Thursday 26 June 2014

BERITA GEMBIRA ADA PEMBERIAN BONUS SEMPENA AIDIL FITRI UNTUK KAKITANGAN AWAM RUPA-RUPANYA ADALAH PALSU BELAKA.



Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

31 comments:

  1. Penjawat awam je ke yg tertekan disebabkan kenaikan kos sara hidup.bodoh punya macai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha penjawat awam kan sokong gst. Mana ada tertekan.... Buat APA nak bg saguhati. Ingat sagu hati tu duit bapak aziz ker?

      Delete
  2. Sebagai rakyat malaysia yg sayangkan bini PM dan menganut agama melayu seharusnya kita wajib berjimat cermat bagi membantu biaya kos sarahidup perdana menteri. Kakitangan kera jaan khususnya tak perlu berbelanja untuk pulang raya sebaliknya bersama2 menyokong dasar bela panda dan badak air dengan mengunjungi dan memakmurkan pusat pameran panda badak air negara. Duit kutipan tiket dan membeli sambal tumis nasi lemak akan dapat disalurkan serta membantu syarikat2 gergasi yg tenat. Sekurang2nya ceo2 dan brd2 director dapat menikmati kemewahan dengan tenang

    ReplyDelete
  3. bonus raye adalah harapan semue penjawat awam....takyah lah munafikkk...dapat 1kali gajipun boleh buat beli rendang dan baju raye....penjawat awam tu kan pengemis ber IC....asyikkkk harapkan bantuan dan tunjangan dari kerajaan...asyikkk tadah tangan kat kerajaan tapi kerja hampehhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buka mata buka minda bro....

      Delete
    2. kerja hampehh sbb tak dpt bonus Gaji tak cukup Naik pangkat pilih bulu
      apasalah ikut swasta kalau pendidikan boleh buat cara swasta kenapa hal hal kebajikan dan kebaikan penjawat awam tak boleh ikut swasta Ini tak dr mula kerja dah ada pemikiran alaa kerja dng kerajaan .. biasa lah . relax lah . Bila nak bg bonus susah bagi berjuta juta projek kpd umno senang senang gitu jer .

      Delete
    3. Ckp mcm org xde otak.ko kje bgus sgt ke?stakat kje mkn brim baik xpyah la wei.ko ingt kje krjaan xkena cukai?ko kje ape?ptuiiih

      Delete
  4. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete
  5. Jom pakat undi PR supaya boleh menjadi KERA jaan yg berkebajikan...time jadi pembangkang kuat sgt sembang itu tak betul ini tak betul...meh sini aku nak pangkah PR masa PRU14 nnt......biar depa plak merasa jadi Kera jaan...biar depa plak rasa kenyang makan duit rasuah tanggung anak bini...sekali sekala tukar ok jgk kan? Nanti kalilah macha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hapuskan rasuah
      hapuskan pembaziran
      hapuskan ketirisan
      Minta non rujuk kpd lapuran audit negara
      dan kenyataan ceo petronas
      jgn jd melayu bodoh

      Delete
  6. Mana2 negara demokrasi kerja pembangkang adalah 'menegur' kerajaan tapi di Malingsia cam haram kerajaan nak dengar ditekan lagi adala

    ReplyDelete
  7. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete
  8. Itu lah demokrasi ala puaka anti hadis.demokrasi kat negara yahudi lg baik dr malaysia yg mengaku islam.indon taik merdeka mengunakan tenaga dan darah tp kat malaysia nk merdeka bg ic kat cina dan india..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih demokrasi maka ada yang pecah kepala macam pengundian cabang PKR...YAHUDI tak sampai ke tahap tu

      Delete
  9. create atmosphere .
    jgn takut lah mesti ada bonus utk penjawat awam
    kutip cukai kutip saman kutip tol berbillion billion tak kan lah tak ada bonus
    cuma biasa lah cara bagi tu nak susah kan sikit supaya terasa bn umno ni berjasa

    Tetapi ... lepas GST kena kutp balik lah ya .

    ReplyDelete
  10. Cuepacs jgn lupa negara kita aman
    Mana yg tak perform dan jatuh integrity perkhidmatannya di minta lah ambil tindakan Ramai di luar yg masih tak ada pekerjaan Buat mcm swasta semua penjawat awam multi skill jd senang nak buang orang.

    ReplyDelete
  11. Pkr pakai kerusi je tp puaka anti hadis pakai polis,fru,peguam kroni,bekas pm keling kerala,media penjilat dan askar..heee

    ReplyDelete
  12. Yeaayy..!! BR1M dpt lg thun dpn...xde bonus pn xpe

    ReplyDelete
  13. PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA NI PEMINTA SEDEKAH. BEKERJA MALAS. INILAH HASIL DIDIKAN AMNGOK.

    ReplyDelete
  14. Ko kje ape wei?kalo stakat kje jaga bank baik xpyah!!brim ni dh dpt?kalo amik brim,baik xpyh la wei!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaayy..!! Ko pn xdpt bonus

      Delete
  15. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete
  16. Kakitangan gomen makan gaji buta yg ramainya.
    Especially JKR.
    Nak bonus apa lagi.???

    ReplyDelete
  17. yg bonus ni bukan bonus kena faham
    cuupecs kata penjawat awam tertekan dgn sara hidup
    tu yg dia minta saguhati

    ReplyDelete
  18. Saya keje dgn kerajaan malaysia bukan dgn parti. Tq

    ReplyDelete
  19. Hebat ke kerja di swasta kalau setakat jadi jaga buka pintu bank. Di swasta pun ramai juga curi tulang, dah le buat kerja slow tp tunjuk buat-buat sibuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju..! anon 0858 adlh slh sorg drpd yg dimksudkn

      Delete
  20. Ni sumer poyo...haktuihhhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...