Monday 3 March 2014

AKHIRNYA TOMAHAN MENGATAKAN KERAJAAN PR SELANGOR MUNGKIR JANJI DAN ZALIM TERBUKTI TIDAK BENAR ... MAHKAMAH TINGGI TOLAK SAMAN KELAB REKREASI ULU KELANG (UKRC) TERHADAP MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ).



KUALA LUMPUR 3 Mac 2014 - Mahkamah Tinggi menolak saman Kelab Rekreasi Ulu Kelang (UKRC) terhadap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berhubung tuntutan ke atas sebuah padang di Kuala Ampang, Hulu Kelang.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati tanah itu adalah milik kerajaan negeri Selangor.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata UKRC tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan ke atas tanah itu dan tidak boleh mengguna pakai peruntukan Seksyen 8(1) Akta Relif Spesifik 1950.

"Apabila Padang MPAJ Kuala Ampang diwartakan sebagai kawasan lapang pada tahun 2004, pihak UKRC tidak pernah membuat sebarang tuntutan di mahkamah berkaitan perkara itu," katanya.

Beliau berkata keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2003 juga memutuskan bahawa tanah itu digazet untuk tujuan awam.

Mahkamah turut memerintahkan UKRC membayar kos sebanyak RM20,000 kepada MPAJ.

Pada 21 Oktober 2013, UKRC memfailkan saman pemula terhadap MPAJ.

UKRC memohon suatu deklarasi bahawa tindakan MPAJ untuk mengambil semula padang di atas tanah Lot 3026, Kampung Kuala Ampang, Mukim Hulu Kelang, Selangor pada 1 Oktober 2013 adalah tanpa persetujuan kelab itu dan tidak mengikut perjalanan undang-undang.

Kelab itu turut memohon deklarasi bahawa tindakan MPAJ untuk mengambil semula kawasan padang berkenaan adalah bercanggah dengan Seksyen 8 Akta Relif Spesifik 1950 dan memohon suatu perintah padang tersebut dikembalikan kepadanya dengan serta-merta.

UKRC menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
SHAH ALAM, 12 APR 2012  : Hakmilik tanah seluas 5.27ekar di mukim Hulu Kelang yang turut menempatkan Kelab Rekreasi Ulu Klang (UKRC) disahkan sebagai milik tetap rakyat Selangor.


Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas berpuashati terhadap syor-syor yang dibuat oleh jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan kerajaan negeri.


Menurut Abdul Khalid, tanah tersebut menjadi pertikaian apabila UKRC tidak membenarkan orang ramai menggunakan kawasan lapang di situ bagi tujuan riadah.


Berdasarkan kepada syor-syor tersebut, kerajaan negeri berharap penduduk setempat menerima keputusan itu dengan terbuka kerana siasatan dilakukan dengan telus dan adil berdasarkan kepada peraturan dan bukti-bukti yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan.


“Jawatankuasa siasatan berpendapat bahawa tanah tersebut diwartakan sebagai tanah lapang pada 19 Oktober 2004 sekaligus menjadi bukti tambahan bahawa tanah tersebut tidak pernah dikeluarkan hakmilik kepada UKRC atau mana-mana pihak.


“Namun begitu, jawatankuasa mengesyorkan UKRC diberi hakmilik kepada tapak bangunan kerana ia memberi faedah kepada ahli kelab tersebut dan dibina menggunakan dana orang awam serta ahli-ahlinya,” katanya.


Jawatankuasa siasatan berkenaan dianggotai Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh, Leong Khai Yan (peguam), bekas Pegawai Daerah Gombak, Abdul Rahim Salleh dan Dr Jagjit Singh dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.


Jawatankuasa tersebut bertindak membuat kajian awal dengan mengadakan pendengaran awam dan mengemukakan penemuan serta syor kepada pentadbiran negeri untuk tindakan selanjutnya.


Antara yang dipanggil memberi keterangan termasuklah ahli UKRC, pegawai kerajaan khususnya dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan orang awam.


Abdul Khalid berkata, jawatankuasa juga mengesyorkan UKRC untuk membayar premium mengikut kadar semasa termasuk tanah dan bangunan memandangkan mereka telah menggunakan premis tersebut tanpa membayar sewa atau cukai pintu kepada kerajaan negeri sejak tahun 1950-an.


Bagaimanapun sebagai alternatif untuk mengutamakan kepentingan orang ramai, kerajaan negeri akan membina dewan baru menggunakan premium yang dibayar UKRC bagi kegunaan penduduk setempat yang bukan ahli kelab tersebut.


“Dalam satu laporan yang diserahkan kepada kerajaan negeri pada 15 Mac lalu, jawatankuasa walaupun UKRC ada membuat permohonan untuk mendapat hakmilik terhadap tanah lapang tersebut kepada pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur pada 14 Februari 1958, tetapi tanah itu hanya diluluskan sebagai tanah lapang untuk Dewan Kelab Masyarakat (Club Community Hall) pada 12 Julai 1958.


“Jawatankuasa juga diberitahu bahawa nama asal UKRC ini ialah Dewan Masyarakat dan Kelab Rekreasi Kuala Ampang sebelum menukar nama kepada UKRC untuk diwartakan pada 6 November 2001 dan menggugurkan nama Dewan Masyarakat.


“Sejak itu, UKRC  mengenakan bayaran masuk dan yuran keahlian. UKRC juga tidak lagi membenarkan orang awam menggunakan premis tersebut tanpa kebenaran khas daripada pihak pengurusannya,” ujarnya.

9 comments:

  1. kah kah Tanah UKRC tu dulu puak assmin yang nak rembat melalui mak lampir dan krooni...semua hal ni orang dah tau...krooni sesame krooni bergaduh berebut harta rampasan...gagap kalit pun masa ni dia kasi liwat abis sama assmin dan mak lampir PKR...liwat skali Rafizi jambu...bravo Kalit teruskan usaha anda kasi seluar bang non londeh sekali......PKR pati koyak rabak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak kisah asal bukan umno yang kebas

      Delete
    2. nasib baik tak jatuh ke rangan geng rosmoh

      Delete
    3. tak kisah kalau sesame krooni belasah dan rembat harta....rupa rupanya 2x5 jer bangang...terserlah kebangangan

      Delete
  2. Gagap jangan disangka bodoh...kah kah...bang non kena main sama si gagap yang tak petah berkata kata...walau gagap tapi tak bangang....Nampak petah berhujah dan berkata kata ternyata dibangang sama si gagap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sungguh mulut mengata.begitu ler tingkah laku sijahil murakab.

      Delete
    2. anjing amno memang macam tu bhaiii

      Delete
  3. Anjing umno lama tak terima habuan dah kebuluran..

    ReplyDelete
  4. Org2 UMNO buat komen mcm org xberugama...nanti mereka mati kasi tanam sama2 dgn kasim ahmad. Hidup bukan nak buat pahala...tp kumpul dosa semaunya. Renung2 lah sikit..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...