Friday, 18 May 2012

Muhyiddin Yassin kata keengganan Najib Razak sahut cabaran DSAI untuk berdebat bukan sebab Najib takut.....

Muhyiddin: Debat dengan pembangkang tak berfaedah
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada guna untuk kepimpinan utama negara berdebat dengan pembangkang dalam sesuatu isu kerana pembangkang tidak akan mengubah pendirian tentang perkara yang mereka percaya.

muhyiddin yassin interview 100309 01"Kadang-kadang perbahasan dengan pembangkang mereka sudah menetapkan minda mereka dan apa yang kita buat tak akan diterima mereka dan tidak berfaedah," katanya menjawab soalan dalam majlis wacana dengan sekumpulan alumni universiti di Kuala Lumpur semalam.

Beliau diminta mengulas cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dialu-alukan banyak pihak.

Menurutnya Muhyiddin, amalan demokrasi dalam negara tetap subur kerana kerajaan lebih gemar mengambil pendekatan menjelaskan isu-isu semasa terus kepada rakyat.

"Berani tak berani bukan soal berhadapan dengan mereka dan berbahas tetapi ialah dalam proses menjelaskan secara rasional.

"Kerajaan hari ini tidak bertindak atas dasar emosi. Kita bertindak atas dasar rasional untuk menjelaskan satu persatu (perkara)," ujarnya.

Menurutnya, penjelasan kerajaan itu juga adalah langkah melibatkan rakyat dalam pentadbiran negara yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

"Ada yang kata tak cukup penjelasan tapi itu boleh kita perbaiki.

"Pokoknya proses engagement (penglibatan) itu berlaku," katanya.

Beliau juga yakin masyarakat tidak menganggap Najib takut apabila tidak menyahut cabaran debat.

"Saya tak fikir orang akan mengatakan kita takut dan tak berani mengadakan perbahasan," katanya.

SEBENARNYA BUKAN NAJIB TAKUT TETAPI NAJIB KECUT, CUAK, GENTAR, MENGELABAH, PANIK DAN MENGGELETAR KEPALA LUTUT....BETULLAH APA YANG DICAKAPKAN OLEH MUHYIDDIN YASSIN TU....

YANG SEDIHNYA.. MUHYIDIN YASSIN MENONJOLKAN SANGAT KEBODOHANNYA BILA BERKATA PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENGUBAH PENDIRIANYA.... INILAH SEDIHNYA BILA ADA PEMIMPIN SEBAHALOL INI.... WOIT!!!...YANG MENILAINYA IALAH PARA RAKYAT YANG MENDENGAR DAN MELIHAT... RAKYAT YANG AKAN MENILAI ISI PATI DEBAT YANG DIBAWA..

ADAKAH MUHYIDDIN BERKATA UMNO SEDIA BERUBAH BILA SELESAI BERDEBAT...UMNO AKAN TERIMA SEGALA PANDANGAN YANG BERNAS DAN WARAS LAGI BERFAKTA DARI PIHAK LAWAN?...

BENARLAH KATA-KATA TUN MAHATHIR MOHAMAD... YANG CERDIK PANDAI LANGSUNG SUDAH TIADA DALAM UMNO... UMNO DAH BANGANG DARI PUCUK SAMPAI KE PANGKAL..

7 comments:

  1. Aku rasakn bloger ni yg goblok, buat apa nak debat dgn anuwar tu, kau nak tahu tak anwar tu masalahnya bila buka mulut dia mula berbohong. Sbb tu lah ramai kawan rapatnya cabut lari cuma kau saja yg buta matahati. Aku sokong tak perlu najib nak berdebat dgn anwar tu. Buang masa suru dia selesaikan masalah moralnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar berbohong tpi berduyun duyun yg dtg, tak ckup tempat...UMNO yg benar tapi tak ada org, rmai yg percaya UMNO lagi penipu besar dan memperbodohkan rakyat sebagaimana macai2 di perbodohkan... macai ohh macai..
      ,

      Delete
  2. kah kah...ko pon yang semak kat sini buat ape...buang mase je la bahlol ko komen kat sini...kah kah kah kah.. buang masa najib je,,suruh dye selesai kes altantuya ngn scorpene tu dulu...kah kah kah

    ReplyDelete
  3. ko pk najib tu tak bohong ker...ko sudah tertipu dgn najib laa..tp ko tak sedo...balik,sblm tdo,pk elok2...najib bukan stakat tipu ko sorg..tp pemimpin umno pun dia tipu..apatah lg org2 bodoh..lg senang lah dia tipu..ko sokong dia pun,dia dah senyum...dlm hati dia mungkin kata.."bodoh betul laa,aku dan bini aku tipu pun rakyat tk sedo.."

    ReplyDelete
  4. pm pak lah sejuk2 jer najib tipu...apatah lg org mcm ko..nk tau najib tu penipu rakyat @ tdk,kita tgk bila BN KALAH ! DI MANA PUAK2 NI BERADA...SILAP2 PUDU JEL DI BUKA SEMULA...SEBAB RAMAI SGT MENTERI AKAN JADIKAN QUARTERS MEREKA...ROSMAH ORG PERTAMA AKAN MINTAK CERAI DR NAJIB

    ReplyDelete
  5. mmg yg 1st komen agak bebal....andai kata seperti yg anda cakap"anwar slalu bohong"...jadi,tu bukan masalah utk takut berdebat dgn anwar...suruh lah jgk najib berbohong semasa berdebat..hanya pandangan ORANG YG ILMU TIDAK TINGGI SAHAJA YG TAK BERANI BERDEBAT TP BG ALASAN BOHONG LAH..BUKAN BUDAYA LAH...HABIS TU APA BUDAYA MALAYSIA ????TOLONG BAGITAU...

    ReplyDelete
  6. kalo ni pesbuk, dah lame ak like komen anon 7 july 2012..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...