Monday 30 June 2014

KERANA BERSIKAP JUJUR, TELUS, BEBAS DAN TIDAK AMPU BODEK ... SEORANG PROFESOR UNIVERSITI MALAYA DIARAH LETAK JAWATAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN.



Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel).

Sumber memberitahu jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui.

Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu.

Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti.

Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.

Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.

"Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Beliau digantikan oleh timbalannya Profesor Dr Md Sidin Ishak dan menurut sumber, majlis penyerahan tugas antara kedua-dua mereka akan berlangsung hari ini.

UMcedel berjaya menjadikan UM sebagai fokus apabila banyak kajian politik dan pilihan raya dibuat.

Tetapi difahamkan, Putrajaya tidak begitu senang dengan hasil kajian itu apabila ia banyak memberikan impak positif kepada pembangkang Pakatan Rakyat  (PR) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Antaranya beliau menyiarkan kajian tentang sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang PRU13.

Hasil kajian itu terbukti benar apabila PR mendapat lebih undi popular berbanding Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 lalu.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini, Redzuan mendedahkan satu kajian UMcedel yang dilihat pro kepada Anwar.

"Kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui merasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor manakala 17% berpendapat sebaliknya dan 24% lagi tidak pasti.

"Manakala 58% responden juga berpendapat PRK Kajang juga perlu diadakan bagi menyelesaikan krisis politik kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Selangor," kata Redzuan pada satu sidang media di UM, Kuala Lumpur menjelang PRK itu.

Selain tinjauan membabitkan PR, UMcedel juga pernah terlibat dalam membuat kajian sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di kalangan ahli Umno.

Menurut laman sesawang UM, Redzuan berkhidmat sebagai pengarah UMcedel dari 26 Febuari, 2012 hingga 31 Disember, 2014.

Menurut satu lagi sumber di UM, timbalannya Dr Amir Saifude Ghazali akan mengambil alih sebagai pengarah.

"Yang sedihnya, ramai yakin rakan beliau sendiri di Kementerian Pelajaran terlibat dalam melakukan tekanan ini," kata sumber UM yang merujuk kepada Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Zaini Ujang, rakan Redzuan semasa dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

15 comments:

  1. Nak berjaya dalam kerjaya kena pandai bodek macam reduan tee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "PKR = Parti Keling Rakyat".....haktuihhhhh!!!!!30 June 2014 at 08:53

      "PKR = Parti Keling Rakyat". Sebab tu budaya gangster samseng berleluasa dlm parti. Paling ramai makan duit rasuah dan paw duit puak2 keling ni la.

      Delete
    2. Boleh tak UMcedel buat kajian tentang keling2 yg ramai dlm PKR ni buatkan parti jadi gangster macam MIC. Adab Islam bawaan ABIM pun jadi tenggelam dalam perjuangan parti. Lihat saja pemilihan kali ni yg jadi huru hara puak2 keling ni lah.

      Harap kajian UMcedel ni cepat dijalankan.

      Delete
    3. Orang Iban cakap ameno tu UNTUK MELAYU NADAI OTAK!!!

      Delete
  2. Sebab hasil kajian tidak memihak kepada umno/bn? maka pegawai yang ada integriti dibuang? untuk masa hadapan kajian seumpamanya suruh saja presiden majlis professor buat kajian bagi memastikan keputusan memihak kepada pemerintah....tiada sekelumitpun rasa berdosa menganiaya orang lain....satu penyakit pemerintah yang terlalu sukar diubati

    ReplyDelete
  3. Walaupun tersingkir dia umpama permata yang tidak akan hilang nilainya. Dia akan tetap dikenang sebagai seorang ahli akademik yang jujur dan ikhlas dalam tindakan.

    ReplyDelete
  4. Sistem lebeh kurang negara2 separa kuku besi aje....apa nak dikata kalu anda xikut rentak anda terpaksa terima hakikat.....ONMU smpai kiamat pun xkan berubah...

    ReplyDelete
  5. Sybs kpd profosr yg ad pndrian dn prinsip x memntngkn nma.pingt.pgkt.wang. sgup djdi mngsakn plh puak ampu bodk-cuck yg x pcya hukm Allah.

    ReplyDelete
  6. JAwatan Dekan di Universiti Malaya dah lama mengmabilkira undi semua kakitangan akademik. Ada sistem undi sapa yang paling atas etc.
    So kalau kata buang Prof Ridwan ni atas isu kajian politik Malaysia saja memang tidak adil sama sekali.
    Mungkin jawatan Pengarah UMCEDEL tu ada kaitan dengan arahan KSU yang jaga Pengajian Tinggi selepas arahan Idris Jusoh dan Mahyudin Yassin.
    Tapi kalau nak salahkan Zaini Ujang semata mata adalah tidak adil. Aku tak kenal dia tapi dari cakap2 tentang dia semenjak 20 tahun lalu dia bukan macam makcik dan Pakcik UMNO yang bolot kontrak dan tender kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Syarat utama nak masuk umno selain bodoh ialah kena kuat mejilat pm.

    kikiki

    ReplyDelete
  8. Macamana pulak itu syaratnya yope.
    TAPI PERENTAH TANAH MELAYU 57 THN ?
    ORANG CERDIK MCM PKR BILA NAK PERENTAH. DAH CERDIK SANGAT TAK PAYAHLAH YE.

    ReplyDelete
  9. yop,kerajaan firaun tu berdiri beratus tahun sebelum tumbang.simpan la bodoh sombong ang tu.

    kikiki

    ReplyDelete
  10. Angkat shj pencacai menjadi pengganti.... nescaya semua kajian yg akan dibuat menyebelahi umno......

    ReplyDelete
  11. INILAH MUKA PROFESSOR YG TIAP KALI BUAT SURVEY SEBAHAGIAN DARI BORANGNYA DIISI DIBILIK KULIAH. HAHAHAHAHA


    Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.

    Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.n

    “Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.

    “Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.

    Pada Februari 2014 juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Kahlid Ibrahim, menyelar UMcedel sebagai satu pusat yang digunakan untuk memutar-belit keinginan rakyat.


    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel) bahawa keputusan tersebut hanyalah digunakan sebagai maklumat utama untuk memutar-belitkan keingginan rakyat.

    Kajian mengenai wajarkah PRK DUN Kajang diadakan atau tidak menampakkan keputusannya menyebelahi kepada Ketua Umum Pembanggkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kajian dijalankan terhadap 576 responden daripada 38,965 pengundi berdaftar di Kajang yang menampakkan hasil sebanyak 59% mengatakan YA, PRK itu wajar dilakukan berbanding hanya 17% sahaja mengatakan tidak dan 24% lain adalah tidak pasti.

    ReplyDelete
  12. Entah apa yang anwar telah janjikan pada orang india nih...sampai sanggup baling2 kerusi..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...