Saturday 8 March 2014

SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR MAU PEMIMPIN DAN AHLI PAKATAN RAKYAT CONTOHI KEAKRABAN ANTARA LIM GUAN ENG DENGAN MOHAMMAD SABU



ADUN DAP Subang Jaya merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mahu pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat di pelbagai peringkat mencontohi keakraban antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat di Setia City Convention Centre, Setia Alam hari ini, Speaker Dewan Negeri Selangor itu juga berkata, kekuatan hubungan seperti itu penting untuk perpaduan dalam Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi berdepan serangan perkauman Umno BN.

"BN laga-lagakan Pakatan Rakyat dengan main sentimen perkauman. Semua lapangan pemimpin dan ahli parti perlu jalin hubungan erat sesama kita.

"Jangan bergantung kepada pemimpin tinggi sahaja sepeti Lim Guan Eng dengan Mohamad Sabu, kita di akar umbi juga perlu mencontohi mereka," katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor agar jangan sesekali terikut-ikut rentak Umno.

Katanya, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai mandat lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum lalu dan memiliki sokongan kuat dari rakyat untuk terus membuat perubahan.

"Jangan biarkan kita ikut tari Umno, biar kita yang pukul gendang dan Umno yang menari," kata beliau.

Dalam pada itu beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada PAS yang menunjukkan sikap persahabatan sejati dan menghormati hubungan antara kaum.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu tulisan di media.

"Terima kasih kepada YB Mujahid yang menghulurkan tangan persahabatan kepada golongan minoriti," katanya lagi.

14 comments:

  1. takkan LGE baik dengan mat sabu saja. pemimpin PAS penang lain camana.. Ustaz Salleh Man camana..

    ReplyDelete
  2. TAK PAYAH BERLAKON LA.

    POLITIK BERLAKON KORANG MEMANG KORANG PAKAR.

    DULU SAPE YG CAKAP DAP NI CAUVINIS??

    DULU SAPA YG CAKAP PAS TAK GUNA OTAK??

    KALAU BABI BOLEH BERCAKAP DAH LAMA BABI TU CAKAP BODOH KAT KORANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hg tak baik buat fitnah bro.... mat sabulah yg pekenalkan islam kat khalifah LGE...... La ni LGE dh jadi cam orang islam, tak cam org UMNO yg makan rasuah....

      Delete
    2. betul bro..LGE pun benci syiah macam yang mat sabu bencikan syiah..hasil tarbiyah mat sabu..

      Delete
    3. Cai lu tak baik ckp mat syabu ngan khalifah berlakon...dua2 tu ikhlas kerana Allah tu...mat syabu juga yg ajar khalifah lge mkn babi cicah budu...

      Delete
  3. Betul bro umpama akrabnya umno dgn mca sehingga membiarkn mca mnghina islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin DAP tidak pernah hina Islam.. dan sokong hudud..

      Delete
    2. Cai 1803...lu kena study lg beb, bnyk bnda lu tak tahu beb(pnjm ayat khak tuih) sebenarnya dap dah paksa dah pas laksanakn hudud...tp pas saja nk umno disalahkn..bgus dap ini..karpal tu jd oku lps sunat tu...tp dia redha

      Delete
  4. Machai umnogok menyalak kan sini.. Menyibuk.. Dasar anak haram machai umngok semua ni..hak phuiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hatiku kecewa.....

      Delete
    2. Anonymous8 March 2014 18:33
      fuhh hebat betul ayat ko kan...anak2 ko, family ko semua cakap mesti cam ko kan..ye la datang dari acuan yg sama...
      pakar maki hamun dan pakar sumpah seranah orang hehehe

      Delete
  5. Mat syabu tongah menyodok ghuponyo ok la konyang phorut sonang hati

    ReplyDelete
  6. Inilah hasilnya kalau pemimpin pemimpinnya bersatu berjuang menentang kezaliman..seluruh rakyat malaysia berdoa agar pr akan memerintah malaysia selepas pru 14...

    ReplyDelete
  7. Mat sabu kalah saman fitnah dato wan ahmad. Kalau nk jd pemimpin, contohi rasurullah. Tak payah fitnah memfitnah. Berdosa

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...