Wednesday, 23 May 2012

JOM KITA KENALI SIAPA DIA SDR RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI PARTI KEADILAN RAKYAT....


Sebelum ini nama Sdr Rafizi Ramli tidak diketahui umum.. namanya mula bermain dibibir setiap rakyat kita apabila berganding bahu bersama-sama dengan Datuk Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR, YB Zuraida Kamauddin Ketua Wanita PKR dan YB Tony Puah membongkar sehingga ke-akar umbi skandal NFC yang melibatkan wang rakyat RM250 juta disalah guna untuk kepentingan peribadi semua kaum kerabat Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia..

Malam tadi lagi sekali beliau telah menunjukkan kebolehan beliau yang semula jadi sebagai pendebat yang hebat sehingga mampu membuat pihak lawan, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia terkebel-terkebel ...

Tidak dinafikan...primadona debat PTPTN malam tadi anjuran Sinar harian dan Astro ialah Sdr Rafizi Ramli..

Siapakah beliau?....


Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan


Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli  Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke  Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )



14 comments:

  1. JOM!Memang hebatnya!

    ReplyDelete
  2. Maaf. Aku berpendapat debat PTPTN tadi KJ lebih menyerlah dan RR lebih pada serangan peribadi bila terkena sindiran KJ. Tahniah KJ. Aku bagi KJ 90% sementara RR aku bagi 78%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mior Tualang Sekah23 May 2012 at 19:50

      Aku tak nampak ada serangan peribadi oleh RR ke KJ. Apa yang disebutkan dan ditanya adalah yang melibatkan dana kerajaan (dana awam) yang digunakan semasa pemerintahan Pak Lah dan semasa KJ jadi orang tingkat 4 (kata Tun Mahathir). Kerana jumlah itu ada kaitan dengan tajuk pemansuhan PTPTN yang dibincangkan. Apa yang dapat aku lihat, KJ hilang fokus dalam menjawab persoalan berkaitan tajuk. Banyak jawapan yang diberikan tidak menjurus kepada soalan yang diberikan. RR banyak menggunakan statistik. Statistik adalah fact and figure yang tidak boleh diubah. 1 + 2 sudah tentu 3...bukan 4, 5 dan seterusnya. Statistik amat penting dalam menguatkan hujah dalam debat. Jadi RR berjaya berjaya dalam soal ini. KJ menjawab tidak fokus kepada tajuk soalan yang diberikan. Contoh.... kenapa soal janji kerajaan pakatan rakyat Selangor dlm manifesto pilihanraya lepas dijadikan isu dalam menjawab soalan yang diberikan. Isu PTPTN adalah isu pengajian tinggi. Bukan isu budak tadika dapat pinjaman PTPTN. Adalah tidak matang isu manifesto kerajaan pakatan rakyat Selangor dibabitkan sama. Kalau nak bawa isu itu biarlah bersesuaian dengan tajuknya.

      Kalau nak ikut rating based on 100% .... aku bagi RR - 90% dan KJ - 50%

      Delete
    2. Komen terbaekkkk!!! Omak suko!!!

      Delete
  3. Apa pun tak blh kj tu de...

    ReplyDelete
  4. Aku rase pihak RR lebih fakta & padat jwbn...drpd KJ yg hanya bace skrip...so sy bg RR 100%, manakala KJ 0%...so nak seribu daya, xnak seribu dalihhhhhhhhhh... ^^"

    ReplyDelete
  5. debat penuh dengan angka2..betul ke semuanya fakta? atau kita sekadar mendengar tanpa selidik?

    ReplyDelete
  6. KJ yg menyerlah.. Rafizi penuh dgn tuduhan rasuah yg ntah betul ke tidak..

    ReplyDelete
  7. Macam zaman kesultanan Melaka la pulak... Hang Nadim ni kalau dibiarkan besar nanti Raja/Sultan pun akan dilawan..belum ada jawatan menteri dah pandai terjah sana sini nii...bunuh saja dia...

    ReplyDelete
  8. Usya lah budak koleq, confirm ayat pun berapi. Budak Koleq memang terkenal kaki kelentong no. 1. Sesiapa yang pernah kawan ngan dorang ni mesti kenal lah perangai sorang2 dak koleq. Koleq memang melahirkan pemimpin tapi pemimpin kasi basuh rakyat. Usya Anwar dan koloni MC dorang pun boleh tau.

    ReplyDelete
  9. bontot Rafizi dah kene dengan Anwar.. dia x buat report polis sebab dapat habuan pantat Nurul Izzah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihih apo koma ckp ni hah?

      Delete
  10. Kj terbaik, Rr skadar mncri kekurangan,
    Tp hakikatnya setelah menang pru tetap kne byr ptptn...dh trbukti smua nya cakap tak serupa bikin,
    Itu lah sebabnya jgn selalu memandang kekurangan org,pndanglah kebaikannya,,bila tiba masa janji tak mampu dilksanakan,
    Pnuh dgn alasan,,seolah olah tak mengkaji seblum melaksanakn,,belit mcm ular,dulu berjanji sblm menang smua boleh...dah menang tak trlaksana..alasannya tak msuk akal...kalau dh kaji memgapa tak boleh hapuskan ptptn...inilah dia contoh pepatah TIN -0-

    ReplyDelete
  11. Kj terbaik, Rr skadar mncri kekurangan,
    Tp hakikatnya setelah menang pru tetap kne byr ptptn...dh trbukti smua nya cakap tak serupa bikin,
    Itu lah sebabnya jgn selalu memandang kekurangan org,pndanglah kebaikannya,,bila tiba masa janji tak mampu dilksanakan,
    Pnuh dgn alasan,,seolah olah tak mengkaji seblum melaksanakn,,belit mcm ular,dulu berjanji sblm menang smua boleh...dah menang tak trlaksana..alasannya tak msuk akal...kalau dh kaji memgapa tak boleh hapuskan ptptn...inilah dia contoh pepatah TIN -0-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...