Tuesday 15 October 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL ADHA 1434 DARI OMAK KAU....



Bila tiba Aidil Adha, semua orang mula berbicara tentang 'iktibar dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Seakan terlupa kita satu lagi watak penting dalam keluarga yang sangat diberkati Allah ini ~ ibu kepada Nabi Ismail a.s., Siti Hajar. Ibu Siti Hajar adalah model seorang isteri dan ibu yang setia dan taat pada perintah Allah swt.

Kesediaan ibu Siti Hajar untuk ditinggalkan bersendirian bersama bayi kecil Ismail a.s. oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s., adalah sesuatu yang amat menyentuh hati.

Pengorbanan besar ibu Siti Hajar berkelana, bermusafir ditengah-tengah padang pasir yang tandus semata-mata kerana taat pada suami dan perintah Allah itu mempunyai maksud yang sangat besar kepada sejarah dunia dan umat.

Disaat ibu Siti Hajar kekeringan susu dibadan, ketika bayi kecil Ismail a.s. menangis kehausan ditengah lembah di padang pasir yang kering kontang, antara dua bukit, Safa dan Marwa; ibu Siti Hajar menadah tangan dengan setulus hati memohon kehadrat Allah SWT, supaya ada pertolongan dari Nya.

Dengan bukti semangat kasih sayang seorang ibu, ketulusan hati seorang isteri yang taat dan setia pada perintah Allah SWT dan suami, takdirkan dari hujung tapak kaki bayi Ismail a.s. terpancar air yang paling diberkati dimuka bumi ini ~ air zam zam.

Aksi ibu Siti Hajar, berjalan dan berlari-lari antara bukit Safa dan bukit Marwa untuk mencari punca sumber air itu, dirakamkan oleh Allah SWT untuk ingatan umat, dalam rukun "SAEI' ", salah satu rukun yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam dalam mengerjakan ibadat Umrah dan Haji.

Sempena dgn kehadiran Aidil Adha ini, mari kita sama-sama doakan keberkatan yang setinggi-tingginya untuk ibu Siti Hajar, dan setiap ibu yang telah berkorban dengan setulus hati untnk menjadi ibu, isteri dan serikandi kepada perjuangan umat sepanjang zaman. "SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA"


*Credit to Tok Abah Penerangan-X

1 comment:

  1. Kalau setakat print and publish ok lah omak kau tapi pengertian maksud yg tersirat dari peristiwa tersebut tak ada runkaiaanya cuba kita amati keberkatan aidil adha thun ni bagi umat islam di malaysia apa perkara yg paling berharga yg kita menangi hari ini yg x menjadi ke bangaaan untuk puak pr

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...