Tuesday 22 May 2012

DARI SEORANG PENDAWARAYA MENJADI PEGUAMBELA....JOM KITA KENALI LEBIH RAPAT PENDAKWARAYA DAN PEGUAMBELA DSAI....



Siapa Datuk Yusuf Zainal Abidin dari Pendakwaraya ke Peguambela?....Pendakwaraya utama kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berubah tempat dan kem dan kini menjadi peguambela utama kepada DSAI dalam kes Bersih 3.0...

Belum pernah terjadi didalam mana-mana proses keadilan dinegara kita.. Adakah ini bercanggah kepentingan ( conflict of interest)?.. Adakah diizinkan mengikut perlembagaan kita?....Atau ianya bakal mengemparkan dunia perundangan dan sistem keadilan dinegara kita..

Saya cukup yakin... amat-amat yakin pihak pendakwaraya yang diketuai TS Gani Patail akan membuat bantahan secara rasmi pada hari sebutan semula kes DSAI pada bulan Julai nanti bila kes ini disebut semula di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur...sepatutnya kes ini ditetapkan untuk perbicaraan, mungkin Majistret yang mendengar kes ini pun turut rasa terkejut maka ditetapkan untuk tarikh sebutan semula.

Penglibatan Datuk Yusuf Zainal Abidin dalam mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1998 lagi, ketika itu DSAI dituduh buat pertama kalinya setelah keluar dari lokap polis dengan mata lebam, dengan pertuduhan rasuah yang langsung tidak melibatkan wang ringgit dan harta bernilai megikut kelaziman dalam kes-kes rasuah..

Ketika itu yang mengetuai barisan Pendakwaraya ialah Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah, dibantu oleh TS Gani Patail ( Peguam Negara kini ) ketika berjawatan sebagai Ketua Bahagian Sivil Jabatan Peguam Negara, Datuk Azhar Mohamad ( kini Hakim Mahkamah Tinggi) Ketua Bahagian Pendakwaan dan Jenayah dan Datuk Yusuf sendiri Timbalan kepada Datuk Azhar Mohamad dan beberapa lagi Timbalan-Timbalan Pendakwaraya ( DPP )..

Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu yang popular dengan istilan irrelevant tak lain tak bukan Augustine Paul atau nama glamernya Hakim Hacks..

Barisan peguambela DSAI pula diketuai oleh Aziz Adrusse, Christopher Fernando, Gurbachan Singh, Sankara Nair....Zulkifli Noordin ketika itu banyak bertindak sebagai pencukup korum..

Dalam sepanjang perbicaraan pelbagai keputusan pelik dan luar biasa diperkenalkan.. Tiada jaminan dibenar kepada DSAI walaupun mengikut undang-undang jaminan mesti diizinkan...setiap permohonan peguambela akan sentiasa ditolak oleh Hakim Hacks atas alasan tidak relevan.

Pernah dalam soal balas dari peguam bela Christopher Frenando, saksi utama ketika itu Azizan Bakar, akui yang beliau tidak pernah diliwat oleh DSAI.. jawapan yang sama diberikan bila diajukan beberapa kali termasuk dari Hakim sendiri..

Paling lawaknya, tilam yang dikatakan berlakunya liwat antara DSAI dan Azizan dengan kesan 14 tompok "air mani" diusung setiap hari...bebrapa anggota polis dan sebuah trak polis disediakan khas untuk menjalankan tugas anih dan jadi bahan ketawa dunia itu.

Pegawai penyiasatnya pula ialah Musa Hassan yang ketika itu hanya berpangkat ACP dan dibantau oleh ASP Rodwan Yusof dan ASP Mazlan Mansor.

Dalam perbicaraan pertama dan kedua iaitu LiwatI, Datuk Yusuf lebih banyak memainkan peranan sebagai rujukan kepada Akta Kesaksian (Evidence Act) sehingga beliau diberi ucap tahniah oleh Hakim Hacks sebagai yang cukup ahli dalam undang-undang berkenaan. Keputusan perbicaraan sudah pun diketahui umum..DSAI dihukum penjara 6 tahun..

Kes liwat I, hakim yang mengendalikan kes tersebut ialah Arwah Arifin Jaka...jatuhkan hukuman selama 9 tahun berkuatkuasa selepas hukuman rasuah DSAI tamat.

Akhirnya keputusan kes Liwat I diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Pada tahun 2007, dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, Datuk Yusuf Zainal Abidin telah mengemukakan perletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan dan Jenayah Jabatan Peguam Negara, tetapi permohanan beliau ditolak dan beliau dinaikkan pangkat sebagai Peguam Cara Negara II..

Sebab penolakkan tersebut dipercayai ialah beliau diberikan tugas khas sebagai Pendakwaraya Utama dalam kes Liwat II...selepas selesai kes tersebut perletakkan jawatan beliau akan diluluskan.

Beliau terkenal sebagai seorang yang cukup garang bila membawa satu-satu kes..kadang kala bertindak seolah-olah sebagai askar upahan..tetapi bersikap gentleman dan profesional..garang, tegas , dan berhemah dengan kakitangan dibawah jagaannya.

Sebab itu apabila DSAI dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari...beliau secara lantang dan tegas memohon supaya kes tersebut dibuat rayuan..

Sebab itu beliau dengan jelas mengatakan.. "Kamu boleh arah saya apa yang perlu saya lakukan, tetapi jangan nak cuba ajar saya melakukan tugas kerja saya"....ini mungkin ditujukan khas kepada bosnya..

Kini sejarah perundangan dan sistem keadilan negara sudah tercipta dan terbina.

Saya yakin beberapa lagi siri kejutan bakal berlaku dan tercetus selepas ini

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...