Monday, 7 October 2013

KALAU PENYOKONG TEGAR UMNO/BN PUN NASIBNYA TIDAK MENDAPAT PEMBELAAN DARI KERAJAAN UMNO/BN .. APA JAMINAN NASIB RAKYAT LAIN AKAN DI BELA?????


LIHAT SENDIRI RAKAMAN GAMBAR DIATAS BETAPA SEORANG RAKYAT NEGERI TERENGGANU PENYOKONG TEGAR UMNO YANG TERPAKSA JUAL BOTNYA SEMATA-MATA NAK MENYARA ANAK-ANAKNYA... KETOTOKKAN BELIAU SAMPAI DI RUMAH USANGNYA DI KIBARKAN BENDERA BN .. TEPUK DADA TANYA IMAN .. CUITKAN AKAL TANYA AKAL LOGIK .... BERBALOIKAH SELAMA INI MENYOKONG PADU UMNO/BN????

DUNGUN – Akibat kesempitan hidup, seorang isteri terpaksa menjual bot gentian kaca milik suami untuk mendapatkan wang agar anak dapat meneruskan persekolahan.

Zaimah Abdullah, 53, berkata, sejak suaminya, Mohd Zam Ismail, 56, diserang strok mereka hilang tempat bergantung.

"Suami tidak lagi dapat ke laut menangkap ikan dan kami hilang punca pendapatan.

“Kami perlukan duit untuk buat belanja, nak tanggung kos perubatan suami yang sakit dan anak sekolah lagi," katanya.

Kata Zaimah, lima anaknya sudah berumah tangga dan hanya dua lagi yang masih bersekolah.

Dua anaknya iaitu Asyaratul Akmal, 19, bersekolah di tingkatan enam Sekolah Menengah Sultan Omar dan seorang lagi Mohd Shawalaudin, 17, di tingkatan lima sekolah sama.

"Duit hasil jual bot tempoh hari sudah habis buat belanja berubat suami," katanya.

Sehubungan itu, dia merayu pihak tertentu membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Kata Zaimah, suaminya sebelum ini ada membuat caruman insurans melalui koperasi nelayan dan menjadi ahli sejak 10 tahun lalu.

Setelah Mat Zam terlantar sakit, Zaimah melaporkan kes itu kepada pejabat koperasi di bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun bagi mendapatkan bantuan.

Namun setelah hampir setahun berlalu, dia kecewa kerana masih tidak mendapat maklum balas mengenai permohonannya itu.

Kejadian menimpa Mat Zam berlaku kira-kira jam 11 pagi Oktober tahun lalu ketika nelayan tradisional itu keluar menangkap ikan di tengah laut.

Katanya, ketika sedang menarik pukat atas bot, Mat Zam tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri sebelum mendapat bantuan daripada seorang rakannya yang turut berada di atas bot berkenaan lalu membawanya ke darat.

Sebaik sampai di daratan, Mat Zam dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Hospital Dungun selama tiga hari untuk rawatan lanjut.

Kes Mat Zam kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan dia terpaksa ditahan di wad sekali lagi selama 18 hari sebelum dibenarkan pulang.

"Selepas keluar daripada wad, suami lumpuh separuh badan termasuk bahagian tangan menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan," katanya.

5 comments:

  1. Yg penting jgn tanya kekayaan pemimpin tapi pengorbanan pencacai mengkayakan pemimpin.jgn ditanya jenayah pemimpin tapi ketaatan pencacai ditagih.mesti pencacai kata gambar superimpose.

    ReplyDelete
  2. adakah kesusahan pakcik ni mengambil bendera terbuang untuk menutup dinding rumah dari tempias hujan terus dikatakan penyokong umno serta dihina dan dicaci sesuka hati. seronokkah anda sekelian mencerca kesusahan org lain? kita nantikan musibah selanjutnya dari Allah kpd penyebar dlm blog ni yg sering mencercadan menghina kesusahan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika diperhatikan betul betul,tidak relevan andai dikatakan tujuan bendera dipasang utk menghalang tempias.dan juga tidak nampak pun cercaan pada kemiskinan pakcik tu.cuma dibangkitkan kemiskinan pakcik tu wajar mendapat pembelaan Ahmad Said atas ungkapan hanya membantu ahli dan penyokong umporno sahaja.tapi malang nyer janji Ahmad Said gagal dikota.agak malang ko terlebih emosional atas tajuk dan hujah omakkau.hujah ko seolah kebajikan ahli umporno dijaga habis oleh pemimpin nya.apa yg diutarakan adalah jgn percaya janji pemimpin umporno yg kerap menipu rakyat.

      Delete
  3. Errr mcm tu ke cara nak tutup/tampal dinding?

    ReplyDelete
  4. nak spin apa lagi pencacai umno? begini lah nasib penyokong BIASA umno. VIP umno anak beranak lain pula cerita

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...