Wednesday, 5 March 2014

WAJAH PEMILIK BLOG PRO UMNO, RBF YANG KALAH KES SAMAN OLEH HUSAM MUSA DI MAHKAMAH RAYUAN TERSEBAR DIALAM MAYA.



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.

Pada perbicaraan kali ini, Husam diwakili oleh peguam Gurbachan Singh, Rueben Netto, Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim. Manakala pihak defendan diwakili oleh Adzly Ab Manas dan Sallehuddin Bajuri.Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah menggelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.Ekoran itu plaintif melalui peguam mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama, membayar ganti rugi RM500,000.Selain itu gantirugi teladan, gantirugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.HARAKAH

10 comments:

  1. Umno menang hari dato husam saman 500ribu mahkamah suruh byr rm5.kena pada pr saman rm2,mahkamah suruh byr rm2juta.

    kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar kos aje dah 50 ribu... tu belum lagi bayar saman... belum faedah 8% setahun lagi tur.... mau dekat2 juta jugak turrr

      Delete
    2. tak pahamlah apa yg kau tulis...?????

      Delete
  2. Sedap2 je buat fitnah, agaknya dah kenyang diberi makan oleh tuannya.

    ReplyDelete
  3. padan muka buat lah lagi...reka2 lah citer lagi...kan dah mendapat...

    ReplyDelete
  4. Mamak lg...ape nk jd la bgsa ni,

    ReplyDelete
  5. Geng putar alam ada di mana2 hahaha

    ReplyDelete
  6. Al kutty punya geng memang suka melayu jadi purak peranda habis kampung tergadai...

    ReplyDelete
  7. KEPADA OMAK KAU - ADA HATI MATI ADA MATA BUTA ADA TELINGA PEKAK---ORANG TIDAK PERNAH BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH - SEPANJANG HAYAT MAKAN DUIT KERAJAAN TIDAK SEDAR..SEKOLAH KAT MANA UNIVERSITI KAT MANA -SAKIT JUMPA DOKTOR MANA -JANGAN NAK KATA KLINIK SWASTA - DOKTOR PUN BELAJAR KAT MANA U?????..PUIT22222222222

    ReplyDelete
  8. cobe renungkan...bloger yg badan macam lembu ni....andaikate die takde tuan...tak kan mampu nak bayar lowyer...aku yakin beruk satu ni pasti ade tuan die,makanya die berani type sesuatu kat blog...kesian beruk niii...badan dah macam lembu,otak takde,paras mukepun macam lembu...tunggu lebaran haji boleh kau potong...adesss..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...