Wednesday, 9 October 2013
JOM KITA BANTU PDRM KESAN, JEJAK SAMPAI TERTANGKAP KUMPULAN " BUMPER CHA CHA".
SHAH ALAM - Polis kini sedang giat memburu tujuh anggota kumpulan 'Bumper Cha Cha' yang aktif menyamun di sekitar Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka dikesan aktif melakukan 30 kes samun, sejak awal tahun ini sehingga 4 Oktober lalu.
Beliau berkata, cara jenayah kumpulan samun ini mensasarkan kereta mewah, sebelum melanggar bahagian belakang kereta terbabit.
"Mereka akan sengaja melanggar mana-mana kereta yang menjadi sasaran, bagi mengumpan mangsa keluar daripada kenderaan masing-masing.
"Setelah mangsa keluar untuk melihat kereta, suspek akan acu parang dan samun mereka," katanya.
Mohd Shukri berkata, dalam sesetengah kes, suspek yang kerap menggunakan kereta Proton Waja turut melarikan kenderaan mangsa yang disamun.
Beliau berkata, tujuh suspek berkenaan dikenali sebagai Ahmad Harvinder Singh Abdullah atau Cha Cha,30; L Durasingam (Durai),20; S B Tinagaran (Tena),22; Sam Chia Ming (Sasi),20; M Vekaram (Vekram),26; K Prabu (Prabu),25, dan M Raman (Raman), 36.
Dalam perkembangan lain, polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah heroin bernilai RM45,000 dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah terkenal di Bandar Sunway, di sini, petang kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.40 petang itu, suspek berusia 26 tahun tersebut dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan.
Mohd Shukri berkata, pihaknya lalu menahan suspek dan membuat pemeriksaan ke atas beg yang disandangnya.
"Kita temui lima bungkusan plastik lutsinar berisi bahan ketulan disyaki dadah heroin seberat 2,239 gram (g).
"Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan pengedar dadah di sekitar Lembah Klang dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan bahan terlarang itu," katanya pada sidang akhbar, semalam.
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah syabu.
Katanya, dadah dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 dan suspek direman seminggu sehingga 14 Oktober ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
SYABAS PDRM,
ReplyDeleteJOM BANTU DEPA..... DIMANA SAJA KITA BERADA..... JENAYAH MASALAH KITA... MASLAH NEGARA.... KALAUA ADA SAPA-SAPA SAJA RASUAH PUN JENAYAH.... BANTU POLIS & SPRM TANGKAP DEPA
Kumpulan cha cha ni adalah kumpulan yg bernaung di bawah omnongokngokngok. Itu apa yg ketua bahagian aku beritaulah.
ReplyDeleteChacha.......bubur chacs
ReplyDeleteMuka2 penjenayah ni orang zahid dan hisham mulut lebar. Hehe. Tapi sesekali nazri pakai juga diorng ni. Memang omono ni memang semua samseng genster. Masa nazri gi tempat pelacur kelas elit salah seorng drpnya jadi body guard nazri yg tengah2 tu. Klu tak caya tengok kat u tube. Hehe. Nazri memang kaki pantat. Masa gi kat siam dulu bila balik nazri bergegas ke hospital pakar cek2 takut kena siplis atau hiv hehe.
Deletemuka2 penjenayah ni la yg jadi tukang iring bung nuwar ceramah masa PRUari tu.kihkih
ReplyDeleteSahih pencacai sampah masyarakat dr golongan mat rempit atau mat gam.berkhidmat penuh setia pada umporno dgn upah setin gam dunlop dan duit minyak RM 2.10
DeleteKisahku
ReplyDeleteFarid telah lama lalai dengan kehidupanya hanya mengejar dunia tanpa memikirkan tentang akhirat. Dalam kehidupannya beliau tidak pandai tentang agama langsung (jahil) tetapi beliau dari kecil menaruh cinta pada seorang gadis yang solehah iaitu amira. Amira merupakan seorang anak kepada guru agamanya sewaktu kecil dahulu. Tetapi amira tidak pula menyukai farid kerana jiwanya hanya pada pelajaran dan taat kepada hukum syarak. Amira adalah cinta pertama beliau oleh kerana farid belajar jurusan BM dan amira jurusan agama. Setelah habis belajar SPM farid terus bekerja dan amira teruskan dengan menyambung pelajaran ketahap ijazah. Farid terus lalai dengan duniawi tanpa disedari dia telah jauh hanyut.
