Thursday, 31 May 2012

TOWKEY 1MPAD YANG MENIPU RAKYAT TERLIBAT JUGA DALAM PEMBENTUKKAN BERSIH CELUP 4.0...


iPad 1Malaysia: Di Malaysia RM999, di Thailand RM256 .. bukan projek kroni kata Ahli UMNO ini..


Semakan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa MalTechPro telah didaftarkan dua bulan yang lalu iaitu pada 5 April 2012 dengan modal berbayar RM1000.

35 Peratus dari sahamnya dipegang oleh Ketua Pemuda Umno Selayang yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia merangkap Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia, Sohaimi Shahadan.

Khamis lalu MalTechPro telah menjemput Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Ismail Sabri melancarkan 1MPad.

Kata Sohaimi, MalTechPro Sdn Bhd turut mencadangkan kepada kementerian penerangan untuk menjadikan tablet itu sebagai ganti kepada komputer netbook 1Malaysia sedia ada yang diberikan kepada pelajar sekolah.

Beliau berkata, 1Malaysia Pad yang dibangunkan sejak tahun lalu adalah produk setanding jenama lain di pasaran yang mempunyai kualiti tinggi dengan harga murah.

Selain itu, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian akan membantu dalam mempromosikan tablet itu kepada 1.4 juta pelajar seluruh negara menerusi program jelajah beli barangan Malaysia.

1Malaysia Pad berukuran tujuh inci adalah tablet yang menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3, kamera belakang tiga megapiksel dan hadapan 0.3 megapiksel, mempunyai sambungan WiFi serta dilengkapi aplikasi terbaru 1Malaysia Club, 1Malaysia Messenger dan 1Malaysia Info - Sinar Harian

Sebahagian dari 5000 unit 1MPad akan mula dipasarkan pada bulan hadapan dengan harga RM999 sebuah.

Meskipun ianya baru dipasaran produk ini dipertikaikan ramai kerana ianya menggunakan sistem operasi Android Gingerbread 2.3 yang sudah out of dated.

Harganya juga adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan apa yang dibekalkan oleh Kerajaan Thailan kepada pelajarnya yang berumur enam hingga lapan tahun pada harga US$81 atau RM256 bagi setiap unit.

Kerajaan Thailand dilaporkan membekalkan kepada pelajarnya tablet yang punya screen berukuran tujuh inci yang menggunakan sistem operasi Andriod 4.0.

Bayangkan berapa banyak untung yang bakal dikaut oleh Ketua Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno Malaysia jika 1.4 Juta pelajar seluruh Negara dikerah membelinya….

*************************************





UMNO KALAU TAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA........KALAU PEMBETUKKAN BERSIH CELUP 4.0 DIA SANGGUP TIPU MENYAMAR SEBAGAI PENIAGA KAKI LIMA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN.. APATAH LAGI PERKARA YANG SAMAR-SAMAR.....

11 comments:

  1. memang tablet China brand, sekarang dah ics 4.0 oii...bodoh Pergi beli lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap IPS screen lg kan...

      Delete
  2. Baik beli yg dtg dr china...baru 300 lebih...os plak pakai android 4.0 (ics).....

    ReplyDelete
  3. Tengok cop 1malaysia tu terus tak lali. Teringat kedai 1 Malaysia atau Mydin yang jual barang2 reject

    ReplyDelete
  4. kalau org UMNO berniaga semuanya dia sembelih.. tu pasal bila jadi kerajaan .. bukan bantu rakyat tapi berniaga ngan rakyat.. pinjaman pelajaran interest tinggi beb.. transformasi kedai runcit pinjaman rm20 ribu utk renovate kedai ajer..tak pe tambah lagi rm10 ribu utk brg runcit interest lagi...berniaga kedai runcit ni dlm 5 thn baru balik modal itu pun kalau modal sendiri..

    ReplyDelete
  5. barang RM400 dijual RM999. Bukan rausah... hanya beli mahai....

    kerajaan beli dengan duit rakyat... kasi remaja dan cemari orak mereka....

    ReplyDelete
  6. Satu lagi project BN/UMNO untuk menipu wang rakyat...

    Thanks for the expose...
    VOTE WISELY

    ReplyDelete
  7. Omg..komputer 1mesia tu pun hantak sket dah goyang sume, macam sampah, komputer aku yg bli 5 tahu lalu siap pecah2 skreen lagi still leh pakai smpai skng, komputer adek aku 1mesia tue, walopon free mmg macam free gak kualiti dia..cam sampah.. ini ka kerajaan yg kononnya nk bantu rakyat? CHIIIBAI la ..

    p/s: tolong percepatkan pru13, makin lama umno pegang malaysia macam makin dekat bala nk turun kat mesia nih.. kalo bala tu turun kat diorang je tak pa..ini ngn aku2 + family2 + kawan2 aku kena..

    ReplyDelete
  8. bagi free pun aku tak nak...aku buat baling anjing umno jer....

    ReplyDelete
  9. Mior Tualang Sekah1 June 2012 at 01:21

    Nilah perangai dan kelaku perompak UMNOnGOK & UMPORNO. Company aku siap ada kilang kat Guangzhou, China lagi (partnership) tak delah jual smpi RM999 kat M'sia. Ada banyak spec. Yang highest spec in town harga retail pun below RM500. Nampak sangat nak metekedagrah duit rakyat. Haram jadah betul diorg ni.

    ReplyDelete
  10. AKU TIDAK BENCI UMNO KERANA DIA UMNO..AKU TIDAK TERLALU BENCI UMNO KERANA MENGHABISKAN DAN SALAH GUNA DUIT NEGARA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI..TAPI AKU TERSANGAT BENCI PADA UMNO KERANA MELAHIRKAN GOLONGAN MELAYU YANG MENJUAL MARUAH AGAMA DAN BANGSA DEMI WANG DAN KUASA...WANG DAN HABUAN YANG DIOEROLEHI TIDAK SEBERAPA DIBANDINGKAN DENGAN TERGADAINYA MASA DEPAN BANGSA MELAYU DAN JALAN JALAN KEHANCURAN ANAK CUCU KITA YANG TELAH DIBUKA OLEH GOLONGAN INI..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...