Sunday 22 June 2014

ISU PKNS ... TIGA ANGGOTA EXCO KANAN NEGERI SELANGOR TELAH DIARAH "SIASAT" AZMIN ALI.



KUALA SELANGOR - Kerajaan negeri mengarahkan tiga anggota exconya memantau perbelanjaan dana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) serta mendapatkan laporan pihak terlibat dalam transaksi projek PJ Sentral Development (PJ Sentral) melibatkan anak syarikat PKNS Holdings Sdn Bhd.
  
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, arahan tersebut melibatkan exco Datuk Teng Chang Khim, Iskandar Abdul Samad dan Rodziah Ismail untuk mendapatkan laporan serta penjelasan mengenai transaksi projek berkenaan sebagaimana yang didedahkan Bahagian Audit Dalaman PKNS sebelum ini.
  
Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mendapatkan penjelasan dan laporan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.
  
"Perkara (laporan mengenai PJ Sentral) ini dilakukan oleh Bahagian Audit Dalaman PKNS. Berdasarkan laporan audit dalaman itu, dinyatakan masih belum mendapat keterangan daripada Azmin Ali.
  
"Bagaimanapun, saya telah meminta tiga anggota exco ini membuat penelitian mengenai perkara ini. Saya rasa semua orang yang bertanggungjawab mesti membuat laporan dan penjelasan mengenai perkara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa Bahagian Audit Dalaman PKNS gagal mendapatkan penjelasan Azmin berhubung isu anak syarikatnya, PKNS Holdings dalam transaksi berkaitan projek PJ Sentral.
  
Laporan tersebut turut menyatakan pihak audit dalaman PKNS itu gagal meneruskan siasatan mereka ekoran 'kesukaran mendapatkan tarikh yang sesuai' untuk bertemu Azmin yang juga ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif, untuk disiasat.
  
Pada 27 Februari lalu, PKNS dilaporkan gagal dalam samannya terhadap Nusa Gapurna Development Sdn Bhd (Nusa Gapurna) dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) berhubung pelanggaran perjanjian pemegang saham berkaitan kepentingan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd.
  
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim yang menolak saman itu setelah mendengar keterangan enam saksi dan memerintahkan PKNS membayar kos RM100,000 kepada Nusa Gapurna dan RM50,000 kepada MRCB.  - Bernama

8 comments:

  1. Omakkau jgn cari pasal dgn Azmin saje. Dedah juga politik wang Khalid Ibrahim dlm pemilihan ni. Kejadian di Sabak Bernam sbb marah guna wang raih undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta Jpp dan Lembaga Disiplin parti dan ROS siasat kejadian jenayah dlm pemilihan parti PKR di Kuala Langat.

      Majlis Peguam tak nak komen ape-ape ke hal jenayah dlm pemilihan parti PKR ini.

      Delete
    2. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!22 June 2014 at 15:25

      "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!

      Delete
  2. Woi ambiga vangang!! mana hang ni!! Xkan time nk pru saja turun!! panggillh bar council skali.. bila time BN parti dominan melayu je nak beria2 bagai mcm beruk sangap.. bila time pkr senyap je... mmg ada babi disebalik mee..

    ReplyDelete
  3. puak celaka kan tebal sikap double standard, pilih bulu ketiak masam dan jgk terkenal dgn penipuan dan kepura puraan....mana diorg nk mengaku semua ni..kan pemimpin semua maksum ahli surga la katakan...........

    ReplyDelete
  4. PKR = PARTI KAKI RASUAH

    TUDUH ORANG RASUAH TAPI DIRI SENDIRI RASUAH.

    KAH KAH KAH.

    ReplyDelete
  5. HUKUM KARMA KERANA ASYIK MENGATA KAT UMNO..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...