Wednesday 12 March 2014

MISI MENCARI PESAWAT MH370 YANG HILANG VIETNAM AKAN HENTIKAN OPERASI DAN DUA NOTIS DIHANTAR KEPADA KERAJAAN MALAYSIA MASIH TIDAK DIJAWAB!!!!



PHU QUOC - VIETNAM. Kerajaan Vietnam akan menghentikan aktiviti pencarian pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu hari ini berkata, operasi mencari pesawat yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu itu dihentikan selepas laporan media semalam menyebut bahawa tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu di Selat Melaka.

"Kami telah menghantar dua notis kepada Malaysia (sejak semalam) untuk mengesahkan laporan media antarabangsa (berhubung kedudukan terakhir pesawat itu).

"Tiada jawapan diterima setakat ini," katanya dalam sidang media di pusat operasi mencari dan menyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc, pagi tadi.

Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi mencari dan menyelamat akan tetap dibuat hari ini tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan.

Beliau juga berkata, sehingga kini Vietnam hanya berhubung dengan seorang pegawai dari Malaysia dan maklumat yang diperolehi dari Malaysia tidak mencukupi.

Kerajaan Malaysia pada Sabtu lalu mengumumkan lokasi pencarian pesawat yang membawa 239 individu itu diperluas ke Selat Melaka.

Semalam, sebuah akhbar di Malaysia melaporkan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menyebut bahawa radar milik tentera Malaysia kali terakhir mengesan penerbangan MH370 di Selat Melaka, jauh tersasar daripada laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Sebuah agensi media antarabangsa turut melaporkan perkara sama menggunakan sumber dalaman tentera Malaysia.

Namun, Rodzali menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan seperti itu.

14 comments:

  1. Negara sebenarnya amat memerlukan satu kumpulan pemikir yg menggunakan kebijaksanaan dan iman.

    Sejak hari pertama dapat dilihat kelemahan menjawab soalan kepada media sewaktu sidang media.

    Masalah akan wujud apabila 3-4 jurucakap bagi pihak MAS, Kerajaan, Tentera, Polis dan DCA.

    Dicadangkan supaya seorang jurucakap mewakili kerajaan sahaja.

    ReplyDelete
  2. tambah poning den....kojap sanun..kojap sini...tah mano satu boto tah..

    ReplyDelete
  3. Ntah2 dah jatuh dlm kubang kebau.pm haramjadah bukan cerdik sgt pun.jatuh tmpt lain cari kat tmpt lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spttnya lu yg jd pm cai...mnkin lu lbh crdik dari pm ttp lu tk secerdik guard sekolah...tp nasib lu cuma mmpu jd cai..

      Delete
  4. Baca di mountdweller
    wartawan bh salah.....

    ReplyDelete
  5. Saya berdoa kepada Allah S.W.T. supaya mengazab orang yang "merancang" untuk "menghilangkan" kapal terbang MH370.

    ReplyDelete
  6. Too many finger pointing than doing work. Get help fm countries with experience. Admit we are lack of technical ability in handling such case.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Absolutely agreed with you...

      Delete
  7. Bn menolak usul pr membincangkan masalah rampasan mh370 diparlimen dgn alasan jgn masuk campur...hehe...lawak ke apa ....

    ReplyDelete
  8. Haluuuuuuu. .......

    Lmbab...lmbik....lmbat tul tndakn..nk respon prtnyaan ngara luar dlm kes cmas cam ni pun x brani...dsr tlur sebelah...ptut la gua ajk bhas mncicit lu lari....pueee

    Khak tuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu ajak bahas...hahaha hahaha kahkahkah...

      Delete
  9. Tak cukup kat Mesia, kat negara luar pun UMNU nak nipu jugak! Kah kah kah kah

    ReplyDelete
  10. Kerabat mangsa kapatebang hilang rakyat Republik China kata rakyat Mesia SEMUA penipu! SEMUA? Kah kah kah kah kah kah..

    ReplyDelete
  11. Sesuatu yg x kena dgn kerajaan Malaysia.
    Nelayan bersusah payah tarik benda yg dipercayai bot.. Tapi senang aje APMM kata terlepas dan tengelam..dan x jumpe....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...