Thursday 10 May 2012

Panassss punya hal beb!!!!... Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tak setuju langsung Hanif Omar ketuai Panel Penasihat "bebas" Bersih 3.0... katanya Hanif Omar tiada rekod baik dikaca mata umum...Pergh!! bakal kena pecat pemimpin UMNO ni beb!!!

Saifuddin: Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel


Saifuddin: Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel
6 Ahli Panel Penasihat Bebas

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran Bersih 3.0 di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."

"Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.

Malah katanya, beliau tiada masalah dengan keenam-enam ahli panel, tetapi "cuma  ia akan lebih baik" jika ditambah dengan mereka yang ada rekod baik dalam kerja-kerja hak asasi dan penambahbaikan demokrasi.

"Bagi saya ini satu peluang yang baik bagi kerajaan memperbetulkan persepsi dan menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku. Dan, jika dijalankan dengan baik, menggunakan peluang ini dengan baik, saya rasa ia akan mendatangkan faedah kepada kerajaan," kata beliau.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
Kata Saifuddin, beliau merasakan Sim boleh mengetuai panel tersebut...

INILAH SATU-SATUNYA PEMIMPIN UMNO ADA OTAK DAN JENIS CERDIK SIKIT....JANGAN KATAKAN JADI PENGERUSI.. JADI AHLI BIASA PUN HANIF OMAR DIANGGAP TIDAK SESUAI....BELUM APA-APA DIA DAH DESAK KETUA POLIS NEGARA YANG SEDIA ADA SUPAYA TANGKAP DSAI, AMBIGA DAN SELURUH PEMIMPIN BERSIH 3.0...

INI MACAM PUNYA KENYATAAN.. DIKIRA MEMPUNYAI JIWA YANG ADIL DAN BEBAS KE?....LAGI BAIK MASUKAN NAMA RAHIM NOOR DAN MUSA HASAN...ALANG-ALANG NAK BELASAH PEMIMPIN PR DAN BERSIH 3.0 KAN!!!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...