Walaupun hanya pelajarannya sekatak SPM tetapi rezekinya cukup besar dan membuatnya terus lalai. Bab agama boleh dikatakan sudah lupa 90%. Tetapi semasa farid terus melakukan perbuatan maksiat satu kemalangan yang cukup besar buat farid. Kemalangan yang berlaku semasa farid menuju ke satu destinasi yang agak jauh tetapi kereta yang dipandunya tak dapat dikawal terjatuh gaung. Farid masih hidup tetapi hilang ingatan sehinggakan tidak kenal seorangpun. Farid dijaga oleh seorang pak cik Halim yang beliau sendiri tidak kenal siapa. Masa itulah farid belajar kembali bab agama dengan pakcik tersebut. Tanpa disedari sudah 2 tahun farid belajar agama dengan pak cik itu. Sehingga farid sudah tahu tentang hukum & hakam dalam islam.
Tetapi malangnya farid masih tidak dapat mengenal siapakah dirinya kerana ingatannya masih belum pulih. Doktor memberi tahu yang beliau akan pulih dengan kekuatannya sendiri.
Dalam pada itu amira telah habis belajar dan pulang ke Malaysia. Setelah pulang dia terus ditawarkan kerja untuk mengajar di salah sebuah sekolah swasta. Amira sungguh teruja untuk bekerja tanpa berehat. Dalam pada itu farid yang belumpun ingatannya pulih beliau kerja disebuah kedai sebaneka(Kedai pak cik Halim) atas permintaanya sendiri kerana bosan duduk dirumah. Sekolah yang amira mengajar dekat dengan tempat farid bekerja. Semasa farid bekerja beliau ditugaskan menjaga kedai seorang diri berikutan pak cik halim ada tugas lain. Sebenarnya pak cik halim berjumpa dengan doktor yang merawat farid. Doktor itu memberi tahu pak cik halim tentang keadaan farid, Farid 85% tidak akan ingat semula dan menyarankan pak cik halim tolong beri farid kehidupan baru,
Dengan keadaan pak cik halim yang semakin berusia dia tidak mampu memantau farid sepanjang masa. Dan dia bercadang mencari isteri untuk farid, tanpa pengethuan farid. Dalam pada masa yang sama amira pergi ke kedai yang dijaga oleh farid dan terkejut kerana tidak menyangka akan bertemu farid disana. Tetapi amira terkejut kerana farid tidak mengenalinya langsung. Amira tetap yakin dia ialah farid yang dia kenal dahulu
Untuk mengikuti cerita selanjutnya email kepada salamfutsalteam@gmail.com
Cerita khayalan tak berpijak dibumi nyata.. boring laaaa.
Deletedari
putri omono rantau panjang.
Assallammualaikum... Saya rakan farid..dari salam futsal team...
Deleteini lebih kurang cerita fantasy... untuk dijadikan drama suatu hari nanti... huhuhu...Cerita ini hanyalah untuk mengisi masa kosong... tetapi ending cerit anie menarik.. hanyalah rekaan yang dilakukan oleh farid untuk semua secara suka-suka..
Berhemah dalam berkata, berbudi dalam berbicara.....
ReplyDeleteJangan anggap yang buruk itu semua dari pihak lawan......
Setiap yang buruk ada biaknya dan yang baik ada buruknya....
Kita tidak ma'som.....
Sapa pula cerita Farid ini, hantar kat utusan / migguan dapat sikit dah tahu dah ending dia..... Budak futsal ini dari alam mana.... Mesti remaja tengah gila cinta.....
ReplyDeleteAssallammualaikum...
ReplyDeleteMaaf saudara saya rakan farid dari salam futsal team. Ini hanyalah karya farid dia melakukan untuk dianggap suka-suka. Anggaplah cerita rekaan beliau ini hanyalah untuk suka-suka... Jika anda tak suka atau benci janganlah keluarkan kenyataan yang kurang elok... Kita masih ada budi bahasa... Maaf atas segala kesulitan...