Monday 28 May 2012

TAHNIAH KEPADA PEMBIDA-PEMBIDA YANG BERJAYA MENDAPAT NOMBOR PLAT KENDERAAN WWW 1 KE WWW 20....

SILA KLIK PADA FOTO JIKA MAHUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR


Sultan Johor pemilik plat WWW1 berharga RM0.5j

 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.

NONESultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan
RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod  'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya.

2 comments:

  1. Best gila...dan amat berjiwa rakyat dan amat kemelayuan apabila www1 rm 520000 letak di kereta buatan msia yg br harga x smpi 100k pun. TERLALU HEBAT...DAN SY YAKIN...TIADA SEORANG PUN RAKYAT MSIA DAPAT MELAKUKAN SEDEMIKIAN. HIDUP TUANKU.

    ReplyDelete
  2. fuh... bila nak merasa tender nombor-nombor panas ni???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...