Thursday, 10 October 2013
EDISI LAWAK!!!! ...PRESIDEN ISMA NAK AJAR UMNO CARA POLITIK YANG BETUL!!!!!
BANGI, 10 Okt – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyeru pimpinan parti UMNO supaya keluar daripada kerangka pemikiran tradisi yang merosakkan.
Katanya, UMNO harus meninggalkan perjuangan politik ‘cari makan’ untuk kepentingan kroni dan kerabat semata-mata.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini sempena Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Negara kita memerlukan politik yang lebih jujur dan terbuka, iaitu politik untuk kepentingan ummah dan kesejahteraan rakyat jelata. Bukan hanya untuk kroni dan kerabat tertentu. Oleh itu UMNO perlu meninggalkan kerangka politik tradisi yang merosakkan,” ujar beliau.
Tambahnya, UMNO perlu mengambil panduan daripada politik Rasulullah dan Khulafa’ Al-Rasyidin yang merupakan sebaik-baik qudwah dalam pemerintahan.
Selain itu, UMNO juga perlu mengambil tauladan daripada kepimpinan soleh sepanjang sejarah perjuangan umat Melayu.
Parti UMNO kini sedang sibuk dengan pemilihan kepimpinan baru di peringkat bahagian, sayap dan pusat dan akan mengadakan perhimpunan agung pada 2 hingga 7 Disember akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Penyakit Nak Hidup NIK A. AZMI – Ulasan buku.
ReplyDelete“ALAH, NAK HIDUP BANG”, jawab korporal polis yang menerima wang RM50.00 dari saya, setelah mengarah saya memberhentikan kereta saya supaya saya dapat elak daripada dikenakan saman setelah dikatakan olehnya yang saya telah melakukan satu kesalahan kecil terafik semasa memandu. Ini adalah satu contoh kemelut ‘Penyakit Nak Hidup’ yang sudah pun menjadi satu kebudayaan orang-orang Melayu di negara ini yang saya percaya telah mula berkembang sejak pemerintahan Dr Mahathir Mohammad (sekarang Tun), Perdana Menteri Keempat negara ini lagi. Kemelut ini melibatkan orang-orang Melayu di semua peringkat, lelaki mahupun wanita, muda dan tua, di seluruh negara, di Timur dan di Barat Malaysia dari kada RM1 hingga ke berbilion-bilion Ringgit Malaysia. Malah banyak yang sanggup makan rasuah termasuk pemimpin-pemimpin besar dan sesetengah orang-orang Melayu yang memakai kopiah, sarban dan jubah dan berulang-alek ke Mekah hampir setiap tahun tidak termasuk Umrahnya! Ini juga telah mengakibatkan ekonomi negara terjejas teruk sehingga baru-baru ini FDI pun sudah hampir tidak ada direkodkan di negara ini. Dasyat sungguh akibatnya!
Melayu rata-ratanya sedang mengidap satu penyakit yang tenat, ‘Penyakit Nak Hidup’ seperti penyakit kanser terminal ataupun kanser yang sudah sampai keperingkat keempat di mana ubat yang paling mujjarrab adalah dengan mencantasnya. Jika bahagian-bahagian yang terkena kanser itu adalah di kaki, tangan, badan, telinga, hidung, mata malah hatinya pun, ianya semua boleh dicantas, tetapi kalau di kepala, bagaimana, bolehkah kepalanya dicantas atau tukarkan sahaja kepalanya?
Orang Melayu sudah mengidap satu penyakit yang tenat kerana mengamalkan gejala rasuah, secara literal dan juga mental, macam sudah kena penyakit ‘terminal cancer’, iaitu kanser peringkat keempat, dimana ubatnya adalah dengan mencantas bahagian-bahagian badan yang sakit. Jikalau bahagian itu adalah di kaki, tangan, badan, mata dan mahupun hati, memang boleh dicantas, tetapi kalau bahagiannya adalah kepalanya, bagaimana, bolehkah di cantas kepalanya, atau diganti kepalanya?
Jadi, soalannya ialah, “Apakah yang akan jadi kepada negara ini jika penyakit ini tidak diubati, dirawat, disembuhkan dan seterusnya dihentikan sama sekali dengan segera?
Baca di sini seterusnya: http://hak55.blogspot.com/2010/09/penyakit-nak-hidup.html
Ape yg nak diubatinye lg bro......dah jd cancer tahap 5.......tunggu mati je ler.....
ReplyDelete