Monday, 10 March 2014

POLIS ANTARABANGSA (INTERPOL) SEBAT SAMPAI LUMAT KERAJAAN MALAYSIA KERANA TIDAK MENGGUNAKAN PENGKALAN DATA INTERPOL.



Penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia menunjukkan ketidakpekaan negara-negara di dunia ini untuk menggunakan pangkalan data Polis Antarabangsa (Interpol) dalam memeriksa seseorang individu sebelum meninggalkan sesebuah negara.

Memetik laporan Associated Press dari media Kanada, CTV News, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata meskipun Interpol telah berkali-berkali mengingatkan mengenai kes-kes berkaitan penipuan pasport ini, masih lagi terdapat ramai orang yang mampu menaiki pesawat dan terbang beberapa kali menggunakan pasport dan dokumen pengenalan diri yang dicuri itu.

“Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat kaitan antara pasport yang dicuri ini dengan misteri kehilangan pesawat tersebut namun yang jelas disini adalah kebimbangan mengenai individu yang mampu terbang ke mana-mana destinasi menggunakan pasport curi yang telah disenaraikan dalam pangkalan data Interpol,” kata Ronald.

Di sebalik kritikannya itu, agensi yang beribu pejabat di Lyon, Perancis itu memberitahu bahawa mereka kini sedang menyiasat dan memeriksa individu sebenar yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat Boeing 777-200 yang hilang pada Sabtu lalu, sejam selepas ianya berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Kecurian pasport milik seorang warga Austria dan Itali pada tahun 2012 dan tahun lalu di Thailand telah dilaporkan dan datanya telah pun berada dalam pangkalan maklumat namun, tiada pemeriksaan terhadap pasport curi itu dilakukan oleh “mana-mana negara” sebelum penerbangan tersebut.

“Namun begitu, terdapat negara-negara yang secara sistematik menggunakan pangkalan data agensi polis itu untuk memeriksa sama ada pasport yang digunakan oleh mana-mana individu sebelum masuk atau meninggalkan sesebuah negara,”.

Dalam satu temubual bersama Associated Press pada Januari 2010, Noble pernah mengingatkan ketika itu bahawa “ancaman terbesar di dunia” ialah, separuh billion ketibaan individu dari pelbagai penerbangan dunia menggunakan dokumen perjalanan yang tidak sah atau dicuri.

Ada beberapa negara yang telah mula sedar dengan ancaman seperti ini.

“Pada tahun 2006 sahaja, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah membuat 2,000 kali saringan individu yang tiba di negara itu menggunakan pangkalan data Interpol dan telah merekodkan 78 juta kali saringan untuk tiga tahun kemudiannya,”.

Bertahun-tahun, Interpol mempersoalkan mengapa negara-negara di dunia ini perlu menanti sesuatu tragedi berlaku untuk mengetatkan soal keselamatan di pintu masuk sempadan negara atau juga lapangan-lapangan terbang.

“Sekarang pula kita berhadapan dengan satu keadaan dimana seluruh negara mengandaikan bahawa pemegang pasport curi itu ialah pengganas walhal dalam hal sebenar, kita memperoslakan pula kenapa hanya beberapa negara sahaja yang begitu mengambil berat terhadap sola keselamatan terutamanya pemegang pasport curi yang seharusnya tidak dibenarkan menaiki mana-mana pesawat untuk terbang ke destinasi mereka,”.

Noble berharap bahawa kerajaan dan mana-mana juga syarikat pengendali penerbangan dapat belajar dari kejadian kehilangan pesawat MH370 ini dan mula meneliti pasport penumpang-penumpang pesawat sebelum dibenarkan terbang ke mana-mana destinasi dunia.

41 comments:

  1. Malaysia masih aman

    ReplyDelete
  2. kalau kita dengar betul betul soalan yg di ajukan oleh para wartawan seolah olah para wartawan asing lebih tahu dahulu dr pihak berkuasa kita .

    ReplyDelete
  3. Nanti tak bertambah pulak jumlah pelancung yg datang ke Msia.

