Friday, 5 September 2014
EDISI SHAHIDAN KASSIM KANTOI ... KATA NAJIB TIDAK PERNAH BERJANJI NAK MANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948.
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya tidak berjanji memansuhkan Akta Hasutan tetapi hanya untuk mengkajinya, 2 tahun selepas Datuk Seri Najib Razak mengatakan secara terbuka akan memansuhkan akta ciptaan penjajah British itu.
Pendedahan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilakukan ketika tindakan besar-besaran terhadap ahli politik pembangkang, ahli akademik, portal berita dan wartawan mengikut Akta Hasutan 1948.
Shahidan berkata, kenyataan Najib sebelum ini akta baharu akan menggantikan Akta Hasutan tidak bermakna akta penjajah itu akan dimansuhkan.
"Perdana menteri tidak pernah janji hendak hapuskan, beliau janji untuk melihat semula. Bermakna mungkin Akta Hasutan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional dan bukannya hapuskan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kenyataan Shahidan bercanggah dengan janji Najib yang dilaporkan pada 11 Julai, 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuh dan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebahagian daripada program transformasi kerajaan.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," kata Najib dalam ucapannya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama perdana menteri dan dilaporkan secara meluas media arus perdana dan portal atas talian.
Sejak itu, badan bukan kerajaan dan ahli politik pembangkang seringkali memberi tekanan kepada kerajaan agar mengotakan janji mereka.
Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai, 2013 kerajaan akan “pinda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni”.
Jumaat lalu sebagai respon kepada kritikan terhadap dakwaan hasutan secara meluas Putrajaya berkata akta baharu sedang didraf tetapi mempertahankan dakwaan hasutan terhadap pemimpin pembangkang dan menambah mahkamah adil kepada semua.
"Sehingga satu undang-undang baharu siap, sebarang kes yang timbul perlu ditangani mengguna pakai undang-undang sedia ada,” kata satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu juga mengulangi Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baharu.
Bagaimanapun, Shahidan sebagai menteri yang menguruskan Parlimen berkata Kabinet belum pernah berbincang mengenai pemansuhan akta tersebut.
"Akta Keharmonian Nasional belum ada draf lagi, tidak ada, cuma yang draf itu adalah Majlis Peguam, di pihak kerajaan belum ada apa-apa draf lagi,” katanya.
Ketika ini Putrajaya sedang mendraf akta Jenayah Kebencian Agama dan Kaum dan Rekonsiliasi dan Keharmonian Nasional untuk menguruskan kes berkenaan diskriminasi.
Usaha mendraf akta ini dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan diketuai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Draf tersebut ditentang sesetangah kumpulan Islam kerana dikatakan menggugat kedudukan Melayu dan Islam.
Shahidan mempertahankan Akta Hasutan dengan berkata pemansuhan hanya akan mendatangkan kesan buruk.
"Kita kena ingat semasa kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kita harap manusia jadi makin baik, tetapi nampaknya manusia menjadi makin teruk dan biadab, malah banyak saya terima keluhan daripada orang ramai yang mahukan ISA dikembalikan semula.
"Ini yang rakyat minta, tetapi kerajaan sudah buat keputusan untuk mansuhkannya," katanya.
ISA dimansuh dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma 2012.
Shahidan juga mempertahankan Akta Hasutan terus digunakan kerana Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk serta berlandaskan kepada peruntukan Perlembagaan negara.
"Kalau masyarakat majmuk tidak ada Akta Hasutan, orang ramai boleh maki satu sama lain, jadi susah nanti. Jadi, Akta Hasutan tidak akan ditarik balik atau dipinda, ia selari dengan Perlembagaan,” katanya.
Beliau juga menuduh pembangkang sentiasa berusaha mewujudkan perasaan benci supaya rakyat tidak menyukai kerajaan, walaupun banyak perkara baik yang dilakukan kerajaan.
"Pembangkang ini sekarang apa yang mereka buat mesti wujudkan kebencian, hanya dengan ini mereka mampu menukar pemikiran rakyat.
"Kalau rakyat yang rasional tidak ada sebab untuk mempertikaikan kerajaan, tidak ada sebab. Jadi yang mampu mereka tarik perhatian rakyat adalah dengan mewujudkan benci kepada kerajaan, saya tidak faham di sini mengapa kita berbuat baik kepada orang tetapi disuruh benci," katanya.
Woit!!! Shahidan Kassim ... yang ini apa pula?????????
KUALA LUMPUR 12hb Julai 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
“Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.
Najib berkata tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.
Katanya keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.
“Peruntukan yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.
Beliau berkata, rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan peruntukan akta itu tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan seperti mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.
Ia juga meliputi perbuatan untuk menimbulkan permusuhan antara kaum dan mempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan.
“Sebelum menggubal rang undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini,” katanya. -Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Adakah kegagalan Kajang Move nanti wajib Rafizi dan Nasution meletak jawatan kerana bertanggungjawab penuh. Setakat idea bagi lepas tu gagal macam2 alasan utk menyelamatkan kedudukan.
