yang dibangkitkan hari ini.

    Akmal juga menggesa struktur pengurusan dan pentadbiran Yapeim dirombak termasuklah mereka dilantik sebagai lembaga pemegang amanah hanya boleh bertindak sebagai pemegang amanah dan dilarang memegang jawatan lain dalam Yapeim.

    “Struktur anak syarikat dan institusi milikan Yapeim perlu disusun semula agar pertindihan peranan dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan kos pengurusan,” kata Akmal. – TMI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akmal.....
      Kita ni org kecik...orang bawahan...
      Tak sapa nak dengar cakap kita....
      Kita serah aje kat Maha Kuasa.

      Delete
  15. Ko jgn cakap sedap mulut je... yg sapu tu bkn org Islam tapi yg bertopengkan Islam senang cakap Islam keturunan.

    ReplyDelete
  16. Klu betul ler diaorg ambik harta yg telah dihakkan kpd anak yatim, jgn harap nak cium bau syurga. Tak kira ler diaorg tu umno ker, pas ker, pkr ker.....

    ReplyDelete
  17. Bila diberi amanah, mereka pecah amanah.
    Mintak kita dijauhkan dari sifat2 sedemikian.

    ReplyDelete
  18. Klu dah tak mampu jlnkan tadbir urus yg bersih, sila letak jwtn dan serah kpd mereka yg lebih layak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia org dh bt penjelasan di tv1 2 hari lps kot...dia ckp yg datuk zaleha tu dh tak larat tp "terpaksa" ke hulu hilir untuk progrmnya , sbb tu la "terpaksa" lantik suaminya sama untuk mngiringi daruk zaleha dgn jwtn fellow dan bergaji...huhu...tp klau dgn alasan datuk zaleha td sepatutnya suaminya itu dilantik sbg DRIVER! huhu

      Delete
    2. Tak apa...duit byk lagi
      Ambik la byk mana pun.

      Delete
  19. Cam biasa la, standard malaysia.
    Yg bg maklumat penyelewengan akan disiasat.
    Yg menyeleweng senang lenang.
    Camne la nak atasi kaki sapu

    ReplyDelete
  20. Hilang kepercayaan Rakyat. Pembocor rahsia penyelewengan mereka akan disiasat dan diambil tindakan - penjara

    ReplyDelete
  21. Puak pas dah xde blog ke? Sejak dah hilang arah semua penyokong merempat kat blog orang. Meroyan lagi...kakakakka

    ReplyDelete
  22. UNTUK PERHATIAN OMAK KAU....TUAN PUNYA BLOG INI

    Lihat komen-komen diatas semuanya bersih...rasional tanpa carutan dan makian.
    Dengan fakta dan hujah yang kemas dan rasional.

    Bila tidak ada komen daripada olongan sasau, blog ini menjadi tempat relevan untuk berbincang.

    Semua komen yang kotor dan memaki hamun itu datang dari kumpulan anti Parti Amanah.

    Ini menunjukkan komen-komen kotor selama ini datangnya daripada samaada penyokong/ahli Pas dan/atau talam dua muka Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 18:48 telah mengotori blog ini dengan menfitnah penyokong PAS. Cakap tak serupa bikin !

      Delete
  23. Golongan mahaen bersusah payah dlm kena gst potong gaji lg utk tolong org miskin.malangnya yg dpt bermewah mewah dgn duit itu adalah org kaya.jika inginpun guna duit anak yatim berpada pada lah.ingatlah membazir itu sahabat syatan n membawa negara jadi berantakan.musuh dlm n luar negara senang mengambil kesempatan.malangnya ada diantara kita sendiri yg menjadi penolong kpd musuh musuh itu.musuh yg ingin menghancurkan perpaduan kaumdimalaysia utk mengambil kesempatan berkuasa musuh yg tdk senang dgn agama islam.anon 18:29 awak knpa tak kebloq peminat dap bkn ke byk diluar sana.omakkaupun tak sibuk knpa awak yg lebih dr tuan rumah nampak sgt awak tu org pan yg suka nak buat sibuk saja kerjanya.ada satu bloq peminat dap ni mengutuk omakkau bercakap pasal syurga neraka segala.bila husam cerita pasal hutan dikelantan woi heboh mcm nak cerita satu dunia.bila dap nak tambak laut musnahkan hidupan marin n nelayan melayu bina rumah mewah n hotel utk kroni semua sunyi sepi walaupun adun pkr sendiri sudah menangis.semua bloq yg dok gege pasal hutan tu sunyi sepi bagai bloq dilanda garuda.ada hati nak bercakap syurga n neraka konon.kalau dah dasar penjilat dap hipokrit munafik tak ada apa la korang.baik buat ratib ug ug lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik korang bloq penjilat dap sudah tertangkap basah cakap lg pasal syurga n neraka.kalau setakat jd penjilat dap tak payah nak sembang derah.kenapa tak gege sekali pasal dap nak tambak laut dipulau pinang.apa pasal tak gege mcm hutan dikelantan.apasal sunyi sepi bila adun pkr menangis utk tolong nelayan melayu.apasal diam .kutuk pas di kelantan sj yg tahu.kutuk najib sj tahu bila masa dap buat hal semua tergigit lidah.apasal takut tokong nanti kata korang nak ug.habis la korang jilat lg.sudah terang lg bersuluh.

      Delete
  24. Omak kau hny padam komen kutuk Ulardlmsemak je.. kalu komen kutuk,maki Pan Omak Kau sokong..

    ReplyDelete
  25. Kalau dibandingkan jumlah duit ypeim dgn duit cikgu yik, duit cikgu yik yg kena sondol tok lebai lagi banyak. 14 juta tuu...

    Tapi omak buat dekkkk aje.
    Tak aci la mcm tu, omak.

    ReplyDelete
  26. Sejak bila pulak ypeim ni sibuk padal nikah kawin. Fungsi asalkan bantu ekonomi ummah yang kurang bernasib baik. Bab kursus nikah kawin ni berilah kat jakim. Peruntukan berbilion. Buat le kat bulan pun aku tak kisah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peruntukan memang berbilion, tapi nak bayar bil api air untuk KAFA di Kedah pon sangkut...Harap geng NOW pi chek sikit...awat jadi lagi tu tatau!

      Delete
  27. Im the next yg akan tarik balik potongan...selagi kutu kutu ngan lintah lintah yg dekat atas tu orang politik,tobat la aku nak buat potongan apapun..atas nama anak yatim ke org miskin ke masjid ke..mmg x lah..yg dah makan tu,mmg xhalal lah...kalau ko mintak maaf pun mmg aku xmaafkan lah..p hadap la api neraka sok...makan harta ank yatim ni, xhbis mkan sok ng api neraka...menteri jgn main2..ulama n ostad2 jgn subahat...kt dunia ni berdegar2 cite bab syorga..sok jgn awk plak dok lam neraka..marah2.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...