Saturday, 5 October 2013
RAKYAT NEGERI KELAHIRAN UMNO SUDAH 5 TAHUN HIDUP DENGAN MENGHIDU BAU BUSUK BANGKAI AYAM!!!!
KOTA TINGGI - Masalah bau busuk yang dialami penduduk di Kampung Mawai, di sini, sejak kira-kira lima tahun lalu, dipercayai datang dari kawasan kolam ternakan ikan air tawar berhampiran.
Penduduk, Zamhizul Ariffin Muhideen, 31, berkata, bangkai ayam yang diproses untuk dijadikan makanan ikan keli itu mengundang rasa loya selain sentiasa berada dalam keadaan yang tidak selesa.
Menurutnya, meskipun masalah bau tersebut pernah disiarkan di akhbar dan pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa namun ia masih berulang.
“Memang bau yang ada kini sudah berkurangan berbanding dahulu namun ia tetap mendatangkan rasa tidak selesa kepada penduduk. Lebih-lebih lagi pada waktu hujan dan ketika mereka sedang memproses bangkai ayam tersebut terutama pada waktu pagi.
“Keselesaan penduduk terganggu malah ada di antara penduduk yang terpaksa membuang nasi gara-gara tidak lalu makan kerana bau yang meloyakan itu. Bau tersebut juga turut melekat pada baju yang dijemur penduduk di luar rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Zamhizul berharap agar pihak pengusaha kolam berkenaan dapat mengambil langkah lebih bertanggungjawab agar masalah tersebut dapat diatasi seterusnya tidak mendatangkan kemarahan kepada penduduk.
Dalam pada itu, Adun Sedili, Rasman Ithnain berkata, beliau telah maklum dengan masalah tersebut malah pernah melakukan tinjauan ke kawasan berkenaan sebanyak dua kali bersama wakil agensi yang terlibat.
Menurutnya, beliau memandang serius masalah tersebut dan memohon kepada pihak berkenaan agar dapat melakukan pemantauan secara berterusan terhadap pihak pengusaha kolam berkenaan.
Jelasnya, sebelum ini, pihak Jabatan Kesihatan pernah mengarahkan pengusaha terbabit menghentikan sementara operasi di kolam itu dan perlu melakukan kerja pembersihan sebelum dibenar beroperasi semula.
“Kita juga telah membawa masalah ini kedalam mesyuarat tindakan daerah. Malah, kita juga mencadangkan kepada pihak Kejora agar menarik semula tanah tersebut yang disewakan kepada pengusaha terbabit.
Kita tidak mahu penduduk terus terbeban dengan masalah tersebut,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Omno memang bau busuk macam bangkai ayam bahkan macam bangkai babi.
ReplyDeleteBukan UMNO busuk tapi orang yang pilih busuk
ReplyDeleteBusuk2 bangkai babi pun xdenya dok songlap wang rakyat..
ReplyDeleteKenapa nak bising pulak.? Kan dah dapat bantuan BRIM!!! kahkahkahkah
ReplyDelete