Wednesday, 16 October 2013
PERGH!!!! PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN SUDAH DI IKTIRAF SEBAGAI FATWA YANG BOLEH MENJADI MURTAD DAN KAFIR!!!!
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut memberi amaran bahawa umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah 'Allah' boleh menjadi kafir dan murtad.
Nooh Gadut juga berkata, tindakan mempertikai keputusan berkenaan juga “mencerminkan akidah dan syariat mereka sesat serta keji dari segi akhlak”, lapor Utusan Malaysia.
“Kalau takdirnya yang mempertikaikan itu umat Islam, mereka boleh menjadi kafir dan murtad sekiranya (kenyataan mempertikaikan) itu dilakukan dengan sengaja,” katanya.
Tindakan itu menggambarkan bahawa individu terbabit mempersoalkan bahawa kalimah 'Allah' hanya untuk orang Islam, katanya yang mendakwa perkara tersebut digariskan dalam al-Quran.
“Kalau jatuh murtad, gugurlah amalan mereka di dunia dan akhirat. Segala amalan kebaikan tidak akan diterima.
“Oleh itu, mereka wajib segera bertaubat dengan mengucap dua klimah shahadah dan berjanji tidak akan mengulangi dosa itu lagi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan berkenaan.
PERGH!!!! ISU INI SUDAH MENJADI ISU KAFIR MENGKAFIRLAH PULAKKKK.....
Di kalangan masyarakat kita dan masyarakat antarabangsa mengenai isu kafir-mengkafir sesama Islam sering kali dicetuskan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan pelbagai tafsiran dalam masyarakat.
Penyelidik berpendapat ia berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW yang kemudian terbawa-bawa sehingga beberapa zaman akibat daripada krisis mengenai perebutan kuasa khalifah dan imamah.
Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya “Fathul Bari” menyebutkan, “Adapun pada pengetahuan manusia, iman hanya ikrar (pengakuan) sahaja, sesiapa yang mengaku Muslim dan mengucap dua kalimah syahadah, maka ia diakui sebagai Muslim dan hendaklah dilakukan ke atasnya hukum-hukum sebagai mana yang sewajarnya dilakukan terhadap orang Muslim, ia tidak lagi dihukum kafir, melainkan setelah ternyata padanya amalan-amalan yang menunjukkan sebaliknya seperti menyembah berhala dan sebagainya.”
Menurut jumhur ulama Islam, dua kalimah syahadah, merupakan pintu masuk agama Islam, orang kafir dikira termasuk dalam golongan umat Islam, sebaik-baik sahaja mereka mengucapkan dua kalimah syahadah dengan sedar dan rela hati, sekali pun pada ketika itu ia belum lagi menunaikan kewajipan sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lainnya.
Pengucapan dua kalimah syahadah juga melindungi darah dan harta benda seseorang daripada pencerobohan. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Umar Ibnu Khattab r.a. menyatakan : “Apabila mereka menyebut dua kalimah syahadah, maka terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada gangguan, melainkan dengan hak kalimah itu juga, sedang hisab terhadap mereka seterusnya terpulang kepada ALLAH.”
Tuduhan kafir-mengkafir ini, yang peliknya ia ditujukan kepada sesama umat Islam, walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah, ada di antaranya disebabkan berlainan ideologi politik, perbezaan organisasi dakwah, metodologi akidah dan penguasaan ilmu dan sebagainya.
Tuduhan ini kerana terpengaruh dengan buku-buku agama yang disalah tafsir atau dibaca tanpa guru yang mursyid, sehingga boleh memecah-belahkan persatuan umat Islam sejagat dan mereka seolah-olah kehilangan jati diri dan tidak lagi menghormati persaudaraan yang dituntut oleh ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. Mereka telah melampau batas-batas koridor keimanan dan boleh mengelirukan diri sendiri di tengah-tengah ummah.
Golongan ini berpendapat, walaupun mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, namun tidak memahami tuntutan dan tidak beramal dengan syariat ALLAH, maka mereka menuduh kafir walaupun mereka mengerjakan sembahyang, puasa, zakat dan haji serta mengakui dirinya Muslim.
Abu al-’Ala al-Maududi dalam bukunya Al-Mustalihat al-Arba’ah fil al-Quran menyatakan, “Umat Islam kini telah menyimpang jauh dalam memahami istilah yang dimaksudkan al-Quran sehingga akidah mereka tidak sahih lagi.”
Kemudian pemikiran beliau disokong oleh Sayyid Qutub dalam bukunya Mua’alam fil Tariq dan Fi Zilal al-Quran yang antara lain berkata, “Di dalam pengucapan syahadah itu diketahui masyarakat Arab bahawa ia suatu cara hidup yang meruntuh segala asas jahiliah yang mereka tegakkan, segala kepentingan dan kedudukan mereka.