    ReplyDelete
  4. Berita macam inilah yang kita nak... buruk2kan penjawat awam kita... pemimpin umno.. agama kita.. keep up the good work.. btw sembunyikan sebarang kerja bagus mereka ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah betul nilai harga nyawa 200 lebih yg mungkin terkorban. Yg pasti belum tentu nasib mereka lagi.

      Delete
    2. Ye, yang mahal buat UMNO....adalah bontot saipol jer...hidup UMNO!

      Delete
    3. usah sebut pasal agamalah....kalu perangai mcm syaitan.....

      Delete
    4. dah kalu buat kerja bangang, tak kan nak puji pulak bhaiii

      Delete
    5. tahniah najip razak kerana berjaya menghilangkan rekod imigresen kemasukan Altantuya ke Malaysia

      Delete
  5. apa nak heran . yg tak ada paspot pun boleh masuk.

    ReplyDelete
  6. JIKA ANWAR IBRAHIM JADI PM SEMUA MASALAH DUNIA AKAN SETEL.

    ANWAR IBRAHIM ADALAH ANUGERAH TUHAN.

    ANWAR IBRAHIM ADALAH SUPERMAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye i sokong u.. anwar jd PM byk masalah selesai. terutamanya memerangi rasuah dan penyelewengan bn selama ini.

      ANWAR MEMANG PEMIMPIN HEBAT DIAKUI KAWAN DAN LAWAN

      pendewa taksub anwar adalah penyokong2 umno sehingga air mani dan dna anwar dijadikan makanan utama mereka utk survival.

      mereka tkkisah jadi sesat demi air anwar.

      Delete
    2. Ish ish......ado lagi makhluk sebaik ko yerr

      Delete
    3. jgn lah sebut sebut anwar lagi. rakyat msia dah tahu kita tak boleh nak hrpkan lagi pada anwar. anwar dah tak boleh jd mb. anwar dah tak boleh jd pm . jgn letak harapan pada anwar.

      dah tersepit .. baru lah ingat anwar.

      Delete
    4. saya amat setuju dengan pandangan tuan. sayangnya sebahagian kecil kawan tuan sengaja tak nak faham

      Delete
    5. bukan tak paham tapi buat buat tak paham

      Delete
  7. SIASAT JUGA KES REKOD KEMASUKAN ALTANTUYA KE MALAYSIA YG DIPADAMKAN

    ... perangai begini boleh membahayakan negara dan dunia.

    dan lagi adalah relevan kalau byknya bangla dan mynmar yg dibawa masuk demi undi parti tupperware lusuh tu.

    DUNIA MENGIKTIRAF KITA (UMNO ONLY, NOT ME OK)

    ReplyDelete
  8. Awat la sengal sgt korang neh.benda mcm neh peringatan utk semua agensi pentadbiran kerajaan didunia.komen or kritikan tu sgt membina.yg memerintah malaysia skrg adalah barisan nasional.terima dan perbaiki serta bertanggungjwb.begitu juga sekiranya pakatan memerintah hal2 sebegini akn dikritik n diberi peringatan oleh rakyat.yg pentong rakyat dan negara selamat.bkn individu or parti.kalu kesalahan dr negeri pakatan buat salah n lemah kritik x salah pun nak kritik or bedal bertubi2.yg untung semua.itu pun xley fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewah ckp suci pulak org tua ni.

      bila petaka semua org kena share, bila hebat umno saja

      bila huru hara semua salah anwar.

