Friday, 14 March 2014

KERANA DESAK TINDAKAN DIAMBIL KEATAS RAJA BOMOH YANG MEMALUKAN NEGARA .. RAJA BOMOH NAK TAMPAR MUKA KJ MACAM DIA "TAMPAR" BUAYA DULU.



KUALA LUMPUR– Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, merangkap Ketua Pemuida UMNO Malaysia,  Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.

Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.

“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.

Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.

21 comments:

  1. Mahaguru? Parlimen mana lantik kau jadi Murahguru tu? KJ tu walaupun tak berapa nak pandai sgt, tapi dia tu Menteri yang dilantik dan di pilih rakyat. Kau tu jadi Murahguru sbb org bagi gelaran. Kalau kau letak jawatan sekalipun, ade orang kisah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAHAguru kena ingat.... Khairy tu belajar kat luar negara... tp MAHAguru belajar setakat darjah 6. Aku bukan penyokong Khairy tp aku setuju dgn apa yg dia kata. bukan setakat Khairy tp ramai lg pemimpin umno yg rasa malu dgn cara zam...zam...ala...Zamri....

      Delete
    2. Kj graduan oxford beb, cuma silap parti je, sbb tu org2 dlm umno tak suka dia, kebanyakan org umno ade degree pensiswazahan je bukan sbb kepandaian. bodo nko nazmi selamat, masuk ipt pun pakai kuota melayu lagi mahu sembang.

      Delete
  2. Hah dngr tu omakkau...ini amaran utk lu juga cai..takut nti dato mahaguru dtg pinang lu...

    ReplyDelete
  3. Bomoh tikar terbang ni bkn je gila glamer tp gila babi sekali.. Bodoh punya bomoh.. Takbur sgt... Sekali ALLAH timpakan bala pd dia .. Br dia tau sapa yg lbh berkuasa.. Memalukan...
    hakk tuiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ditakdirkan atau kebetulan Mh 370 ditemui dlm masa terdekat ni...hasil teropong Laksmana DO RE MI gerenti bomoh glamor ni jd kaya raya. NASA mesti tempah bomoh ni utk cari jalan short cut ke Marikh

      Delete
    2. Bkn NASA tp US, dia tempah bomoh ni supaya dpt jln shot cut masuk ke dlm Kaabah bg menghancurkn kaabah tu..US kan patung permainan Israel..kompom Israel kn sokong padu pnye..jd hati2 dgn permainan barat dan ahli2 syiah...

      Delete
  4. baru sdikit allah bagi ilmu..dh riak 1mesia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon...16.18...ilmu tu ilmu setan, kalau ilmu dari Allah, kalau kau nak boleh....buat perjanjian dengan setan....

      Delete
  5. eloklah tu pun.menteri umno bomoh pun umno.sama2 bodoh
    umno dan bodoh berpisah tiada
    dulu kini dan selamaya bodoh

    ReplyDelete
  6. Apa yang nak sebuk sangat dengan bomoh yang telah mendapat "PENGITRIFAN" dari president U.S sendiri. Kalau tidak, tak kan dia sanggup menghabiskan masa menontot klip video "SANGSASI" itu.

    Selain dari sebuk memperkatakan soal "BOMOH" ini, mengapa tidak di fikir kan cara bagaimana mana untuk bertindak keatas puak puak Syiah. Kalau nak bertindak bukan susah sanggat, kerana klip video puak puak ini bersepah di dalam internet.

    Bagai mana dengan manusia yang melafaz kan sahadah cuma separuh aja. Bukan kah si bedul ini nyata dan terang sudah terkeluar dari ajaran Islam. Persoalan nya bila hayat hidup nya "TAMAT TEMPOH" siapa yang nak mengurus kan dan di perkuburan mana ia nya sesuai untuk di tanam.

    Bagaimana pula dengan sifat "KURANG SEHAT" yang kerap di pertonton kan oleh para pemimpin Negara yang mengaku "ISLAM". Mengapa tiada siapa dari kalangan ilmuan agama yang sangguh meneggur jauh lagi untuk bertindak agar mereka yang "TERSILAP" langkah kembali ke pangkal jalan.

    Bukan kah meneggur kerah kebaikan itu merupa kan suruhan ALLAH.

    Agak agak nya di tahap mana kah "KEIMANAN" kita?

    ReplyDelete
  7. kan dah kantoi....dgn tak disedari mungkin dek terlampau marah..mamat ini dah bocorkan rahsia.......rahsia apa? hangpa baca betul betul....

    ReplyDelete
  8. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu”..mungkin in kot rahsia yang Anon 17:27 maksudkan... jika salah tolonglah tunjukkan ye

    ReplyDelete
  9. SuBahalol mana la gamaknye yang berguru dengan siTongong nih? Kah kah kah kah.. Dalam kes nih, aku belah KJ berok! Kemon KJ, kasi ajar sama hamlau tua kutuk samseng taik kucing yang nyorok belakang lembu2 dia... Kih kih kih..

    ReplyDelete
  10. Raja bomoh sudah berbuat dan berusaha semampu dia mari kita hargai sekecil apa pun itu dalam usaha mencari pesawat yang hilang...

    ReplyDelete
  11. Secemas mana pun tak nak gadai akidah..akai ada ka..dh bomoh umno dgn autonya akan jadi bodoh.

    ReplyDelete
  12. Muka bomoh tu Ada iras2 rosmah la.....jangan2 saudara lot....eeeeee...takutnya

    ReplyDelete
  13. Kalau setakat penampar...itu bukan jenayah...menteri cap ayam pernah cakap dulu....hehee

    ReplyDelete
  14. Saper cakap bomoh zam zam ala kazam aka Bomoh 1 Malaysia tu bodoh tak pandai mengira....dia boleh kira sampai 500 ribu tanpa calculator lah ....terer tu....
    selalunya bomoh Melayu hanya boleh kira sampai seringgit dua kupang ajer....full stop....pasal tu lah "pengeras dia orang cuma seringgit dua kupang....Minta lebih2 nanti stress nak kira duit pengeras ....yang sahihnya.....seramai setengah juta orang Melayu mengamal ajaran syirik dan sesat,

    ReplyDelete
  15. Pi mabuk ler mahaguru kunun...dulu pun ado mahaguru tapi kono gak kutip...lu lum buek salah baik lu duduk diam diam...nuar 2nd man pun sampan ni kan pulak otak bahlul al binawe cam lu...hati hati bumuh oiii...nuar tu lg pandai...so my advise diam diam ubi udah..

    ReplyDelete
  16. Raja bodoh bukan raja bomoh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...