Monday 30 June 2014

INSIDEN LEMPAR KEPALA LEMBU DEPAN RUMAH RAYER .... PKR DESAK ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN KERANA MENGELUARKAN KENYATAAN SEOLAH-OLAH GALAKKAN KEGANASAN.



Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengenai insiden kepala lembu yang diletak di hadapan rumah Adun Pulau Pinang RSN Rayer seolah-olah menggalakkan keganasan dan membenarkan jenayah.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Zahid sebagai seorang menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, apatah lagi beliau merupakan menteri dalam negeri.

“Kenyataan Zahid menggambarkan dia tidak melihat kejadian itu sebagai jenayah dan hanya membiarkan saja tindakan itu dilakukan. Zahid sebagai menteri bertanggung jawab, sepatutnya mengarah polis menjalankan siasatan segera.

“Kenapa perlu keluarkan komen yang menggalakkan lagi permusuhan antara rakyat, tambahan lagi ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain,” ujar Fahmi.

Zahid sebelum ini dipetik berkata, insiden itu sebagai ‘harga’ yang perlu dibayar RSN Rayer, berhubung kenyataannya yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai ‘celaka’pada sidang DUN bulan lalu.

Kenyataan itu dibuat Zahid susulan kejadian pihak tertentu meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP itu, baru-baru ini.

Zahid sebelum ini juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti mewajarkan tindakan anggota polis menembak suspek penjenayah, yang turut dibidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Justeru, Fahmi berkata, adalah lebih baik Zahid Hamidi  meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri jika tidak lagi berminat memastikan keharmonian negara terjamin.

“Lebih baik Zahid meletak jawatan, kerana daripada kenyataan-kenyataan, ia hanya mengambarkan Zahid tidak lagi berminat untuk pastikan negara ini aman.

” Banyak komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri itu seolah-olah menggalakkan keganasan daripada memupuk keharmonian,” tegas Fahmi lagi

10 comments:

  1. Lebih baik jaga parti sendiri yg tunggang langgang. Desak Dato Joe letak jawatan dulu JPP pemilihan.

    Jgn buang masa jaga parti sendiri dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KENYATAAN ANWAR IBRAHIM LAGI TERUK MEMBURUKKAN BANGSA DAN NEGARA:

      Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacaranya. Antaranya adalah:

      1. Anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia yang melawan sistem sediaada. Sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkamah memang Anwar meliwat.

      2. Orang Malaysia sudah menyampah dengan Anwar dan demo jalanan kerana seperti Anwar ingin elak dari isu peribadinya.

      3. Kata Anwar dia menang undi popular. tapi tak dilayani kerana sistem di Malaysia sama seperti di England yang tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

      4. Anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti. Lalu terus menukar kepada topik mh370. Pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan Malaysia menanganinya dengan baik. Tentulah Pak Liwat membuak marah!

      5. Kemudian pengacara menegur mengapa Anwar sanggup mempolitikkan isu seperti MH370 demi kepentingan politknya.

      Maka beberapa hari kemudian, Anwar balik ke Malaysia tanpa sambutan "Hidup Anwar!". 

      DESAK ANWAR LETAK JAWATAN.

      Delete
    2. anon 1335...fakta al auta kooo tu.....puak 47 peratus yg akal mcm lembu mkn kangkung yg percaya.......

      Delete
  2. zahid hamidi dan umno memang celaka

    ReplyDelete
  3. SURAT  TERBUKA MEMINTA PENJELASAN AZMIN ALI KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ANAK MELAYU SELANGOR

    Beberapa hari lepas saya telah mendapat dokumen dipercayai milik PKNS yang mempunyai maklumat berkenaan projek usahasama PKNS Holding iaitu PJ Sentral Development Sdn Bhd.

    Dokumen tersebut juga menunjukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menjalankan penyiasatan dalaman terhadap anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd terutamanya dalam transaksi yang berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).

    Jabatan Audit Dalaman PKNS digambarkan sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada ahli-ahli lembaga pengarah PKNS Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral  iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

    Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas  9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS. Pada 6 September 2007, PKNS menjual  8.05 ekar kepada Bisraya Pembinaan Sdn Bhd dan dana itu digunakan bagi membiayai pembangunan Ibu Pejabat PKNS yang baharu di kawasan tanah berbaki itu.

    Anak syarikat PKNS iaitu PKNS Holdings (PHSB) telah menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membentuk sebuah syarikat untuk membangunkan PJ Sentral dengan pegangan saham 30-70.

    Menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB telah diwakili oleh YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang masing-masing merupakan Ahli Lembaga Pengarah sejak dari tahun 2011 dan 2012.

    Pada Februari 2013, Nusa Gapurna telah mengadakan perjanjian dengan MRCB untuk menjual 70% pegangan saham dalam PJ Sentral kepada MRCB melalui reverse takeover proposal.

    Dokumen yang diperolehi menggambarkan kegagalan wakil PKNS dalam PJ Sentral untuk mempertahankan kepentingan PKNS.

    Dalam dokumen tersebut juga menunjukkan YB Azmin Ali gagal hadir siasatan audit malah tercatat rentetan tarikh – tarikh yang dimana siasatan audit gagal menemui YB Azmin Ali seolah dia lari dan cuba mengelak proses siasatan.

    Dari dokumen ini muncul persoalan

             i.            Kenapa dia lari dan mengelak lebih dari dua bulan untuk menghadiri sesi penyiasatan audit ? apa yang hendak disurukkan ?

           ii.            Adakah dia lemah atau sengaja dalam gagal mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek PJ Sentral ? maaf jika dikatakan jika tidak dijelaskan maka mungkin akan wujud persepsi bahawa mungkin wujud juga imbuhan untuk berpura lemah.

          iii.            Adakah kegagalan ini penyebab penamatan beliau sebagai ahli lembaga pengarah ?

    Kegagalan ini mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek bernilai billion ringgit ini merupakan satu kerugian kepada semua warga Selangor secara keseluruhanya. Saya selaku anak Selangor dan juga anggota PKR menuntut jawapan dari YB Azmin Ali dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim juga harus tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan Kerajaan negeri harus menerangkan apa tindakan lanjut untuk mempertahankan atau mendapatkan semula hak warga Selangor yang hilang.

    Dalam kesempatan ini juga ingin memohon pejelasan YB Azmin Ali mengenai berapa ramai kakitangan yang beliau bawa masuk dalam PKNS untuk dibayar gaji oleh PKNS selepas lantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah sehingga tidak disambung kontrak ?

    Sekian.

    CHEGU BARD

    ReplyDelete
  4. menteri otak Lembu

    ReplyDelete
  5. CAKAP SIKIT. . .MENGGALAKKAN KEGANASAN ?.
    PANGGIL ORANG TURUN BERARAK TERPEKIK TELOLONG TEPI JLN AMENDA ?

    ReplyDelete
  6. ALAHAI CHEGU BARD. ORANG MCM CEKGU BARD NI BOLEH BUAT BISING JE DLM PKR NI. SAPE PEDULI ? MCM ANJING SALAK BUKIT JE.

    ReplyDelete
  7. fahmi fadzil si gayboy ni bersuara. udah le

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...