Wednesday 25 June 2014

KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TSKI SUDAH MELAMPAU ... HARI INI DEDAHKAN LAPORAN MINIT MESYUARAT EXCO BERTARIKH FEBRUARI 2012 KELULUSAN PEMBINAAN LEBUH RAYA KINRARA-DAMANSARA (KIDEX).



SHAH ALAM, 25 JUN: Kerajaan Negeri hari ini mendedahkan laporan minit mesyuarat keputusan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada Februari 2012 yang meluluskan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX)

Dalam minit itu juga, Kerajaan Negeri meletakkan beberapa syarat untuk Kerajaan Pusat memberi penekanan dalam projek pembinaan kontroversi Lebuharaya KIDEX.

Syarat itu antaranya Kerajaan Pusat harus menamatkan perjanjian klausa secara awal (early termination clause) jika pemegang konsesi mencapai keuntungan yang melebihi jangkaan ekoran daripada trafik yang melalui lebuh raya itu.

Selain itu, Kerajaan Pusat juga perlu melaksanakan perjanjian yang adil dan tidak berat sebelah serta tidak memihak kepada pemegang konsesi serta meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan.

Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata syarat itu juga boleh diguna pakai bagi semua lebuh raya yang akan di bina di Selangor.

“Seperti syarat menamatkan perjanjian secara awal itu, Kerajaan Negeri berpendapat jika pendapatan keuntungan syarikat konsesi melebihi keuntungan jangkaan daripada jumlah trafik yang melalui lebuh raya, maka kita akan tamatkan lebih awal selepas permohonan mengikut Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah dibuat.

“Sebagai contoh, perjanjian selama 30 tahun tetapi keuntungan itu sudah melebihi selepas 15 tahun,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kerajaan Kerajaan Negeri (MKKN), di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Yunus berkata, syarat terbabit diputuskan dalam MKKN pada 8 Februari 2012.

Ia didedahkan ekoran Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk mendapatkan maklumat menurut Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011 oleh penduduk, Chia Gek Suan.

Beliau berkata, MKKN juga menimbang dan bersetuju dengan KIDEX serta jajarannya dan berpendirian penswastaan perlu meletakkan keutamaan atau kepentingan rakyat Malaysia amnya kerana membabitkan cukai yang dibayar rakyat.

“Kos juga perlu dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan apabila projek siap maka pulangan hasil (revenue) yang diswastakan (private the revenue, not the cost). Kos juga perlu mengambil kira ‘international risk and return reward’,” katanya.

Sehubungan itu, Yunus berkata, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa diminta menyelaraskan bersama dengan Pegawai Perancang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membincangkan keperluan dalam perancangan pembinaan KIDEX serta mengemukakannya kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Mengulas syarat itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata syarat terbabit adalah cara terbaik dan tidak pernah berlaku dalam sebarang perjanjian konsesi di Malaysia.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga akan menilai pandangan rakyat selepas taklimat penuh diberikan dan jika hasilnya negatif, maka ia tidak akan dilaksanakan.

9 comments:

  1. Ini yg buat wa tabit sama TSKI. Transperent.......smart
    Itupun masih ada beruk2 yg nak ganggu kedudukan MB yg ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!25 June 2014 at 21:21

      "PKR = Parti Keling Rakyat". Sebab tu budaya gangster kuat. Paling byk makan duit puak keling ni la.

      Jika jumpa ular dan jumpa keling, maka ketuklah keling itu dulu.

      Delete
  2. TANIAH KPD KJAAN TSKI
    TABIK SAMA LU !!

    ReplyDelete
  3. Anon 17:10, jgn la ckp diorg beruk....beruk2 tu pun kawan sekapal MB kita....kaya tau beruk-beruk tu...duduk Banglo, pakai keta import mewah blablabla

    ReplyDelete
  4. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete
  5. Nak ke umno munafik ikut perjanjian tu.puak munafik ni kalau boleh sampai mati nak kutip untung.

    ReplyDelete
  6. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete
  7. SEMASA PRU13 DI LAUNGKAN UNTUK HAPUSKAN TOL.. SEKARANG KITA BENARKAN TOL.. ITU ISUNYA

    ReplyDelete
  8. Ni sumer poyo....haktuihhh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...