Berikutan krisis Mesir yang masih berlarutan dan sehingga kini ribuan rakyat negara tersebut telah terkorban, sekurang-kurangnya 29 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin telah hadir ke Majlis pelancaran Gabungan Malaysians 4 Egypt (M4E) yang berlangsung tadi bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

“Isu yang berlaku di Mesir sekarang ini sekali imbas menggambarkan apa yang pernah berlaku pada zaman 90-an bilamana kerajaan Mesir ketika itu memerintah secara diktator dan mengetepikan hak-hak rakyat Mesir,” katanya.
Beliau berkata, persengketaan tersebut berlarutan selama bertahun-tahun sehingga mengorbankan ribuan rakyat, tetapi dunia seolah-olah mendiamkan diri. Yang menjadi persoalan, adakah Mesir sekarang bakal menuju ke arah itu semula?
“Justeru, di Malaysia sekumpulan NGO telah bersepakat untuk melancarkan M4E bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap rakyat Mesir yang menuntut hak mereka di samping memberikan tekanan terhadap kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar mengambil pendirian berprisip berasaskan kebenaran, kebebasan dan keadilan,” katanya.
Menurut beliau, wakil-wakil NGO daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan kepercayaan yang berkongsi aspirasi dalam isu Mesir ini juga turut sama menyampaikan pidato bagi menyatakan sokongan mereka.
Antara mereka yang akan menyampaikan pidato dalam majlis itu ialah tokoh-tokoh seperti Ahli Parlimen Batu Tian Chua. Selain itu, tokoh sasterawan Negara, Datuk A Samad Said telah mendeklamasikan sajak khas sempena majlis pelancara tersebut.
Orang ramai telah hadir ke majlis pelancaran ini bagi menyatakan solidariti bersama rakyat Mesir.
Perkembangan terkini M4E juga boleh diikuti dalam laman facebook gabungan berkenaan,Malaysians 4 Egypt - M4E.
No comments:
Post a Comment