      Delete
    2. Jenayah umno menipu, menzalimi, merampas, merogol agama, memecahbelahkan rakyat dah 58 tahun dari umno lama yang telah di mampuskan oleh mahathir kutty hingga tertubuhnya umno baru yang ditaja oleh mahathir kutty hanya anak panak,kaum keluarga rakan taulan menjadi kaya raya dengan harta haram yang dirompak oleh umno dan juak2nya

      Delete
  9. nk tanya harga kangkung hari ni berapa ye? takut juga dh naik sebb kes 370 ni. apalah yg tinggal utk adik nk makan yg murah

    ReplyDelete
  10. imigresen mmg longgar..sy fly ke mlben pd dis 2013 nk msuk ketat nk kluar pun sama..tp d klia nk kluar & msuk snng sgt...pgawai imigresen x tngok muka kita langsung smasa tngok passport & detail..

    mana nk nmpk kalau buat dlm kaunter..
    d mlben siap cctv suruh kita pndng camera pastu tnya mcm2 soalan, random check bdn, beg..very strict..trutama foreigners

    kat msia sy tngok slamba jer foreigner kluar msuk mudah, snng sgt

    slh saper?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah BN ..

      Delete
    2. Kat m'sia...kalau ada masalah,padam jer rekod masuk Atau rekod keluar dari Negara ni... M'sia boleh!

      Delete
    3. alaahhh...masuk senang...delete pun lg senang...apa ada kisah...mcm altantuya tuuuu......

      Delete
  11. Utk pengetahuan korng semua yg bodoh tak taw berfikir ini MH 370 takan jumpa punya .. orng tunggu la smpi berjangut ... kita tengok .. nanti baru korng faham ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apaaaaaa ? tak jumpaaa? nk kena guna bomoh ke?

      ada mcm bermuda triangle ke kt sana?

      kita mintalah dijauhkan bala bencana di negara ini.....insafilah fitnah dan menzalimi org tidak bersalah.

      Delete
    2. kedegilan dan kesombongan manusia bila bagi pertunjuk peringatan yang masuk dlm kepala ambil mudah . akal bagi berbagai bagai alasan . skg berlaku satu kejadian yg tak masuk akal kapal canggih juruterbang berpengalaman cuaca baik .. peringatan mcam mana lagi kah baru manusia akan sedar. Fitnah di sambung dgn satu fitnah lagi .

      Delete
    3. tersangatlah setujunya...manusia zalim tidak akan nampak peringatan krn hatinya tlh trtutup

      Delete
  12. Semua ni salah umno

    ReplyDelete
  13. Haluuuuuuu. .......

    Klau guna interpol database gua yakin ramai pak2 badigol umnongok yg ngok dan mak tenuk umnongok yg ngok trmasuk bini dn ank biawak umnongok yg ngok x dpt kluar negara beb...ada yg kaki liwat..bunuh...rasuah...pnghubah wang haram
    ....kaki dadah...fulamak giler siot gua bilang lu...tpi stakat bebas di dunia mana kelas beb klau akhirat esok lebih hina dri tahi anjing...pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
  14. Ini semua salah anwar.....

    ReplyDelete
  15. https://www.facebook.com/notes/al-faedah/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag/482901128498552

    *ARTIKEL MENARIK.

    ReplyDelete
  16. Isu ni seolah olah tenggelamkan isu anwar...siapa 2 org wajah asia yg guna paspot palsu tu...ini rakyat kena siasat.

    ReplyDelete
  17. Bukan apa, nanti CAI ameno kata kita akan dijajah yahudi kalau guna data interpol. Dalangnya dsai

    ReplyDelete
  18. Patut pun indon senang keluar masuk malaysia..

    ReplyDelete
  19. ANWAR PALING BAGUS. SANGAT ALIM. TAK PERNAH TIPU RAKYAT. SEMUA JANJI MANIS DITEPATI.

    PARTI PKR SANGAT TELUS. TIADA KRONISME MAHUPUN ANAK BERANAK. PERJUANGAN PKR HANYA UNTUK RAKYAT.

    PEMIMPIN MALAYSIA YANG LAIN NAMPAK MACAM BODOH JER.

    TAK SABAR NAK LIHAT ANWAR JADI PM TERBAIK MALAYSIA. SEMOGA ANWAR PANJANG UMUR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telah diberitahu bahawa akhir zaman yang baik di pandang jahat yang jahat dimuliakan itulah umno yang dianggotai oleh orang islam yang munafil

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...