Friday 4 October 2013

AHLI UMNO SENDIRI SUDAH MULA NAIK MELUAT DENGAN PEREBUTAN JAWATAN DALAM PEMILIHAN UMNO 2013- 2016!!!



Kini Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri menjadi sasaran kemarahan ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan cara pemilihan pucuk pimpinan UMNO 2013-2016 yang kini sedanh ligat berjalan.

Di perturunkan apa yang menjadi luahan hati ahli UMNO terhadap orang kanan amat dipercayai Najib Razak.



Pengarah Strategik PM Salah Guna Kuasa Dalam Pemilihan UMNO


"Shahlan Ismail, Pengarah Strategik di Pejabat PM telah menyalah gunakan kuasa dan kedudukannya di pejabat PM untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena.


Shahlan yang merupakan ahli UMNO dari Bahagian Pasir Puteh telah dipindahkan "secara haram" ke Pokok Sena semata mata untuk membolehkannya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian.


Shahlan hanya membawa sekeping surat yang didakwa ditandatangan oleh Presiden UMNO untuk menggesa semua ahli UMNO Cawangan Kampung Palas Bahagian Pokok Sena menerimanya sebagai ahli baru di cawangan tersebut.


Padahal, nama Shahlan Ismail langsung tiada dalam senarai ahli cawangan Kg Palas sehinggalah nama Shahlan tiba tiba timbul dalam senarai ahli pada 13 September 2013.


Akibat gila kedudukan dan kuasa, Shahlan sanggup menyalah gunakan surat khas dari Presiden bagi membolehkannya merebut jawatan di Pokok Sena.


Ramai orang di Pokok Sena kecewa dengan Shahlan, lepas pilihanraya terus tidak angkat telefon. Memang patut pun Mahfuz Omar dan Lebai Sudin berpakat untuk kalahkan Shahlan di Pokok Sena.


Angkara mahu jawatan dab kuasa, cawangan UMNO Kg Palas tidak dapat bermesyuarat sampai sekarang.


Shahlan kini sedang berusaha untuk menikam kembali Lebai Sudin di Pokok Sena. Dalam tidak sedar, Shahlan sendiri tidak layak pun bertanding dalam pemilihan UMNO nanti, namun diberikan juga keistimewaan khas untuk bertanding.


Jangan salah orang Pokok Sena kalau depa pangkah Mahfuz. Kerana perangai orang UMNO yang salah guna kuasa macam Shahlan, ramai orang pangkah PAS. "


Wallahualam...

MENANG MENJADI ARANG ... KALAH MENJADI ABU.

4 comments:

  1. 32K...org kedah suka dia.....jd x salah sebab org kedah x tolsk langsung pun dia.
    Arakian berkuasalah dia kerana org kedah pokok sena sedikit je lebih dr pas...Jd betapa bangangnye org umno di dun itu sb dok halang dia brrtanding

    ReplyDelete
  2. Halang shahlan tu...sebab nanti jadi bakal penyamun besar hehe.

    ReplyDelete
  3. Melayu Kedah sedang bangkit,Mukhriz PM dalam pembikinan,selepas ni koi dok merelit lah negeri Kedah Darulaman.Kelmarin semua Orang kuat ugama jadi munafik atau bertakiyah macam geng-geng syiah,Takdaak seorang pun berani pakai ketayap bila bergambar dengan MB.Bodek jangan tak bodek.Lepas nie tok imam pulak kena siasat dengan SB sebab baca khutbah memburukan BN dan pemimpin yang korup.

    ReplyDelete
  4. Tengok muka pun macam penyamun. Hehehe bila menang jadi bapak penyamun hehehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...