Wednesday, 2 May 2012

Ini kisah benar... jangan tak percaya...UMNO anggap rakyat yang kena belasah teruk sehingga separuh mati di Bersih 3.0, bukan manusia yang wajib mohon maaf....


Isu wartawan dikasari, k'jaan temui pengarang
Kerajaan dilihat cuba memulihkan hubungan dengan organisasi media selepas polis didakwa bertindak ganas sehingga menyebabkan lebih sepuluh orang wartawan cedera ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Difahamkan, ketua redaksi organisasi media akan mengadakan pertemuan dengan wakil polis di Bukit Aman hari ini.

journalist online petition against police violence 300412Menurut sumber, butiran pertemuan itu tidak didedahkan namun dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0.

Bagaimanapun,Malaysiakinitidak dijemput untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Langkah memulihkan hubungan itu dipercayai bermula sejak semalam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon bertemu dengan pengarang akhbar berbahasa Cina.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah dua orang pembantu perdana menteri Wong Nai Chee dan Joan Lai.

Dalam pertemuan di sebuah restoran di Petaling Jaya itu, pengarang berkenaan diminta memberi pendapat berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 dan memberi ulasan mengenai dakwaan tindakan angkuh polis ke atas wartawan.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...