Wednesday, 5 March 2014
MENTERI DALAM NEGERI KATA TIADA KES TAPI POLIS SYORKAN INDIVIDU YANG MENAWARKAN GANJARAN RM1,200 UNTUK TAMPAR YB TERESA KOK DI HERET KE MAHKAMAH ATAS PERTUDUHAN MELAKUKAN UGUTAN JENAYAH.
Pada 9hb Februari 2014 yang lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan suatu ancaman dan tiada keperluan untuk menjalankan siasatan polis mengenainya.
"Mengapa kita perlu menyiasat? Jika dia telah ditampar, barulah kita boleh ambil tindakan," kata Ahmad Zahid.
"Menampar bukan satu ancaman. Jika mereka kata 'membunuhnya', maka ia akan menjadi satu ancaman. Isu tampar adalah antara beliau dan mereka (NGO yang menawarkan ganjaran itu)," katanya.
Selepas 1 bulan Menteri yang tak reti undang-udang ini mengeluarkan kenyataan yang mengundang kritikan dan kutukan keras dari para pengamal undang-undang maka hari ini PDRM telah membuat keputusan agar individu yang menwarkan ganjaran untuk menampar YB Teresa Kok di bawah kemuka pengadilan.
Polis mengesyorkan agar individu yang menawarkan ganjaran untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.
Laporan The Star Online yang memetik kenyataan ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng menyebut, Pejabat Peguam Negara bagaimanapun telah memulangkan semula kertas siasatan mereka.
“Kertas siasatan itu dikembalikan oleh Peguam Negara kerana ada beberapa butiran yang perlu dibereskan,” kata Gan seperti dipetik dalam laporan itu.
Satu gabungan NGO Islam yang dikenali sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' pada 6 Februari lalu menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Tawaran tersebut dibuat dalam satu perhimpunan yang membantah penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.
Keesokannya, tawaran tersebutnya dinaikkan ke RM1200.
Tawaran luar biasa itu dipercayai adalah reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Harap jadi pengajaramn kpd puak radikal ni..
ReplyDeleteentah la bhaiiii
Deleteugutan tampar bukan ancaman - sebab belum kena tampar....
abis tu kalu ugutan bunuh cam mana? tak kan dah berlaku kes bunuh baru nak ambik tindakan!!
nasib baik la polis kita tu cerdik...kalu ikut cakap mamat ni, tonggang terbalik negara kita..
Cai lain kali baca dgn mata dan hati yg trbuka...bkn dgn akal yg tak sudah2 jumud...bkn ke utk bunuh dah disebut...
DeleteKalau tawaran untok kencin macamana?
DeleteKalau tawaran untok kencin hukom dia HARUS seperti tawaran penampag.
sikit lagi ada orang buat tawaran kencin ataeh kepala Zahid pulak kot
kencin ni sejeneh ayag ja, kena pon bukan sakit macam penampag
kalu tukang kencin makan petai jenoh serutu la hang zahit ooiii
Buto ko la klu melayu hebat sgt pamer r result spm korang kat kolej kediaman ipt memasing, tgk ko masuk sbb kelayakan atau sbb kuota Melayu. Tah3 spm dpt 3A! Malu lah oi. Bak kata dsai biar miskin asal ada maruah drpd kaya ciri harta org.
ReplyDeleteRampas tempat org di ipt guna kuota, dpt degree buat cari mkn, sumbat mulut anak bini elok la mcm tu.
Apa punya cerita katun la?
ReplyDeleteCumi dan ciki pun tak buat cerita mcm ni!!!
kutuk cina...tapi kat kajang suruh kita undi cina pulak...
ReplyDeletepelik umno nih
Terbaik!
ReplyDeleteteresa konek nie ado ko nak nolong org kg tok subuh....jgn mimpi la lg d hino eh buleh...macai pas n pkr lak bangang beriyo iyo jd body guard...pigidah podah cit...
ReplyDelete