Mereka sedar bahawa sifat agama Islam, tidak menerima tampalan dan tidak sesuai dengan unsur-unsur peraturan bumi yang tidak lahir dari sumber peraturan yang diturun dari langit.”
Persoalan sama ada seseorang itu mukmin atau kafir, sah atau tidak syahadahnya, haruslah berlandaskan kepada dalil-dalil kukuh dari al-Quran dan as-sunnah. Baginda SAW tidak pernah menghukum seseorang Muslim itu kafir, semata-mata kerana ia tidak beramal dengan hukum-hukum syarak.
Hadis Riwayat Muslim daripada Ubadah bin Somit r.a. yang bermaksud : “Kami berbaiah dengan Rasulullah untuk tidak melakukan syirik, tidak mencuri, tidak melakukan zina dan tidak membunuh anak-anak kami.
Sesiapa yang melakukannya, kemudian dikenakan hukuman, maka hukuman itu sebagai kaffarah (pencuci) dosanya, sesiapa yang ditutupi kesalahan itu, maka terpulang kepada ALLAH, sama ada menyeksa atau mengampuni dosanya.”
Daripada hadis ini fuqaha Islam termasuk Ibnu Hazam menarik kesimpulan bahawa iman terbukti dengan mengucap dua kalimah syahadah, ada pun pelaksanaan amalan hanya bertindak sebagai pelengkap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Peminat pas x ke komen
ReplyDeleteKelebihan Nooh Gadut ialah menjatuhi huluman.....kehabatan ahli pas mendengar ulamanya...manakala kecerdikan ahli umno menjadikan yg salah jadi benar dan yg bensr jd salah...kuasa hukum pd sarang labah2 dan rimba raya sebagai hakim
DeleteHukum diputus ikut (1) Tafsiran al-Quran (2) Adat Masyarakat. Di timur tengah biasalah org Nasrani & Yahudi sebut Subhanallah & MasyaAllah. Memang dlm al-Quran ada disebut org musrikin panggil tuhan itu Allah. Kita kena ingat maksud mereka Allah Trinity. Kita org Islam Allah yg Esa. Jadi jangan kita kafirkan orang yg kata mereka tak boleh guna Allah. Itu saya tak setuju.
ReplyDeleteItu ikut tafsiran (1). Tapi sekarang ikut tafsiran (2) Adat masyarakat; kita di Semenanjung Malaysia ada 61% Islam cuma 9% kristian. Ramai dah biasa diguna Allah itu utk orang Islam dan God utk Nasrani/Kristian. Jadi memang setuju di Sem. Malaysia guna Allah hanya utk orang Islam. Ingat agenda Pluralisme cuba membawa kesamarataan dlm agama. Kesimpulanan sya setuju Penghakiman iktiraf Allah utk org Islam saja....tapi jgn sampai kita menjatuhkan kafir pada org yg kata Allah boleh diguna oleh org bukan Islam.
Anak kutty kata hudud tu kuno tak jatuh murtad ke.
ReplyDeleteulamak RM ni bukan boleh pakai sangat pun..
Ybhg Dato Mohd Noh Gadut (DMNG) kenapa dalam hal ini cepat benar Ybhg DMNG mengeluarkan pendapat bahawa 'Kafir & Murtad' sesiapa yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayauan mengenai isu perkataan Aลlah?
ReplyDeleteSeolah-olah MR itu bertaraf lebih tinggi dari Mufti dan Ulama Mutabar, dan keputusan itu boleh dianggap seolah fatwa?
PERSOALANNYA kepada Ybhg DMNG kenapa diam seribu bahasa apabila ada kepimpinan negara yang menyatakan hukum hudud tidak 'conducieve' atau tak sesuai untuk dilaksanakan dan berikrar mereka tidak akan melaksanakan hudud?
Ada orang menghina RasulAllah s.a.w bahawa janggut Baginda yang mulia tidak di cukur kerana zaman itu tidak ada pisau cukur? Masa itu Ybhg DMNG masih mufti Johor D. E?
Berbagai lagi jika nak disenaraikan namun Ybhg DMNG terus diam membisu... Seolah tidak sengar dan tidak terbaca penghinaan itu. TERUTAMA MEREKA YANG MENGGELAR DIRI MEREKA ISLAM.....
Bahawasanya surmon mengguna perktaan Allah di gereja di Sabah telah begitu lama diguna sejak 80an lagi
... Kenapakah sekarang baru bising.....
Adalah sebagi Islam memadai dengan mendakwa terlalu cinta dengan Nama Allah sedangkan syariatNya dan Sunah RasulAllah s.a.w BOLEH DIPERSENDA DAN DINAFIKAN?
Apa kah begitu sempitnya Islam ini......
betultu.. kenapa diam apabila DSAI cakap hukum hudud tak ada tempat dalam pakatan.. dan hadi awang cakap hudud bukan aspek penting dalam Islam..
Delete