Friday 14 March 2014

CARA KERAJAAN BN URUS KEHILANGAN PESAWAT MH370 MENJADI TAJUK UTAMA CERAMAH PR KINI.



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu kelemahan pengendalian kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 oleh Putrajaya ketika kempen ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Kajang malam tadi, dengan berkata kepimpinan tegas diperlukan dalam pengurusan krisis sedemikian.


Anwar sebelum itu di Dewan Rakyat membangkitkan isu berkenaan kewujudan "Bomoh Do Re Mi" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Parlimen dan menyifatkan tindakan berkenaan adalah "bodoh dan memalukan negara."


"Yang orang kritik seperti New York Times, Guardian, dan akhbar China mengkritik keras (kerajaan Malaysia). Vietnam juga kata kalau kamu tidak beri maklumat, mereka mahu menarik kerjasama kami. Jakarta Post juga menegur kepincangan berlaku kerana kerajaan Malaysia tidak telus.


Anwar turut mengulangi gesaan yang dibuatnya sebelum ini apabila mencadangkan Putrajaya melantik seorang jurucakap untuk membuat pengumuman ataupun makluman supaya tidak lagi berlaku percanggahan terhadap maklumat yang disampaikan berhubung insiden berkenaan.


"Lepas itu kata Pakatan politikkan...kamu (kerajaan) yang tidak reti nak jaga. Najib buat apa? Negara bila menghadapi krisis memerlukan pimpinan yang tegas. (Lantik) seorang jadi jurucakap.


"Kamu menteri, dapatkan dulu fakta dan periksa dahulu dengan MAS, ketua polis negara. Apabila siap, barulah buat satu kenyataan. Ini, menteri buat kenyataan pukul 2, kemudian pukul 3, ketua pengarah DCA pula buat kenyataan lain," katanya.


Pada sidang media di Parlimen, Anwar berkata, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan bahawa beliau gagal dan tidak cekap menangani krisis negara.


Anwar berkata, imej negara tercemar ekoran kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.


"Mereka kata kita (Pakatan Rakyat) politikkan. Saudara, masa tragedi Highland Tower runtuh dan melibatkan warga asing, saya masa itu timbalan perdana menteri baru tiga hari. Dan cerita dalam itu macam-macamlah..siapa punya, siapa duduk di situ.


"Tahun 2014, kapal terbang hilang sehari selepas Anwar dihukum penjara. Mula nak hilangkan Anwar, Anwar tak sempat hilang...hilang kapal terbang. Apa keputusan kita? Kita mendoakan," katanya.

10 comments:

  1. Siap sedia la nak kutip mayat.

    ReplyDelete
  2. PAS contribute dengan mengadakan solat hajat.

    DAP contribute dengan sumbangsaran yang bernas.

    Cina DAP speker selangor tu pun berpandangan neutral terhadap bomoh pkr yg cuba bantu dgn mengeluarkan statement dlm twiter, hes only trying to help.

    PKR setakat ini hanya memperlekehkan dan mempersendakan usaha SAR

    Please grow up for one

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang hal khurafat pegang statement DAP.
      Mmg lah bomoh tu trying to help .. Help utk memalukan Msia.

      PKR kritik pemimpin kjaan bukan mempersendakan usaha SAR. Sebelum ini pun PR mempersoalkan cara pemimpin kjaan menghadapi krisis Lahad Datu Kejap penjenayah Lepas tu Pengganas Kejap masuk ikut tongkang Kejap penduduk tempatan
      Negara luar pun sangsi dng keupayaan kita.
      Kita perlu kan pemimpin yg tegas berani menghadapi krisis.

      Brape ramai kita ambil perhatian terhdp pengorbanan pasukan Bomba? Mana pemimpin Kjaan yg pergi masuk hutan dan makan bersama sama pasukan Bomba. Psl tak ada senjata dan tak ada glamour mereka tidak diberi puji pujian Mmg mereka tak diserang manusia tp badan badan mereka sakit dan ada yg kena sakit misteri Tu sbb kalau PR memerintah semua ini di ambil kira.

      Delete
  3. ANWAR NAK CAKAP DIA JE PANDAI BUAT KERJA.

    ORANG LAIN BUAT SEMUA TAK BETUL.

    DIE KENA TAHAN KAT AIRPORT JEPUN PUN SALAH ORANG LAIN.

    DIE KENA PENJARA PUN SALAH ORANG LAIN.