ReplyDeleteNama2 ADUN dibawah wajar dicalonkan sbagai bakal MB
ReplyDeleteNik Nazmi Bin Nik Ahmad
Amirudin Bin Shari
Yaakob Bin Sapari
Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Mohamed Azmin Bin Ali
Idris Bin Ahmad
Haniza Binti Mohamed Talha
Rodziah Binti Ismail
Daroyah Binti Alwi
Nama yang perlu dikeluarkan
Wan Azizah Binti Wan Ismail
Dengan ini selesai masalah. Apa susah.
Nama Wan Azizah Binti Wan Ismai perlu dikeluarkan untuk menjaga keharmonian PKR, PR dan rakyat negeri Selangor.
ReplyDeleteFikir fikirkanlah
Setahu aku, Jimmy Carter, Ronald Reagan, George Bush Snr, George Bush Jnr, Bill Clinton, Yeltsin, Putin, Gorbachev semua jenis tak pernah bagi jawatan eksekutif kat bini.
ReplyDeleteFikir fikirkanlah
Tapi dah bini dia President parti nak buat mcmana?
DeleteJimi Hendrix, Bob Marley, Lars Ulrich, tak pernah bagi jawatan drummer kat bini dia. Weyyy Samdol, kamu punya sivik takkan rendah dari kutu2 ni bila bagi bini pemimpin sebagai calon MB
ReplyDeleteJangan kata PAS, kami akar umbi Reformasi zaman Parti Keadilan baru buat dekat Banting pun menyampah dengan Nepotisme ni. Ada baca Malaysian Insider Merdeka Centre punya statistik tak 81% melayu belakang TSKI. Sebabnya kamu tu Nepotisme lahhh buang yang jernih, ambil yang keruh, Bini di pilih, 1 nama kasi taruh
ReplyDeleteSewajarnya Dr Wan perlu dilantik sebagai ketua Muslimah PAS. Baru lagi Nepotisme
ReplyDeleteSudah masanya kepimpinan PKR diterajui oleh Saudara Azmin
ReplyDeleteYB Yaakop Sapari sesuai dicalunkan sebagai MB Selangor
ReplyDeletehahaha geli gelemn aku tgok simamat ni mncium tgn PM. inilh sikp manusia bla seseorg itu brkuasa kta sngup wat ape sje. bla dh x brkuasa smua mnjauhkn dri, tringt allyrhm megat joned prnh brkta. smsa beliau jd menteri dlu 'handfon pun ada org nk tolg bawakn' byngklh.
ReplyDeletejanji bukan umno sbb yg bnyk timbulkan masalah dlm senyap ialah umno.
ReplyDeleteBila ade isu psal umno x betul je maka kta tengok bnyak komen2 dari pencacai angkat taik umno merapu out topic, nk alih perhatian lh konon. Patutlh bau taik je blog ni .....
ReplyDeleteSempena menjunjung hak asasi manusia yang ditaja yahudi maka kita penyokong PR kena berjuang menghapuskan pelbagai akta yang menghalang kita sebagai manusia seperti akta dadah berbahaya , akta mesin cetak, akta kanun keseksaan bagi pesalah jenayah dan pelbagai akta lagi. Ke guano geng2 kita.
ReplyDeleteSEBAGAI PERINGATAN KEPADA HANIS, BLOG AWAK AKAN DIPINGGIRKAN OLEH PENYOKONG PR SEKIRANYA MEMBIARKAN ANJING2 UMNO INI MENYALAK DAN MAKAN TAIK DI SINI. KALAU PERLU TAPIS SAJA KOMEN YANG BERBAU UMNO....
ReplyDeleteSHAHIDAN DUK CIUM TANGAN PM TU FASAL DI KURANG CERDIK.
ReplyDeleteMUNGKIN KALAU DIA CIUM PALA LUTUT AKAN NAMPAK SIKIT CERDIK.
Ni nak habag bagi kat tok sidan
ReplyDeletekalu di kelantan org panggey buah kterey
kalu di teganu org panggey buah jambu golok
kalu di kedah pereleh org panggey buah janggueh
di KL org panggey buah gajus
hat lama pesen lama org panggey Akta Hasutan 1948
hat baru pesen baru org panggey Akta Keharmonian Nasional.
Apa perenah ke tok sidan kelih buah janggueh di pereleh bijik dok di dalam
awat tok sidan dok merapu sangat, hang pi tang mana pon mengkalu kata buah janggueh, bijik dia kena dok di luag
Akta Hasutan ka Akta Keharmonian Nasional ka, alat belaka, ada ka tok sidan nampak bijik dia dok di luag, maknanya akta tu diguna untok mendakwa pemimpin OMNU, melainkan akan diguna menghantam pemimpin pembangkang.
memang la semua orang tau tok sidan pon ada bijik, saya perasan dah bijik tok sidan dok di luag tapi tentu saja dalam kain. pulakdah