30 Mei 2012
IPOH – “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf. Demikian penjelasan ringkas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin.
Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.
Sebaliknya, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.
“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.
“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.
APA kata jpj ambik duit www1 Dan derma atas nama sultan? win win solution kan
ReplyDeleteingatlah membazir itu salah satu drp kerja syaitan....sesungguhnya syaitan adalah musuh kita yg nyata....
ReplyDeleteItulah lain kali kalau nak komen fikir2 lah dulu walaupun apa yg nak dicakap itu betul. Kan sekarang dah susah sendiri. Dah lah nak election tak lama lagi. Semacam dah masuk perangkap BN tu. Elok2lah jangan buat sesuatu yang akan merugikan diri dan parti. Kalau YB Nizar tu dihukum secara automatik dia tidak boleh bertanding pada election yang akan datang. Lebih teruk dari itu, beliau akan dihukum penjara oleh rejim yang ada sekarang. Come on lah stop making unnecessary mistakes for God's sake. Afterall, we have got a War to win, not a battle. Eventhough YB Nizar was right in a way by trying to convey a message that the higher ups in society should not waste money on such petty matters, rather the money used to bid the JPJ plate numbers should better be used on more useful things to help the majority of rakyat still trying to survive daily to make ends meet, technically, YB Nizar should focus more on issues relating to the election and party matters than delving on issues which is now definitely landing himself in BIG TROUBLE. All these while, the PR has had enough troubles already when the BN-owned media keeps on harassing them with absurd and slanderous issues affecting PR leaderships, are all these troubles not enough? Must YB Nizar adds to the never-ending problems by joining the chorus of those criticising the plate number issue as if there are no bigger and more important matters to attend to although morally, as a citizen YB Nizar was right in advising such issue which is a sheer waste on money regardless of who was involved in the fray? But one thing for sure is an embarassment for YB Nizar and also a very good lesson for all of us is that 'Please check your facts first before making any statement' so said the Johor Crown Prince with regards to YB Nizar's outburst on the 'WWW' issue.
ReplyDeleteYB Nizar adalah seorang pemimpin. Tugas beliau adalah menegur dan bersedia menerima teguran. Dalam kes WWW1 ini YB Nizar adalah pihak yang benar dan berkata benar. Walau apa pon akibat beliau kena, YB Nizar dah menjalan kewajipan beliau.
ReplyDeleteAtau nak jadi macam pemimpin UMNO yang pekak bisu dan buta. Hanya mengisi perot je.