Tuesday 22 May 2012

SESUDAH PECAHKAN RAHSIA BESAR PARA PEMIMPIN UMNO PERAK YANG KAKI RASUAH, KARAOKE DAN PENGEMAR PEREMPUAN SIAM.. KINI NAIB KETUA PEMUDA UMNO KAMPAR BUAT PUSINGAN "U"....NASI SUDAH MENJADI BUBUR BASI....RAHSIA YANG DIPECAHKAN TETAP KEKAL DALAM KEPALA SEHINGGA ABADI...


Eksklusif: Naib Pemuda UMNO Kampar Mohon Maaf

“Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.

Demikian luahan Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, Zamhuri Md Zin dalam satu temubual khas bersama PerakToday.com bagi merungkai kejadian tergempar yang menyebabkan beliau sanggup mengeluarkan kenyataan keluar UMNO.

Menurut Zamhuri, ketika kejadian beliau mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk sehingga bertindak seperti manusia yang hilang kewarasan akal.

Ketika ditanya oleh wartawan tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika itu, lantas Zamhuri menjawab dalam keadaan tenang di mana beliau merasakan telah dipermainkan oleh pegawai dan pentadbiran di Pejabat Tanah dan Galian Kinta di Batu Gajah. “Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.

“Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air. “Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya. Tambah Zamhuri lagi, ketika kejadian, beliau seolah-olah diselubungi perasaan marah yang keterlaluan dan langsung tidak menyedari setiap pertuturan yang dilakukannya.

Malah katanya, akibat marah yang keterlaluan itulah yang menyebabkan beliau sanggup mengatakan akan menyertai DAP. “Saya begitu marah sangat ketika itu hingga sanggup mengatakan bahawa saya nak masuk DAP sebab saya marah… namun ia sebenarnya bukanlah niat saya nak menyertai DAP.

“Saya berasa kesal atas kejadian ini kerana pihak pembangkang mengambil kesempatan manakala ahli UMNO lain membuat tohmahan terhadap saya. “Malah, ada pihak yang mengatakan bahawa saya membuat panggilan telefon dan meminta mereka (Nizar dan Sivakumar) supaya datang ….di sini saya tegaskan bahawa saya tidak sesekali memanggil mereka datang ketika itu,” katanya. Katanya, jika dilihat melalui paparan video juga membuktikan bahawa beliau langsung tidak membuat panggilan kepada mana-mana pihak apatah lagi Nizar Jamaluddin.

Jelas Zamhuri, diakui ketika kejadian beliau ada menerima panggilan yang pertama daripada Ketua Umno Bahagian Kampar, iaitu Datuk Mohd Radzi Manan manakala selepas itu panggilan daripada pihak lain. “Pada masa itu, Datuk Radzi Manan memang ada membuat panggilan sebanyak tiga kali dan saya juga ada menunjukkan di video itu bahawa memang beliau menelefon saya. “Selepas itu, tidak sampai beberapa saat memang ada panggilan kedua masuk dan ia bermula dengan huruf ‘M’ dan satu perkataan lagi huruf ‘B’, ia ada jarak dan disebabkan saya dalam keadaan tidak waras dan sangat marah maka saya nampak M di hadapan dan B dihujung… saya ingatkan MB. “Jadi, hari ini saya tegaskan ini adalah satu kesilapan diri dan saya ingin memohon maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di atas kejadian ini,” katanya.

Zamhuri yang telah mula mengenal erti perjuangan bersama UMNO sejak 27 tahun lalu turut mengatakan bahawa beliau tidak mungkin akan berkelakuan sedemikian rupa ketika dalam keadaan normal dan waras.

Beliau turut menegaskan bahawa perjuanggannya dalam UMNO sentiasa wujud di jiwa, malah Zamhuri juga sanggup berkorban demi sebuah parti yang membela bangsa dan tanah air. “Saya memang tak sanggup nak tinggalkan parti apatah lagi memasuki parti DAP yang sememangnya sebuah parti yang paling teruk,” jelas beliau lagi.


DIA PUNYA KONER BARING DAN BUAT PUSINGAN U LEBIH HEBAT DAN LAJU DARI MICHAEL SHUMACHER.....LEBIH TERER DARI VELENTINO ROSSI...

YANG DIA LUPA BAHAWA DIA DAH PECAHKAN RAHSIA SEBENARNYA GELAGAT DAN PERANGAI PARA PEMIMPIN UMNO PERAK YANG DIKETUAI OLEH ZAMBRY KADIR...

KAKI RASUAH, KAKI SUKA AMOI SIAM.. KAKI KARAOKE..

KEROSKAN TERUK SUDAH DILAKUKAN.. ALASAN PICISAN SEBAGAI TUTUP KESILAPAN KECELUPARAN TIDAK BOLEH MEMPERBAIKI KEADAAN...

NASI SUDAH MENJADI BUBUR BASI....

10 comments:

  1. Bodoh lah....sapa kisah mulut pondan.

    ReplyDelete
  2. hmmm... orang macam ni mmg takde maruah... tak kisah lah kalau dia tak masuk DAP pun... biarkan je org macam ni dalam UMNO... lagi pun pemimpin2 UMNO mmg suka org2 bodoh macam ni supaya mudah mereka nak manipulasi...

    ReplyDelete
  3. orang orang macam ini lah yang merosakkan imej UMNO yang pada dasarnya sebuah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu. orang melayu yang macam ini sebenarnya ada agenda peribadi dan masuk UMNO kerana kedudukan, projek dan peruntukan yang diberi kerajaan kepada Bahagian/cawangan parti BN....

    ReplyDelete
  4. tapi kenapa org macam nizar semua bodoh gi teman dia masa dia mengamuk? nasib baik tak masuk pakatan...cukup dgn katak takpuas hati...mampuih pi la org umno

    ReplyDelete
  5. Masyukkkk!!!

    ReplyDelete
  6. ini lah orang kalau sudah berTUHANkan dunia...beginilah jadinya.

    ReplyDelete
  7. dia ni pun sama..kaki amoi siam..dia sendiri mengaku tak waras masa mengamuk...kalau dh tak waras pecat je dia ni dari jawatan dlm umno...umno rosak bukan kerana pas @ dap @ pkr...TAPI UMNO ROSAK KERANA ORANG2 MACAM NI LAH...

    ReplyDelete
  8. org lagu ni masuk politik...bukan nk bela rakyat...dia lebih kepada bela perut....jgn skali2 terima masuk pr orng lagu ni 1 sen x guna...

    ReplyDelete
  9. dia dah dapat duit la tue,,, hehe,, so tarik balik la kenyataan dia hehe,,,

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...