    DIRI DIE TAKDE SALAH.

    MAKLUM LA ANAK DIE KATE DIE ANUGERAH TUHAN.

    SEBAB TU SEMUA ORANG DIE TIBAI.

    TAPI YG AKU HERAN WAKTU DIE DALAM UMNO TAKDE PUN DIE CAKAP KERAJAAN ADE SALAH.

    KALAU DIE BERPURA2 WAKTU TU JADI TPM LANTAK KAT DIE LA.

    TAPI BILE KENA PECAT TAHUN 1998 SAMPAI 2014 TAK HABIS2 SALAHKAN ORANG LAIN.

    ADE JE YG SALAH. WAKTU DIE DALAM KERAJAAN DIE KATA DAP CAUVINIS & DIE KATA PAS TAK GUNA OTAK.

    HAHA. PERANGAI SI MUNAFIK PENTING DIRI SENDIRI JE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heehe...pemimpin umngok mmg bodoh sombong....dah x reti belajarlah...kalau kat luar negara dah lama letak jawatan..sungguh memalukan negara mempunyai pemimpin yg bodoh seprti ini...kita harus ingat bila pemimpinnya bodoh pengikutnya pastilah lebih bodoh lagi....

      Delete
    2. New York Times, Guardian, dan akhbar China mengkritik keras (kerajaan Malaysia). Vietnam juga kata kalau kamu tidak beri maklumat, mereka mahu menarik kerjasama kami. Jakarta Post juga menegur kepincangan berlaku kerana kerajaan Malaysia tidak telus Ini dah teruk. Kalau anwar dan pr yg kritik tak teruk lagi.

      Bila Kjaan kena kritik kena lah PR tegur. Apa kau buat?? Jaja ayam jer..

      Delete
    3. Anon 09:22 awak masuk bertanding PRK Kajang atas tikit NAAMANU ke atau BEBAS lepas tu mintak jadi menteri jika menang........kah...kah..kah...gunalah otak serabut ko.......ABU

      Delete
  4. cara kjaan menyelesaikan krisis ini mcm nak pergi tangkap penjenayah.
    We will verify .. We will not disclose .. Sorry this is security matters bcos we cant reveal the data frm our defence.

    Ini apa seorg Pilot kanan ckp. Pesawat U turn. Radar Tentera kesan ada objek terbang ke arah Selat Melaka melintasi semenanjung , buat U turn. Mula Pilot tu ckp sepatutnya ada komunikasi tentera dng tower klia. Pilot tu ckp lalaun MH370 adalah lalaun airlines depan ada kapalterbang belakang pun ada kapal terbang Maknnya Laluan tlh di Tetapkan Tak pelik ke atau tak jd persoalan ke tiba tiba ada kapal terbang lalu bukan tempat laluan airline .Pilot to cover Tentera tu tahu itu pesawat airlines jd menganggap tak perlu hubungi tower utk pengesahan. Kan dah Tentera pulak dah terlibat.

    Ingat wartawan asing tak analyse kenyataan ini?? Adakah Hishamuddin buat kenyataan tanpa dptkan maklumat dr Tentera dulu. Dah dua hari baru ckp pesawat buat U turn.

    Mcmana dlm radar boleh tahu itu airlines punya? Di korea sebuah pesawat tersasar dr laluan airlines di arah mendarat serta merta Pilot jet pejuang berkomunikasi dng Pilot. Pilot degil dan bertahan yg dia bawa penumpang. Beberapa meter lagi nak keluar airspace Pilot buat keputusan tembak pesawat.

    Jgn pulak kata nak kiritik Ada akal ada maklumat jgn terima jer bulat bulat Dan kita perkuatkan doa kita sehingga maksimum solat jumaat nanti kerana kalau tak jumpa besuk peluang kita utk menemui pesawat tersbt akan mengambil masa yg lebih lama luar jangkaan kita.

    ReplyDelete
  5. Malaysia tu la sikap eh dah lamo terbiaso sgalo galo eh ambil mudah...yg x salah di salahkan yg botul disalahkan...tu bolum laie bawah meja...atas meja...kopi kopian....lum lagi pndatang mudah nk masuk n beniago...lum laie bgunan x lulus diduduki....lum laie macam2...ingat kito porlu wang tp wang bukan sgalo galonyo...

    ReplyDelete
  6. Jijah oh jijah lu gi uruskan suami lu jijah poie charik jam omega tu....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...